Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAMPUNG BUDAYA KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KAMPUNG BUDAYA KUCHING, SARAWAK
2012



ANJURAN
KELAB KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG,
KUCHING, SARAWAK


1.0         PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar tahap 2, tahun 5 Sekolah Kebangsaan Batu Lintang. Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan Kelab Kajian Tempatan 2012 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang keunikan masyarakat di negara Malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk keseronokan, penghayatan budaya, dan semangat perpaduan dalam diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada standard pembelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Lawatan ini juga bertujuan untuk pembelajaran tajuk 8 yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh murid-murid dalam menempuhi kehidupan sosial bermasyarakat.

2.0         LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua ahli Kelab Kajian Tempatan dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kami serta mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang.
Lawatan pada tahun 2012, dijangkakan sejumlah 80 orang peserta akan menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kampung Budaya Sarawak. Lawatan ini melibatkan 10 orang guru pengiring bagi mengiringi murid-murid yang akan mengikuti lawatan ini. Dalam masa yang sama, guru-guru ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai integrasi, perpaduan dan kehidupan yang berintegriti dalam kalangan murid.

3.0         RASIONAL

3.1         Lawatan yang akan dijalankan ini akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

4.0         MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.



5.0         OBJEKTIF

i.              Mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan.

ii.            Menyedari keunikan masyarakat di negara kita.

iii.           Mengetahui dan menghargai kesenian negara seperti permainan tradisional, makanan tradisional dan seni mempertahankan diri.

iv.           Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.


6.0         PELAKSANAAN

6.1         Tarikh Pelaksanaan
6.1.1     Tarikh yang dirancang   :  5 April 2012

6.2         Tempoh Pelaksanaan
6.2.1     Tempoh Pelaksanaan    : 9.00 pagi hingga 5.30 petang

6.3         Tempat Lawatan
6.3.1     Kampung Budaya Sarawak.

6.4         Pengangkutan

6.4.1     Bas sekolah (2 unit)
-       Bas sekolah akan ditempah oleh guru pengiring.
-       Bas yang digunakan ialah bas sekolah sendiri
-       Sebuah bas dapat memuatkan 40 orang penumpang

6.4.2     Kereta Guru (2 unit)
-       Kereta akan disediakan oleh guru pengiring itu sendiri.
-       Rasional untuk 2 unit kereta adalah untuk tujuan sekiranya ada kecemasan.


7.0         KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1         Setiap ahli Kelab Kajian Tempatan diwajibkan mengikuti lawatan sambil belajar ini.

7.2         Kategori pemilihan peserta :
7.2.1     Ahli perlulah aktif dalam semua aktiviti yang pernah dianjurkan oleh kelab.

7.3         Sasaran                     : Pelajar Tahun 5

7.4         Jumlah peserta         : 80 orang

8.0         SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

8.1         Pihak penganjur perlulah menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk setiap peserta yang menyertai lawatan tersebut.

8.2         Pihak penganjur juga perlulah memastikan setiap guru pengiring dan peserta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

8.3         Murid-murid perlulah menghantar surat kebenaran berserta surat penyataan kesihatan (sekiranya mempunyai penyakit kronik) kepada pihak penganjur





AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi
En. Roslan Majid Bin Azlan


Timbalan Pengerusi
Pn.Sheila Ros Ruslee

Setiausaha
Dayang Nurshafiqa Abg Ahmad

Ajk Kebajikan
En. Burhanuddin Helmi

Ajk Makanan
Pn. Adibah Nor

Ajk Dokumentasi
En.Aminuddin Baki

Ajk Keselamatan & Kebersihan
En. Awang Had Salleh
Ajk Pengangkutan
En. Carl Rogers

Bendahari
En.Galang Putra Satria

Guru Pengiring
En. Aliff Aliz Ahlan
En. Anuar Zain
Cik Farah Azlina
Pn.Nora Azlina






10.0      BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
Bil.
Ahli Jawatankuasa
Tugas-tugas
1.
Pengerusi
ü  Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program ini.
ü  Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program
2.
Naib pengerusi
ü  Membantu Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan program ini.
ü  Mengambil alih tanggungjawab pengerusi sekiranya pengerusi ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
3.
Setiausaha
ü  Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program.
ü  Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan program.
ü  Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan mesyuarat.
ü  Mengambil alih tugas pengerusi atau naib pengerusi sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri.
4.
Bendahari
ü  Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan akaun program.
5.
Guru pengiring
ü  Mengiringi murid-murid sepanjang lawatan
ü  Mengambil tahu tentang kebajikan murid-murid sepanjang lawatan.
ü  Menghuraikan dan menjelaskan berkaitan tempat yang dilawat
6.
AJK Makanan
ü  Menyediakan makanan murid-murid dan guru-guru yang lain untuk aktiviti ini

7.
AJK Pengangkutan
ü  Memastikan pengakutan pergi dan balik ada
ü  Memastikan bas sekolah mencukupi
ü  Menempah bas sekolah (2 buah)
ü  Menyediakan pengangkutan sekiranya berlaku kecemasan
8.
AJK Kebajikan
ü  Menjaga kebajikan para peserta
ü  Mengambil tindakan segera sekiranya ada peserta yang  mempunyai masalah.
ü  Memaklum segera kapada guru penasihat sekiranya ada masalah dan kesulitan
9.
AJK Dokumentasi
ü  mengambil gambar dan video sepanjang aktiviti
ü  Membuat banner/poster
ü  menyediakan album untuk program  ini
ü  pastikan gambar disusun dan disunting dengan baik
10.
AJK Keselamatan & Kebersihan
ü  pastikan kawasan lawatan selamat
ü  memastikan murid-murid tidak membuang sampah sekitar kawasan lawatan
ü  memasikan dan memantau keselamatan peserta sepanjang program dan terutama sekali semasa melakukan aktiviti.
ü  memastikan kawasan aktiviti berada dalam keadaan bersih
ü  memastikan kebersihan kawasan sebelum berangkat pulang




11.0      TENTATIF
Tarikh Aktiviti lawatan : 5 April 2012

Masa

Perjalanan Aktiviti

7.30 pagi
- Berkumpul di dataran SK Batu Lintang
- Taklimat keselamatan, disiplin dan etika
9.00 pagi
- Bertolak ke Kampung Budaya, Kuching, Sarawak.

10.00 pagi
- Tiba di Kampung Budaya
- Minum pagi
10.15 pagi
- Lawatan ke Rumah Panjang Iban dan Bidayuh

12.30 tengah hari
- Makan Tengahari
- Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan
2.00 petang
- Lawatan ke rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina dan Rumah Panjang Orang Ulu
4.00 petang
- Minum petang
- Solat Asar berjemaah di surau berdekatan
4.30 petang
- Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya
5.30 petang
- Bertolak balik ke SK Batu Lintang





















12.0      PERATURAN DAN ARAHAN LAWATAN

12.1      Arahan Umum

12.1.1  Lawatan ini adalah aktiviti yang bersifat lawatan formal. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti sepanjang lawatan.
12.1.2  Arahan yang dikeluarkan oleh ketua / guru pengiring adalah menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa lawatan.
12.1.3  Semua guru pengiring dan peserta adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga akhir / tamat lawatan
12.1.4  Semua peserta perlulah mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa atau pegawai perubatan.
12.1.5  Bagi peserta Islam, solat perlulah dilaksanakan mengikut waktu dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian.
12.1.6  Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
12.1.7  Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang lawatan.
12.1.8  Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan.

12.2      Komunikasi / Alat Komunikasi

12.2.1  Guru pengiring haruslah sentiasa membekalkan alat komunikasi seperti telefon bimbit bagi keperluan semasa kecemasan.
12.2.2  Guru pengiring dibenarkan menggunakan alat komunikasi untuk menghubungi pihak pengangkutan sebelum atau selepas aktiviti lawatan selesai.
12.2.3  Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang aktiviti lawatan berlangsung bagi melancarkan pergerakkan aktiviti.
12.3      Keselamatan

12.3.1  Keselamatan haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengutamakan keselamatan.
12.3.2  Guru pengiring perlu memastikan peserta-peserta lain dalam keadaan selamat.
12.3.3  Peserta dilarang merayau-rayau keluar daripada kawasan aktiviti lawatan.
12.3.4  Jika berlaku kecemasan, guru pengiring akan membawa peserta yang cedera ke hospital dalam kadar yang segera.
12.3.5  Peserta-peserta lain haruslah dipastikan di dalam keadaan selamat.

12.4      Ketetapan Masa / Pergerakan Anggota

12.4.1  Peserta hendaklah tiba di dataran 10 minit sebelum aktiviti bermula.
12.4.2  Peserta tidak dibenarkan pergi ke tempat lain selain daripada kawasan aktiviti lawatan.
12.4.3  Peserta perlulah menepati masa sepanjang aktiviti lawatan ini.

12.5      Pakaian / Tag Nama

12.5.1  Semasa lawatan ini, peserta haruslah memakai pakaian yang telah ditetapkan (formal / semi-formal).
12.5.2  Setiap peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memakai tanda nama bagi tujuan identiti peserta di dalam rombongan lawatan.

12.6      Kebersihan

12.6.1  Peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memastikan tiada sampah di sekeliling kawasan tempat makan.
12.6.2  Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
12.6.3  Mengamalkan kebersihan tangan sebelum makan.
12.6.4  Peserta dan guru haruslah memakai pakaian yang bersih untuk keselesaan bersama.

13.0      ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Pelajar / Peserta                                : 80 orang
Guru pembimbing                            : 10 orang
Jumlah Keseluruhan yang terlibat : 90 orang

13.1      Yuran kursus

13.1.1  Setiap pelajar yang mengikuti lawatan ini dikehendaki membayar yuran sebanyak RM12.00 sebagai yuran penyertaan.

13.1.2  Guru pengiring turut diwajibkan membayar RM15.00 sebagai yuran penyertaan.
Bil.
Perkara
Anggaran Pendapatan
Jumlah
1.
Yuran Pelajar
= RM12.00 X 80
RM 960.00
2.
Yuran Guru
= RM15.00 X 10
RM150.00


Jumlah keseluruhan
RM1110

13.2      Makanan

Bil.
Waktu Makan
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah
1.
Sarapan
= RM3.00 X 90 orang
RM270.00
2.
Makan Tengahari
= RM4.50 X 90 orang
RM405.00
3.
Minum petang
=RM3.00 X 90 orang
RM270.00

Jumlah
RM945.00


13.3      Tiket Masuk
Bil.
Perkara
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah
1.
Pelajar / peserta
= RM6.00 X 80 orang
RM480.00
2.
Guru pengiring
= RM13.00 X 10 orang
RM130.00

Jumlah
RM610.00

13.4      Jumlah keseluruhan anggaran pendapatan dan perbelanjaan

13.4.1  Anggaran Pendapatan

Bil.
Perkara
Anggaran Pendapatan
1.
Yuran
= RM1 110.00

Jumlah keseluruhan
=  RM1 110.00


13.4.2  Anggaran Perbelanjaan

Bil.
Perkara
Anggaran Perbelanjaan
1.
Makanan
= RM945.00
2.
Tiket Masuk
= RM610.00

Jumlah keseluruhan
= RM1 555.00


13.5      Jumlah  perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum

13.5.1  Perbelanjaan yang telah dianggarkan ini akan dimohon untuk mendapatkan bajet perbelanjaan daripada unit Kokurikulum.

Bil.
Perkara
Anggaran Perbelanjaan
1.
Jumlah Perbelanjaan
= RM1 555.00
2.
Jumlah Pendapatan
= RM1 110.00

Jumlah yang diperlukan
= RM445.00

13.5.2  Pihak penganjur akan memohon belanjawan daripada Unit Kokurikulum dengan jumlah sebanyak RM446.00.


14.0      PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



15.0      PERAKUAN
PERAKUAN

Nama
Tandatangan
Catatan


Disediakan Oleh:



Dayang Nurshafiqa Abang Ahmad
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching














Disemak Oleh :

En. Roslan Majid Bin Azlan
Pengerusi Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching







Disokong / Tidak Disokong Oleh :



En.Asly Majubi
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching






Diluluskan / tidak diluluskan Oleh :

Encik Wan Abdul Rahman Wan Abdullah
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching





1.0 SURAT MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING


_________________________________________________________________
Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Murid tahun lima (5)
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang                                                 28 Mac 2012

Tuan/Puan,
Pemberitahuan Menyertai Lawatan Sambil Belajar
Merujuk perkara di atas, anak tuan/puan,  _____________________ telah dipilih untuk menyertai Program Lawatan Sambil Belajar anjuran Kelab Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching.

3.   Berikut saya sertakan butiran lawatan :

Program : Program Lawatan Sambil Belajar
Tarikh     : 5 April 2012
Tempat   : Kampung Budaya Sarawak


4.   Bagi mengesahkan kebenaran daripada pihak tuan/puan, pihak kami telah menyediakan Surat Kebenaran  dan meminta pihak tuan/puan menghantar surat kebenaran sebelum 2 April 2012.

Kami berharap agar pihak tuan dapat bekerjasama dengan baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian.Terima kasih.

Yang benar,



 ...................................
(DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD)
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang,
93050 Kuching,
Sarawak.





2.0 SURAT KEBENARAN DARIPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING


_________________________________________________________________
SURAT KEBENARAN WARIS MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KAMPUNG BUDAYA
2012

1.    Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga
Nama  : ________________________________________________ 
No.KP  : ________________________________________________
Alamat Rumah  : _________________________________________
No. Tel. Rumah   : ________________________________________  
No. H/Phone    : __________________________________________


2.    Maklumat Pelajar
Nama : _________________________________________________ 
No.Sijil Lahir : ____________________________________________
Alamat Rumah : __________________________________________
Tahun : _________________________________________________  
Kelas  : _________________________________________________


Dengan ini saya mengizinkan anak/jagaan saya mengikuti Lawatan Sambil Belajar Kelab Kajian Tempatan yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh            :  5 April 2012
Tempat          :  Kampung Budaya

Saya difahamkan bahawa anak/jagaan saya adalah di bawah pengawasan guru pengiring sepanjang aktiviti lawatan ini.


 Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa lawatan, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan guru/pihak pengurusan lawatan menguruskan anak/jagaan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Saya mengaku telah membayar premium insuran sebanyak RM1.50 (Ringgit Malaysia Satu dan Sen Lima Puluh Sahaja) dalam Skim Insuran Takaful Pelajar Malaysia bagi melindungi anak jagaan saya melalui pihak sekolah




Yang benar,


...................................................                                            
(Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga)                                    Tarikh :



Disahkan oleh.


...................................................
(Tandatangan Guru Besar dan Cop Rasmi)                   Tarikh :



Catatan : Hendaklah diisi dalam dua salinan. Disimpan 1 (satu) oleh ibu / bapa / penjaga dan 1 (satu) salinan diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING


_________________________________________________________________
En. Paul Ding Lah,
Pengurus
Kampung Budaya Sarawak
P. 0. Box 2632,
93050 Kuching, Sarawak                                                              28 Mac 2012

Tuan,

Pemberitahuan Lawatan Sambil Belajar
Merujuk kepada perkara di atas, saya Dayang Nurshafiqa Binti Abg Ahmad, setiausaha kelab Kajian Tempatan, SK Batu Lintang, ingin memaklumkan kehadiran kami sempena program Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar dari Kelab Kajian Tempatan SK Batu Lintang.

2. Berikut saya sertakan butiran lawatan :

Program : Lawatan Sambil Belajar
Tarikh    : 5 April 2012 (Khamis)
Tempat  : Kampung Budaya Sarawak

Kami berharap agar pihak tuan dapat bekerjasama dengan baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
4.   Bersama-sama surat ini saya sertakan tentatif program untuk rujukan pihak tuan.

Sekian.terima kasih.



Yang benar,


..............................................................................
(DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD)
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang,
Kuching, Sarawak.


TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KELAB KAJIAN TEMPATAN
2012

Tarikh Aktiviti lawatan : 5 April 2012

Masa

Perjalanan Aktiviti

7.30 pagi
- Berkumpul di dataran SK Batu Lintang
- Taklimat keselamatan, disiplin dan etika
9.00 pagi
- Bertolak ke Kampung Budaya, Kuching, Sarawak.

10.00 pagi
- Tiba di Kampung Budaya
- Minum pagi
10.15 pagi
- Lawatan ke Rumah Panjang Iban dan Bidayuh

12.30 tengah hari
- Makan Tengahari
- Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan
2.00 petang
- Lawatan ke rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina dan Rumah Panjang Orang Ulu
4.00 petang
- Minum petang
- Solat Asar berjemaah di surau berdekatan
4.30 petang
- Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya
5.30 petang
- Bertolak balik ke SK Batu Lintang


























LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING



PENDAFTARAN GURU PENGIRING

Maklumat Guru Pengiring

NO.
NAMA
J
NO KP
JAWATAN
1.
En. Awang Had Salleh
L
920108-12-7622
Ajk Keselamatan
2.
En. Burhanuddin Helmi
L
870908-09-5647
Ajk Kebajikan
3.
En.Aminuddin Baki
L
920906-08-7653
Ajk Dokumentasi
4.
En. Carl Rogers
L
880403-13-9876
Ajk Pengangkutan
5.
Pn. Adibah Nor
P
880909-02-1234
Ajk Makanan
6.
Pn.Nora Azlina
P
920805-12-4566
Guru pengiring
7.
Cik Farah Azlina
P
881204-03-1123
Guru pengiring
8.
En. Anuar Zain
L
901109-06-5542
Guru pengiring
9.
En. Aliff Aziz Ahlan
L
920108-12-8876
Guru pengiring
10.
Pn.Dayang Nurshafiqa A.
P
920108-13-6244
Setiausaha






CATATAN :
·         SETIAP GURU PENGIRING HARUSLAH MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN KEPADA BENDAHARI KELAB KAJIAN TEMPATAN.
·         SERTAKAN SALINAN KAD PENGENALAN



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING



PENDAFTARAN PESERTA

NO.
NAMA
J
TAHUN
KELAS
1.




2.




3.




4.




5.




6.




7.




8.




9.




10.




11.




12.




13.




14.




15.




16.




17.




18.




19.




20.




21.




22.




23.




24.




25.




26.




27.




28.




29.




30.




31.




32.




33.




34.




35.




36.




37.




58




39.




40.




41.




42.




43.




44.




45.




46.




47.




48




49




50




51




52




53




54




55




56




57




58




59




60




61




62




63




64




65




66




67




68




69




70




71




72




73




74




75




76




77




78




79




80






CATATAN :
·         SETIAP PENDAFTARAN PESRTA HARUSLAH DISERTAKAN DENGAN YURAN DAN SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA


Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers