Klik Me ! ! !

Followers

Saturday, April 7, 2012

Kertas Kerja Lawatan



KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KAMPUNG BUDAYA KUCHING, SARAWAK
2012



ANJURAN
KELAB KAJIAN TEMPATAN 
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG,
KUCHING, SARAWAK


1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar tahap 2, tahun 5 Sekolah Kebangsaan Batu Lintang. Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan Kelab Kajian Tempatan 2012 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang keunikan masyarakat di negara Malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk keseronokan, penghayatan budaya, dan semangat perpaduan dalam diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada standard pembelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Lawatan ini juga bertujuan untuk pembelajaran tajuk 8 yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh murid-murid dalam menempuhi kehidupan sosial bermasyarakat.

2.0 LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua ahli Kelab Kajian Tempatan dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kami serta mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang.
Lawatan pada tahun 2012, dijangkakan sejumlah 80 orang peserta akan menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kampung Budaya Sarawak. Lawatan ini melibatkan 10 orang guru pengiring bagi mengiringi murid-murid yang akan mengikuti lawatan ini. Dalam masa yang sama, guru-guru ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai integrasi, perpaduan dan kehidupan yang berintegriti dalam kalangan murid.

3.0 RASIONAL

3.1 Lawatan yang akan dijalankan ini akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

4.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.


5.0 OBJEKTIF

i. Mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan.

ii. Menyedari keunikan masyarakat di negara kita.

iii. Mengetahui dan menghargai kesenian negara seperti permainan tradisional, makanan tradisional dan seni mempertahankan diri.

iv. Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.


6.0 PELAKSANAAN

6.1 Tarikh Pelaksanaan
6.1.1 Tarikh yang dirancang   :  5 April 2012

6.2 Tempoh Pelaksanaan
6.2.1 Tempoh Pelaksanaan    : 9.00 pagi hingga 5.30 petang

6.3 Tempat Lawatan
6.3.1 Kampung Budaya Sarawak.

6.4 Pengangkutan

6.4.1 Bas sekolah (2 unit)
- Bas sekolah akan ditempah oleh guru pengiring.
- Bas yang digunakan ialah bas sekolah sendiri
- Sebuah bas dapat memuatkan 40 orang penumpang

6.4.2 Kereta Guru (2 unit)
- Kereta akan disediakan oleh guru pengiring itu sendiri.
- Rasional untuk 2 unit kereta adalah untuk tujuan sekiranya ada kecemasan.



7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Setiap ahli Kelab Kajian Tempatan diwajibkan mengikuti lawatan sambil belajar ini.

7.2 Kategori pemilihan peserta :
7.2.1 Ahli perlulah aktif dalam semua aktiviti yang pernah dianjurkan oleh kelab.

7.3 Sasaran : Pelajar Tahun 5

7.4 Jumlah peserta : 80 orang

8.0 SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

8.1 Pihak penganjur perlulah menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk setiap peserta yang menyertai lawatan tersebut.

8.2 Pihak penganjur juga perlulah memastikan setiap guru pengiring dan peserta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

8.3 Murid-murid perlulah menghantar surat kebenaran berserta surat penyataan kesihatan (sekiranya mempunyai penyakit kronik) kepada pihak penganjur



9.0 AHLI JAWATANKUASA


10.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
Bil. Ahli Jawatankuasa Tugas-tugas
1. Pengerusi Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program ini.
Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program
2. Naib pengerusi Membantu Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan program ini.
Mengambil alih tanggungjawab pengerusi sekiranya pengerusi ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
3. Setiausaha Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program.
Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan program.
Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan mesyuarat.
Mengambil alih tugas pengerusi atau naib pengerusi sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri.
4. Bendahari Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan akaun program.
5. Guru pengiring Mengiringi murid-murid sepanjang lawatan
Mengambil tahu tentang kebajikan murid-murid sepanjang lawatan.
Menghuraikan dan menjelaskan berkaitan tempat yang dilawat
6. AJK Makanan Menyediakan makanan murid-murid dan guru-guru yang lain untuk aktiviti ini
7. AJK Pengangkutan Memastikan pengakutan pergi dan balik ada
Memastikan bas sekolah mencukupi
Menempah bas sekolah (2 buah)
Menyediakan pengangkutan sekiranya berlaku kecemasan
8. AJK Kebajikan Menjaga kebajikan para peserta
Mengambil tindakan segera sekiranya ada peserta yang  mempunyai masalah.
Memaklum segera kapada guru penasihat sekiranya ada masalah dan kesulitan
9. AJK Dokumentasi mengambil gambar dan video sepanjang aktiviti
Membuat banner/poster
menyediakan album untuk program  ini
pastikan gambar disusun dan disunting dengan baik
10. AJK Keselamatan & Kebersihan pastikan kawasan lawatan selamat
memastikan murid-murid tidak membuang sampah sekitar kawasan lawatan
memasikan dan memantau keselamatan peserta sepanjang program dan terutama sekali semasa melakukan aktiviti.
memastikan kawasan aktiviti berada dalam keadaan bersih
memastikan kebersihan kawasan sebelum berangkat pulang


11.0 TENTATIF
Tarikh Aktiviti lawatan : 5 April 2012

Masa
Perjalanan Aktiviti

7.30 pagi         - Berkumpul di dataran SK Batu Lintang
                        - Taklimat keselamatan, disiplin dan etika
9.00 pagi    - Bertolak ke Kampung Budaya, Kuching, Sarawak.
10.00 pagi - Tiba di Kampung Budaya
                        - Minum pagi
10.15 pagi - Lawatan ke Rumah Panjang Iban dan Bidayuh
12.30 tengah hari - Makan Tengahari
                        - Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan
2.00 petang - Lawatan ke rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina dan Rumah Panjang Orang Ulu
4.00 petang - Minum petang
                        - Solat Asar berjemaah di surau berdekatan
4.30 petang - Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya
5.30 petang - Bertolak balik ke SK Batu Lintang


12.0 PERATURAN DAN ARAHAN LAWATAN

12.1 Arahan Umum

12.1.1 Lawatan ini adalah aktiviti yang bersifat lawatan formal. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti sepanjang lawatan.
12.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh ketua / guru pengiring adalah menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa lawatan.
12.1.3 Semua guru pengiring dan peserta adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga akhir / tamat lawatan
12.1.4 Semua peserta perlulah mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa atau pegawai perubatan.
12.1.5 Bagi peserta Islam, solat perlulah dilaksanakan mengikut waktu dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian.
12.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
12.1.7 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang lawatan.
12.1.8 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan.

12.2 Komunikasi / Alat Komunikasi

12.2.1 Guru pengiring haruslah sentiasa membekalkan alat komunikasi seperti telefon bimbit bagi keperluan semasa kecemasan.
12.2.2 Guru pengiring dibenarkan menggunakan alat komunikasi untuk menghubungi pihak pengangkutan sebelum atau selepas aktiviti lawatan selesai.
12.2.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang aktiviti lawatan berlangsung bagi melancarkan pergerakkan aktiviti.

12.3 Keselamatan

12.3.1 Keselamatan haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengutamakan keselamatan.
12.3.2 Guru pengiring perlu memastikan peserta-peserta lain dalam keadaan selamat.
12.3.3 Peserta dilarang merayau-rayau keluar daripada kawasan aktiviti lawatan.
12.3.4 Jika berlaku kecemasan, guru pengiring akan membawa peserta yang cedera ke hospital dalam kadar yang segera.
12.3.5 Peserta-peserta lain haruslah dipastikan di dalam keadaan selamat.

12.4 Ketetapan Masa / Pergerakan Anggota

12.4.1 Peserta hendaklah tiba di dataran 10 minit sebelum aktiviti bermula.
12.4.2 Peserta tidak dibenarkan pergi ke tempat lain selain daripada kawasan aktiviti lawatan.
12.4.3 Peserta perlulah menepati masa sepanjang aktiviti lawatan ini.

12.5 Pakaian / Tag Nama

12.5.1 Semasa lawatan ini, peserta haruslah memakai pakaian yang telah ditetapkan (formal / semi-formal).
12.5.2 Setiap peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memakai tanda nama bagi tujuan identiti peserta di dalam rombongan lawatan.

12.6 Kebersihan

12.6.1 Peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memastikan tiada sampah di sekeliling kawasan tempat makan.
12.6.2 Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
12.6.3 Mengamalkan kebersihan tangan sebelum makan.
12.6.4 Peserta dan guru haruslah memakai pakaian yang bersih untuk keselesaan bersama.


13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Pelajar / Peserta : 80 orang
Guru pembimbing : 10 orang
Jumlah Keseluruhan yang terlibat : 90 orang

13.1 Yuran kursus

13.1.1 Setiap pelajar yang mengikuti lawatan ini dikehendaki membayar yuran sebanyak RM12.00 sebagai yuran penyertaan.

13.1.2 Guru pengiring turut diwajibkan membayar RM15.00 sebagai yuran penyertaan.
Bil. Perkara Anggaran Pendapatan Jumlah
1. Yuran Pelajar = RM12.00 X 80 RM 960.00
2. Yuran Guru = RM15.00 X 10 RM150.00
Jumlah keseluruhan RM1110

13.2 Makanan

Bil. Waktu Makan Anggaran Perbelanjaan Jumlah
1. Sarapan = RM3.00 X 90 orang RM270.00
2. Makan Tengahari = RM4.50 X 90 orang RM405.00
3. Minum petang =RM3.00 X 90 orang RM270.00
Jumlah RM945.00


13.3 Tiket Masuk
Bil. Perkara Anggaran Perbelanjaan Jumlah
1. Pelajar / peserta = RM6.00 X 80 orang RM480.00
2. Guru pengiring = RM13.00 X 10 orang RM130.00
Jumlah RM610.00

13.4 Jumlah keseluruhan anggaran pendapatan dan perbelanjaan

13.4.1 Anggaran Pendapatan

Bil. Perkara Anggaran Pendapatan
1. Yuran = RM1 110.00
Jumlah keseluruhan =  RM1 110.00


13.4.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Anggaran Perbelanjaan
1. Makanan = RM945.00
2. Tiket Masuk = RM610.00
Jumlah keseluruhan = RM1 555.00

13.5 Jumlah  perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum

13.5.1 Perbelanjaan yang telah dianggarkan ini akan dimohon untuk mendapatkan bajet perbelanjaan daripada unit Kokurikulum.

Bil. Perkara Anggaran Perbelanjaan
1. Jumlah Perbelanjaan = RM1 555.00
2. Jumlah Pendapatan = RM1 110.00
Jumlah yang diperlukan = RM445.00

13.5.2 Pihak penganjur akan memohon belanjawan daripada Unit Kokurikulum dengan jumlah sebanyak RM446.00.


14.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


15.0 PERAKUAN
PERAKUAN
Nama Tandatangan Catatan


Disediakan Oleh:


Dayang Nurshafiqa Abang Ahmad
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching



Disemak Oleh :
En. Roslan Majid Bin Azlan
Pengerusi Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching



Disokong / Tidak Disokong Oleh :
En.Asly Majubi
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching



Diluluskan / tidak diluluskan Oleh :
Encik Wan Abdul Rahman Wan Abdullah
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching


*Nota Kaki : Ada column untuk beberapa bahagian..tapi x dpt detect format masuk blog so jadi la x tsusun camni 

7 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. salam amsyahril sy nk buat lawatan d bali utk student uni..... bole resend sy berkenaan lawatan ke san ....tempat di lawati, tampt tinggal yg sesuai..... seramai 20 org..... 5 lelaki 15 girls..... bulan 8 nk ke sana...... termasuk transportation.... tq...

    ReplyDelete
  3. call me 0163336248
    email...... farolserdang781004105059@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salamalaik...saya minta kebenaran admin untuk merujuk kertas kerja lawatan.tq

    ReplyDelete
  5. salam,,mohon kebenaran untuk merujuk kertas kerja, terima kasih

    ReplyDelete
  6. SALAM DIK, MOHON KEBENARAN UNTUK RUJUKAN .TERIMA KASIH YA DIK

    ReplyDelete

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers