Followers

Saturday, April 7, 2012

Surat-surat lawatan sambil belajar


1.0 SURAT MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA



 LOGO + ALAMAT SEKOLAH
_________________________________________________________________
Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Murid tahun lima (5)
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang                      28 Mac 2012

Tuan/Puan,
Pemberitahuan Menyertai Lawatan Sambil Belajar
Merujuk perkara di atas, anak tuan/puan,  _____________________ telah dipilih untuk menyertai Program Lawatan Sambil Belajar anjuran Kelab Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching.

3. Berikut saya sertakan butiran lawatan :

Program : Program Lawatan Sambil Belajar
Tarikh     : 5 April 2012
Tempat   : Kampung Budaya Sarawak


4. Bagi mengesahkan kebenaran daripada pihak tuan/puan, pihak kami telah menyediakan Surat Kebenaran  dan meminta pihak tuan/puan menghantar surat kebenaran sebelum 2 April 2012.

Kami berharap agar pihak tuan dapat bekerjasama dengan baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian.Terima kasih.

Yang benar,



 ...................................
(DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD)
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang,
93050 Kuching,
Sarawak.




2.0 SURAT KEBENARAN DARIPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA



 LOGO + ALAMAT SEKOLAH
_____________________________________________________________
SURAT KEBENARAN WARIS MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KAMPUNG BUDAYA
2012

1. Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga
Nama  : ________________________________________________
No.KP  : ________________________________________________
Alamat Rumah  : _________________________________________
No. Tel. Rumah   : ________________________________________  
No. H/Phone    : __________________________________________


2. Maklumat Pelajar
Nama : _________________________________________________
No.Sijil Lahir : ____________________________________________
Alamat Rumah : __________________________________________
Tahun : _________________________________________________  
Kelas  : _________________________________________________


Dengan ini saya mengizinkan anak/jagaan saya mengikuti Lawatan Sambil Belajar Kelab Kajian Tempatan yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh :  5 April 2012
Tempat :  Kampung Budaya

Saya difahamkan bahawa anak/jagaan saya adalah di bawah pengawasan guru pengiring sepanjang aktiviti lawatan ini.


 Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa lawatan, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan guru/pihak pengurusan lawatan menguruskan anak/jagaan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Saya mengaku telah membayar premium insuran sebanyak RM1.50 (Ringgit Malaysia Satu dan Sen Lima Puluh Sahaja) dalam Skim Insuran Takaful Pelajar Malaysia bagi melindungi anak jagaan saya melalui pihak sekolah




Yang benar,


...................................................
(Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga) Tarikh :



Disahkan oleh.


...................................................
(Tandatangan Guru Besar dan Cop Rasmi) Tarikh :



Catatan : Hendaklah diisi dalam dua salinan. Disimpan 1 (satu) oleh ibu / bapa / penjaga dan 1 (satu) salinan diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran.





3.0 SURAT PEMBERITAHUAN LAWATAN

  LOGO + ALAMAT SEKOLAH
_________________________________________________________________
En. Paul Ding Lah,
Pengurus
Kampung Budaya Sarawak
P. 0. Box 2632,
93050 Kuching, Sarawak                                                              28 Mac 2012

Tuan,

Pemberitahuan Lawatan Sambil Belajar
Merujuk kepada perkara di atas, saya Dayang Nurshafiqa Binti Abg Ahmad, setiausaha kelab Kajian Tempatan, SK Batu Lintang, ingin memaklumkan kehadiran kami sempena program Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar dari Kelab Kajian Tempatan SK Batu Lintang.

2. Berikut saya sertakan butiran lawatan :

Program : Lawatan Sambil Belajar
Tarikh    : 5 April 2012 (Khamis)
Tempat  : Kampung Budaya Sarawak

Kami berharap agar pihak tuan dapat bekerjasama dengan baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
4. Bersama-sama surat ini saya sertakan tentatif program untuk rujukan pihak tuan.

Sekian.terima kasih.



Yang benar,


..............................................................................
(DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD)
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang,
Kuching, Sarawak.


TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR  KELAB KAJIAN TEMPATAN 2012

Tarikh Aktiviti lawatan : 5 April 2012

Masa
Perjalanan Aktiviti

7.30 pagi - Berkumpul di dataran SK Batu Lintang
- Taklimat keselamatan, disiplin dan etika
9.00 pagi - Bertolak ke Kampung Budaya, Kuching, Sarawak.

10.00 pagi - Tiba di Kampung Budaya
- Minum pagi
10.15 pagi - Lawatan ke Rumah Panjang Iban dan Bidayuh

12.30 tengah hari - Makan Tengahari
- Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan
2.00 petang - Lawatan ke rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina dan Rumah Panjang Orang Ulu
4.00 petang - Minum petang
- Solat Asar berjemaah di surau berdekatan
4.30 petang - Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya
5.30 petang - Bertolak balik ke SK Batu Lintang

6 comments:

  1. terima kasih.... surat ni banyak membntu saya...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Allah...terima kasih cikgu shafiqa.. maklumat ini sangat membantu..

    ReplyDelete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete