Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

JURNAL 4 (PRAK2)

Bilangan Jurnal
:
4
Minggu Praktikum
:
Keempat
Tarikh Peristiwa / Kejadian
:
4 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014
Tajuk Jurnal
:
Komunikasi antara guru dengan murid

1.    Masalah / Peristiwa

Setelah 3 minggu berada di SK Kinasaraban, pelbagai halangan dan cabaran yang saya hadapi dalam usaha saya melaksanakan proses penyampaian pengajaran yang sempurna di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran yang sempurna melibatkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid. Dalam hal yang demikian, tanpa adanya perhubungan atau rappo antara kedua-dua belah pihak, pengajaran yang sempurna tidak akan dapat direalisasikan , malahan juga ianya akan mengundang kepada pelbagai masalah. Antara masalah yang timbul sepanjang minggu ketiga ini adalah berkaitan dengan masalah sikap.

a.    Penglibatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Beberapa orang murid telah menampakkan kurang minat dan konsisten terhadap pelajaran. Antara murid yang sering bermasalah tingkah laku di kelas ialah Aiman, AdRies, Fikri
b.    Sikap sambil lewa di kalangan murid terhadap tugasan atau arahan guru. Murid ini juga kadang-kadang leka melakukan kerja lain semasa guru memberi tugasan. Antara murid yang sering leka ialah Kiko dan Friendly

Keadaan seumpama ini jelas menyukarkan saya sebagai seorang guru praktikum untuk mengawal kelas dan mencapai objektif utama saya. Atas sebab itu timbul beberapa permasalahan yang akan berlarutan jika masalah ini tidak dibendung dari awal.


  1. Analisis

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan :
”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran”.

  1. Cadangan Tindakan Susulan

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak kepimpinan guru (demokratik), komunikasi dan interaksi (pengunaan nada suara yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan bersesuaian untuk merarik perhatian murid-murid ketika belajar
.
Saya akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan dengan PdP yang disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar juga akan saya pelbagaikan demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat dari PdP yang dijalankan.
Saya amat berharap agar dapat meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid saya. Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari guru-guru yang lain. Mungkin dengan cara sedemikian, saya akan memperoleh idea atau strategi baru dalam mengendalikan P&P

  1. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Bermula 4 Ogos 2014 hingga murid-murid menunjukkan perubahan dan perkembangan yang lebih baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan  : __________________

Tandatangan  : ______________________
Nama              : __________________

Nama              : ______________________
Tarikh              : __________________

Tarikh              : __________________­­­___­

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers