Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

SK CARDINAL VAUGHAN SONG

1.0         Profil Sekolah

Sejarah dan Latar Belakang

Sekolah ini dibina seperti sekolah-sekolah bantuan lain di Bahagian Kapit dengan tujuan memperkembangkan kegiatan-kegiatan Mission khasnya Roman Katolik. Untuk memudahkan kegiatan-kegiatannya, mission mendirikan sekolah supaya kanak-kanak boleh datang dari pedalaman menikmati pendidikan sambil mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan lain yang dijalankan oleh pihak mission.
           
Untuk mencapai segala apa yang dirancang, maka pihak mission bersedia mencari tapak dan tempat yang sesuai. Dari hal ini, mission memerlukan kakitangan dan bantuan orang tempatan.
           
Demi mencapai hasratnya untuk membina sekolah, Rev. Father O’Brain memerlukan bantuan orang tempatan yang berpengaruh agar dapat mempengaruhi penduduk tempatan.oleh itu, beliau mendapat bantuan seorang peniaga cina yang terkenal dan dipercayai ramai iaitu Kaunselor Ling Chai Teh.
            
Dua orang pengasas pembinaan mission dan sekolah ini ialah Reverend Father O’Brain dan mendiang Kaunselor Ling Chai Teh. Father O’Brain datang dari Negara Belanda dan sampai di Song pada tahun 1954. Beliau tinggal di kuarters kerajaan nombor satu. Sekarang rumah ini telah diserahkan kepada pihak askar di Kem Kawah, Nanga Katibas, Song.
            
Hasil usaha Rev. Father O’Brain dan mendiang Ling Chai Teh, mereka telah memperolehi sebidang tanah seluas satu ekar yang diberi percuma kepada sekolah dan gereja oleh mendiang Kapitan Chua Hook Teck. Maka sekolah dibina pada tahun 1955.
            
Asalnya semua bahan-bahan untuk mendirikan sekolah diberi percuma oleh masyarakat Iban, Melayu dan Cina. Dengan adanya sumbangan dari semua masyarakat di Song, maka terdirilah sebuah bangunan sekolah yang dibina daripada atap, tiang belian dan berdinding serta berlantaikan buluh. Tapak sekolah itu masih kekal sehingga ke hari ini yang jauhnya lebih kurang satu kilometer dari pecan Song.
           
Bangunan itu rupa atau bentuknya seakan-akan sebuah bangsal yang digunakan untuk menjalankan kegiatan pendidikan. Bangsal itu juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu yang pertama untuk rumah kediaman guru, di tengah untuk kelas dan di hujung sekali adalah dapur murid-murid.
            
Pada masa itu, murid-murid memasak makanan mereka sendiri serta membawa bekalan dari rumah panjang masing-masing. Maknanya, semua keperluan harian murid-murid adalah tanggungan sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah murid-murid kadang-kala berkelahi kerana berebut untuk mendapatkan puntung kayu api di dapur.
            
Malangnya, walaupun bangunan sekolah telah siap dibina pada tahun 1955, pada awal tahun 1956 belum ada lagi guru. Bagi mengatasi masalah ini, Rev. Father O’Brain telah menghubungi Encik Hughe Burton di Rural Improvement School Kanowit yang bertapak di Sekolah Menengah Dato Haji Abdul Rahman Kanowit sekarang.
            
Rev. Father O’Brain bernasib baik kerana mendapat kerjasama daripada Encik Hughe Burton. Beliau sanggup melepaskan Cikgu Sigie Anak Ngelambong untuk mengajar di Song. Sekarang Cikgu Sigie sudah bersara dan menetap di rumah beliau di KM 5, Jln. Selirik Kapit.
            
Cikgu Sigie terus dilantik sebagai Guru Besar dan Guru Besar pertama sekolah ini. Beliau sampai di Song pada 30 Mei 1956. Ini bermakna kelas telah tertangguh selama lima bulan awal tahun 1956 atas sebab ketiadaan guru. Hari pertama kelas bermula pada 4 Jun 1956. Enrolmen pada hari itu hanya 12 orang murid. Ini berlaku kerana masalah perhubungan dengan penduduk-penduduk yang terlalu jauh dari sekolah. Pengangkutan yang ada pada waktu itu hanyalah berkayuh dengan perahu panjang sahaja. Sungguhpun begiru, apabila orang tempatan mulai sedar betapa pentingnya pendidikan maka enrolmen mulai hari kedua hingga bulan Disember tahun1956 telah meningkat kepada 85 orang murid.
            
Murid-murid pertama bersekolah di situ datangnya dari Rumah Ladi, Sg. Engkabau, Kampung Melayu, Song, Rumah Juring, Sg. Manap, Rumah Engkabang, Nanga Sepadi dan Rumah Antau, Nanga Anchau.

            
Pada masa itu juga, pihak mission tidak memerlukan komiti sekolah kerana mereka tidak mahu orang luar campur tangan dalam urusan mission. Punca tapak sekolah diberi percuma oleh mendiang Kapitan Chua Hook Teck  seluas satu ekar. Beberapa tahun kemudian, mission minta tiga ekar daripada mendiang Gapur dan yang lain dibeli daripada Chua Hook Teck.

SK Cardinal Vaughan Song (SK CVS) terletak di tebing Sungai Katibas dan bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Song (PPDS). Pada hari pertama persekolahan, hanya 12 orang murid melapor diri. Bagaimanapun pada akhir tahun tersebut enrolmen bertambah menjadi 85 orang.
            
Kini, SK CVS mempunyai 50 orang guru, 20 orang kakitangan sokongan dan 642 orang murid. Murid-murid yang menuntut di sekolah ini terdiri daripada anak-anak petani, buruh dan kakitangan kerajaan yang tinggal di persekitaran pekan Song dan 7 buah rumah  panjang yang berdekatan. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada bangsa Iban (majoriti), Melayu, Melanau, Kayan, Kenyah dan lain-lain.


1.2         Peta kedudukan sekolah di Daerah Song


1.3         Pelan sekolah





1.4         Lencana sekolah 






1.5         Visi sekolah

Memberi sumbangan ke arah menghasilkan pendidikan berkualiti dan murid beretika di Daerah Song.


1.6         Misi sekolah

Menghasilkan insan yang berilmu, beretika, dan berwawasan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.



1.7         Moto

Ilmu Ketrampilan Insan



1.8         Matlamat sekolah

Menghasilkan insan yang berilmu, beretika dan berwawasan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

1.9         Objektif sekolah

•          Memupuk semangat keupayaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan bagi meningkatkan prestasi pencapaian dalam UPSR dari segi kualiti dan kuantiti
•          Meningkatkan keprihatinan dan komitmen para pelajar dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan negeri
•          Membina perlakuan amalan mulia sebagai budaya yang berterusan dalam menjalani hidup seharian
•          Mewujudkan iklim serta identity sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih dan ceria
•          Memperbanyakkan sesi perkembangan staf dan latihan dalam perkhidmatan bagi semua guru selaras dengan keperluan semasa
•          Mengurus tadbir semua sumber pendidikan dengan cekap dan berkesan



1.10      Lagu sekolah

Cardinal Vaughan

Sekolah tersegam indah
Kukuh teguh berdiri
Mendidik anak bangsa
Tanpa kenal erti jemu

Penuntut berbilang bangsa
Menjulang cita-cita
Pada nusa dan bangsa
Untuk hidup sejahtera

Cardinal Vaughan gedung ilmu
Anak watan
Pendidik dedikasi dan tekun
Menuju masa depan

Berkorban semangat juang
Menuju cita-cita kau tempatku berdiri
Menjulang kejayaan
Sekolahku megah indah
Abadi sepanjang zaman sejak tahun 1956
Namamu teguh di depan


No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers