Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

JURNAL 2 (PRAK2)

Bilangan Jurnal
:
2
Minggu Praktikum
:
Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian
:
21 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014
Tajuk Jurnal
:
Masalah Tingkah Laku murid-murid Prasekolah


1)         Masalah / Peristiwa
Di sepanjang minggu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah. Setiap murid mempunyai tingkah laku masing-masing. Agak sukar untuk mereka mematuhi arahan saya. Malah, mereka juga menjawab setiap apa yang saya katakan. Selain itu, mereka juga suka bermain jika ada peluang walaupun masih berada dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Malah, ada yang sanggup membuli kawan sehingga menangis.

   
2)         Analisis
Masalah ini mungkin timbul kerana sikap saya yang tidak tegas pada minggu pertama berkenalan dengan mereka. Hal ini kerana, pada minggu pertama berkenalan dengan mereka, saya banyak menunjukkan sikap mesra berbanding ketegasan yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini menjadikan mereka hilang hormat kepada guru.

3)         Cadangan Tindakan Susulan

a.    Saya perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku murid
b.    Saya perlu menyediakan aktiviti hands on yang melibatkan murid agar mereka kurang masa untuk leka dan bermain
c.    Saya perlu menyediakan token agar murid lebih bersemangat untuk menunjukkan tingkah laku yang positif dan takut untuk kehilangan token jika ganjaran ditarik balik
d.    Saya patut mengulangkaji buku-buku yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti untuk menjalankan proses pengajaran yang lebih menarik dan bermakna kepada murid.
e.    Penggunaan token yang perlu dijaga sendiri oleh murid agar dapat memupuk sikap amanah dan percaya diri dalam diri murid.


4)         Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini. Saya perlu menguruskan tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka dapat menjalani proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada mereka. Jika tiada langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh mereka, maka pengajaran saya pada hari tersebut tiada maknanya kepada mereka seterusnya menjadikan mereka tidak berminat pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan  : __________________

Tandatangan  : ______________________
Nama              : __________________

Nama              : ______________________
Tarikh              : __________________

Tarikh              : __________________­­­___­

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers