KERTAS KERJA
LAWATAN
SAMBIL BELAJAR
KE
KAMPUNG BUDAYA KUCHING, SARAWAK
2012
ANJURAN
KELAB
KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN BATU LINTANG,
KUCHING,
SARAWAK
1.0
PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar ini
merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar tahap 2,
tahun 5 Sekolah Kebangsaan Batu Lintang. Aktiviti lawatan ini juga termasuk
dalam perancangan aktiviti tahunan Kelab Kajian Tempatan 2012 yang bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada murid tentang keunikan masyarakat di negara
Malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk
keseronokan, penghayatan budaya, dan semangat perpaduan dalam diri murid-murid.
Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada standard pembelajaran yang
ditetapkan oleh kerajaan. Lawatan ini juga bertujuan untuk pembelajaran tajuk 8
yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh murid-murid dalam menempuhi
kehidupan sosial bermasyarakat.
2.0
LATAR
BELAKANG
Segala
perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua
ahli Kelab Kajian Tempatan dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak
kami serta mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang.
Lawatan
pada tahun 2012, dijangkakan sejumlah 80 orang peserta akan menyertai Lawatan
Sambil Belajar ke Kampung Budaya Sarawak. Lawatan ini melibatkan 10 orang guru
pengiring bagi mengiringi murid-murid yang akan mengikuti lawatan ini. Dalam
masa yang sama, guru-guru ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai
integrasi, perpaduan dan kehidupan yang berintegriti dalam kalangan murid.
3.0
RASIONAL
3.1
Lawatan yang akan dijalankan
ini akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, mengenali masyarakat di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta
Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain
ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.
4.0
MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan
modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui
penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai
aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah
ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti
lawatan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan
seharian.
5.0
OBJEKTIF
i.
Mengenali masyarakat di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan.
ii.
Menyedari keunikan
masyarakat di negara kita.
iii.
Mengetahui dan menghargai
kesenian negara seperti permainan tradisional, makanan tradisional dan seni
mempertahankan diri.
iv.
Memupuk sikap
hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah
pembentukan masyarakat yang harmoni.
6.0
PELAKSANAAN
6.1
Tarikh Pelaksanaan
6.1.1 Tarikh
yang dirancang : 5 April 2012
6.2
Tempoh Pelaksanaan
6.2.1 Tempoh
Pelaksanaan : 9.00 pagi hingga 5.30
petang
6.3
Tempat Lawatan
6.3.1 Kampung
Budaya Sarawak.
6.4
Pengangkutan
6.4.1 Bas
sekolah (2 unit)
- Bas
sekolah akan ditempah oleh guru pengiring.
- Bas
yang digunakan ialah bas sekolah sendiri
- Sebuah
bas dapat memuatkan 40 orang penumpang
6.4.2 Kereta
Guru (2 unit)
- Kereta
akan disediakan oleh guru pengiring itu sendiri.
- Rasional
untuk 2 unit kereta adalah untuk tujuan sekiranya ada kecemasan.
7.0
KUMPULAN
SASARAN / PENYERTAAN
7.1
Setiap ahli Kelab Kajian
Tempatan diwajibkan mengikuti lawatan sambil belajar ini.
7.2
Kategori pemilihan peserta :
7.2.1 Ahli
perlulah aktif dalam semua aktiviti yang pernah dianjurkan oleh kelab.
7.3
Sasaran : Pelajar Tahun 5
7.4
Jumlah peserta : 80 orang
8.0
SURAT
KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN
8.1
Pihak penganjur perlulah
menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk setiap peserta yang
menyertai lawatan tersebut.
8.2
Pihak penganjur juga
perlulah memastikan setiap guru pengiring dan peserta mempunyai tahap kesihatan
yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
8.3
Murid-murid perlulah
menghantar surat kebenaran berserta surat penyataan kesihatan (sekiranya
mempunyai penyakit kronik) kepada pihak penganjur
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
En.
Roslan Majid Bin Azlan
|
Timbalan
Pengerusi
Pn.Sheila
Ros Ruslee
|
Setiausaha
Dayang
Nurshafiqa Abg Ahmad
|
Ajk Kebajikan
En. Burhanuddin
Helmi
|
Ajk Makanan
Pn. Adibah Nor
|
Ajk Dokumentasi
En.Aminuddin
Baki
|
Ajk Keselamatan & Kebersihan
En. Awang Had Salleh
|
Ajk Pengangkutan
En. Carl Rogers
|
Bendahari
En.Galang Putra
Satria
|
Guru Pengiring
En. Aliff Aliz
Ahlan
En. Anuar Zain
Cik Farah Azlina
Pn.Nora Azlina
|
10.0
BIDANG
TUGAS JAWATANKUASA
Bil.
|
Ahli Jawatankuasa
|
Tugas-tugas
|
1.
|
Pengerusi
|
ü
Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan
melaksanakan program ini.
ü
Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan
program
|
2.
|
Naib pengerusi
|
ü
Membantu Pengerusi dan ahli-ahli
jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan program ini.
ü
Mengambil alih tanggungjawab pengerusi
sekiranya pengerusi ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
|
3.
|
Setiausaha
|
ü
Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja
program.
ü
Menyediakan dan menyiapkan segala jenis
surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan program.
ü
Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan
laporan mesyuarat.
ü
Mengambil alih tugas pengerusi atau naib
pengerusi sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri.
|
4.
|
Bendahari
|
ü
Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan
akaun program.
|
5.
|
Guru pengiring
|
ü
Mengiringi murid-murid sepanjang lawatan
ü
Mengambil tahu tentang kebajikan murid-murid
sepanjang lawatan.
ü
Menghuraikan dan menjelaskan berkaitan
tempat yang dilawat
|
6.
|
AJK Makanan
|
ü Menyediakan makanan murid-murid dan
guru-guru yang lain untuk aktiviti ini
|
7.
|
AJK Pengangkutan
|
ü Memastikan pengakutan pergi dan balik ada
ü Memastikan bas sekolah mencukupi
ü Menempah bas sekolah (2 buah)
ü Menyediakan pengangkutan sekiranya berlaku
kecemasan
|
8.
|
AJK Kebajikan
|
ü Menjaga kebajikan para peserta
ü Mengambil tindakan segera sekiranya ada
peserta yang mempunyai masalah.
ü Memaklum segera kapada guru penasihat sekiranya
ada masalah dan kesulitan
|
9.
|
AJK Dokumentasi
|
ü mengambil gambar dan video sepanjang
aktiviti
ü Membuat banner/poster
ü menyediakan album untuk program ini
ü pastikan gambar disusun dan disunting dengan
baik
|
10.
|
AJK Keselamatan &
Kebersihan
|
ü pastikan kawasan lawatan selamat
ü memastikan murid-murid tidak membuang sampah
sekitar kawasan lawatan
ü memasikan dan memantau keselamatan peserta
sepanjang program dan terutama sekali semasa melakukan aktiviti.
ü memastikan kawasan aktiviti berada dalam
keadaan bersih
ü memastikan kebersihan kawasan sebelum
berangkat pulang
|
11.0
TENTATIF
Tarikh
Aktiviti lawatan : 5 April 2012
Masa
|
Perjalanan Aktiviti
|
7.30 pagi
|
- Berkumpul di dataran SK
Batu Lintang
- Taklimat keselamatan,
disiplin dan etika
|
9.00 pagi
|
- Bertolak ke Kampung
Budaya, Kuching, Sarawak.
|
10.00 pagi
|
- Tiba di Kampung Budaya
- Minum pagi
|
10.15 pagi
|
- Lawatan ke Rumah Panjang
Iban dan Bidayuh
|
12.30
tengah hari
|
-
Makan Tengahari
-
Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan
|
2.00 petang
|
- Lawatan ke rumah-tinggi
Melanau dan rumah ladang orang Cina dan Rumah Panjang Orang Ulu
|
4.00 petang
|
- Minum petang
- Solat Asar berjemaah di
surau berdekatan
|
4.30
petang
|
-
Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya
|
5.30 petang
|
- Bertolak balik ke SK
Batu Lintang
|
12.0
PERATURAN
DAN ARAHAN LAWATAN
12.1 Arahan
Umum
12.1.1 Lawatan
ini adalah aktiviti yang bersifat lawatan formal. Peraturan dikeluarkan bagi
memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti sepanjang lawatan.
12.1.2 Arahan
yang dikeluarkan oleh ketua / guru pengiring adalah menurut ketetapan yang
sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa lawatan.
12.1.3 Semua
guru pengiring dan peserta adalah tertakluk kepada peraturan yang telah
ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga akhir / tamat lawatan
12.1.4 Semua
peserta perlulah mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan kecuali
mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa atau pegawai perubatan.
12.1.5 Bagi
peserta Islam, solat perlulah dilaksanakan mengikut waktu dan dinasihatkan
untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk
aktiviti kerohanian.
12.1.6 Dilarang
mencetuskan sebarang perselisihan faham.
12.1.7 Utamakan
kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang lawatan.
12.1.8 Teguran
bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan.
12.2 Komunikasi
/ Alat Komunikasi
12.2.1 Guru
pengiring haruslah sentiasa membekalkan alat komunikasi seperti telefon bimbit
bagi keperluan semasa kecemasan.
12.2.2 Guru
pengiring dibenarkan menggunakan alat komunikasi untuk menghubungi pihak
pengangkutan sebelum atau selepas aktiviti lawatan selesai.
12.2.3 Peserta
tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang aktiviti lawatan
berlangsung bagi melancarkan pergerakkan aktiviti.
12.3 Keselamatan
12.3.1 Keselamatan
haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengutamakan
keselamatan.
12.3.2 Guru
pengiring perlu memastikan peserta-peserta lain dalam keadaan selamat.
12.3.3 Peserta
dilarang merayau-rayau keluar daripada kawasan aktiviti lawatan.
12.3.4 Jika
berlaku kecemasan, guru pengiring akan membawa peserta yang cedera ke hospital
dalam kadar yang segera.
12.3.5 Peserta-peserta
lain haruslah dipastikan di dalam keadaan selamat.
12.4 Ketetapan
Masa / Pergerakan Anggota
12.4.1 Peserta
hendaklah tiba di dataran 10 minit sebelum aktiviti bermula.
12.4.2 Peserta
tidak dibenarkan pergi ke tempat lain selain daripada kawasan aktiviti lawatan.
12.4.3 Peserta
perlulah menepati masa sepanjang aktiviti lawatan ini.
12.5 Pakaian
/ Tag Nama
12.5.1 Semasa
lawatan ini, peserta haruslah memakai pakaian yang telah ditetapkan (formal /
semi-formal).
12.5.2 Setiap
peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memakai tanda nama bagi tujuan
identiti peserta di dalam rombongan lawatan.
12.6 Kebersihan
12.6.1 Peserta
dan guru pengiring haruslah sentiasa memastikan tiada sampah di sekeliling
kawasan tempat makan.
12.6.2 Dilarang
membuang sampah di merata-rata tempat.
12.6.3 Mengamalkan
kebersihan tangan sebelum makan.
12.6.4 Peserta
dan guru haruslah memakai pakaian yang bersih untuk keselesaan bersama.
13.0
ANGGARAN
PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
Pelajar / Peserta : 80 orang
Guru
pembimbing : 10
orang
Jumlah
Keseluruhan yang terlibat : 90 orang
13.1 Yuran
kursus
13.1.1 Setiap
pelajar yang mengikuti lawatan ini dikehendaki membayar yuran sebanyak RM12.00
sebagai yuran penyertaan.
13.1.2 Guru
pengiring turut diwajibkan membayar RM15.00 sebagai yuran penyertaan.
Bil.
|
Perkara
|
Anggaran Pendapatan
|
Jumlah
|
1.
|
Yuran Pelajar
|
= RM12.00 X 80
|
RM 960.00
|
2.
|
Yuran Guru
|
= RM15.00 X 10
|
RM150.00
|
|
|
Jumlah
keseluruhan
|
RM1110
|
13.2 Makanan
Bil.
|
Waktu Makan
|
Anggaran
Perbelanjaan
|
Jumlah
|
1.
|
Sarapan
|
= RM3.00 X 90 orang
|
RM270.00
|
2.
|
Makan Tengahari
|
= RM4.50 X 90 orang
|
RM405.00
|
3.
|
Minum petang
|
=RM3.00 X 90 orang
|
RM270.00
|
|
Jumlah
|
RM945.00
|
13.3 Tiket
Masuk
Bil.
|
Perkara
|
Anggaran
Perbelanjaan
|
Jumlah
|
1.
|
Pelajar / peserta
|
= RM6.00 X 80 orang
|
RM480.00
|
2.
|
Guru pengiring
|
= RM13.00 X 10 orang
|
RM130.00
|
|
Jumlah
|
RM610.00
|
13.4 Jumlah
keseluruhan anggaran pendapatan dan perbelanjaan
13.4.1 Anggaran
Pendapatan
Bil.
|
Perkara
|
Anggaran Pendapatan
|
1.
|
Yuran
|
= RM1 110.00
|
|
Jumlah keseluruhan
|
= RM1 110.00
|
13.4.2 Anggaran
Perbelanjaan
Bil.
|
Perkara
|
Anggaran
Perbelanjaan
|
1.
|
Makanan
|
= RM945.00
|
2.
|
Tiket Masuk
|
= RM610.00
|
|
Jumlah keseluruhan
|
=
RM1 555.00
|
13.5 Jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Unit
Kokurikulum
13.5.1 Perbelanjaan
yang telah dianggarkan ini akan dimohon untuk mendapatkan bajet perbelanjaan
daripada unit Kokurikulum.
Bil.
|
Perkara
|
Anggaran
Perbelanjaan
|
1.
|
Jumlah Perbelanjaan
|
= RM1 555.00
|
2.
|
Jumlah Pendapatan
|
= RM1 110.00
|
|
Jumlah yang diperlukan
|
=
RM445.00
|
13.5.2 Pihak
penganjur akan memohon belanjawan daripada Unit Kokurikulum dengan jumlah
sebanyak RM446.00.
14.0
PENUTUP
Diharapkan agar apa
yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala
ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
15.0
PERAKUAN
PERAKUAN
|
Nama
|
Tandatangan
|
Catatan
|
Disediakan
Oleh:
|
Dayang
Nurshafiqa Abang Ahmad
Setiausaha
Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah
Kebangsaan Batu Lintang, Kuching
|
|
|
Disemak
Oleh :
|
En. Roslan Majid Bin Azlan
Pengerusi Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah
Kebangsaan Batu Lintang, Kuching
|
|
|
Disokong
/ Tidak Disokong Oleh :
|
En.Asly Majubi
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah
Kebangsaan Batu Lintang, Kuching
|
|
|
Diluluskan
/ tidak diluluskan Oleh :
|
Encik Wan Abdul Rahman Wan Abdullah
Guru Besar ,
Sekolah
Kebangsaan Batu Lintang, Kuching
|
|
|
1.0 SURAT MAKLUMAN KEPADA IBU
BAPA ATAU PENJAGA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB
KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING
|
_________________________________________________________________
Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Murid tahun lima (5)
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang 28 Mac 2012
Tuan/Puan,
Pemberitahuan Menyertai Lawatan Sambil Belajar
Merujuk perkara di atas, anak tuan/puan, _____________________ telah dipilih untuk menyertai
Program Lawatan Sambil Belajar anjuran Kelab Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan
Batu Lintang, Kuching.
3. Berikut saya
sertakan butiran lawatan :
Program : Program Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 5
April 2012
Tempat : Kampung
Budaya Sarawak
4. Bagi
mengesahkan kebenaran daripada pihak tuan/puan, pihak kami telah menyediakan
Surat Kebenaran dan meminta pihak
tuan/puan menghantar surat kebenaran sebelum 2 April 2012.
Kami berharap agar pihak tuan dapat bekerjasama dengan
baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian.Terima kasih.
Yang benar,
...................................
(DAYANG NURSHAFIQA
BINTI ABANG AHMAD)
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang,
93050 Kuching,
Sarawak.
2.0 SURAT KEBENARAN DARIPADA IBU
BAPA ATAU PENJAGA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB
KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING
|
_________________________________________________________________
SURAT KEBENARAN WARIS MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KAMPUNG BUDAYA
2012
1. Maklumat Ibu / Bapa /
Penjaga
Nama
: ________________________________________________
No.KP
: ________________________________________________
Alamat
Rumah : _________________________________________
No.
Tel. Rumah : ________________________________________
No.
H/Phone : __________________________________________
2. Maklumat Pelajar
Nama
: _________________________________________________
No.Sijil
Lahir : ____________________________________________
Alamat
Rumah : __________________________________________
Tahun
: _________________________________________________
Kelas
: _________________________________________________
Dengan
ini saya mengizinkan anak/jagaan saya mengikuti Lawatan Sambil Belajar Kelab
Kajian Tempatan yang akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh
: 5 April 2012
Tempat
:
Kampung Budaya
Saya
difahamkan bahawa anak/jagaan saya adalah di bawah pengawasan guru pengiring
sepanjang aktiviti lawatan ini.
Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu
dalam masa lawatan, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan guru/pihak
pengurusan lawatan menguruskan anak/jagaan bagi pihak saya untuk mendapatkan
rawatan perubatan.
Saya mengaku telah membayar premium insuran sebanyak
RM1.50 (Ringgit Malaysia Satu dan Sen Lima Puluh Sahaja) dalam Skim Insuran
Takaful Pelajar Malaysia bagi melindungi anak jagaan saya melalui pihak sekolah
Yang
benar,
...................................................
(Tandatangan
Ibu/Bapa/Penjaga) Tarikh
:
Disahkan oleh.
...................................................
(Tandatangan Guru Besar dan
Cop Rasmi) Tarikh :
Catatan : Hendaklah diisi
dalam dua salinan. Disimpan 1 (satu) oleh ibu / bapa / penjaga dan 1 (satu)
salinan diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB
KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING
|
_________________________________________________________________
En. Paul Ding Lah,
Pengurus
Kampung Budaya Sarawak
P. 0. Box 2632,
93050 Kuching, Sarawak
28 Mac 2012
Tuan,
Pemberitahuan Lawatan Sambil Belajar
Merujuk kepada
perkara di atas, saya Dayang Nurshafiqa Binti Abg Ahmad, setiausaha kelab
Kajian Tempatan, SK Batu Lintang, ingin memaklumkan kehadiran kami sempena
program Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar dari Kelab Kajian Tempatan SK Batu
Lintang.
2. Berikut saya sertakan butiran lawatan :
Program : Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 5
April 2012 (Khamis)
Tempat : Kampung
Budaya Sarawak
Kami berharap agar
pihak tuan dapat bekerjasama dengan baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat
kami hargai.
4. Bersama-sama surat ini saya sertakan tentatif
program untuk rujukan pihak tuan.
Sekian.terima kasih.
Yang benar,
..............................................................................
(DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD)
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan ,
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang,
Kuching, Sarawak.
TENTATIF
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KELAB KAJIAN
TEMPATAN
2012
Tarikh
Aktiviti lawatan : 5 April 2012
Masa
|
Perjalanan Aktiviti
|
7.30 pagi
|
- Berkumpul di dataran SK
Batu Lintang
- Taklimat keselamatan,
disiplin dan etika
|
9.00 pagi
|
- Bertolak ke Kampung
Budaya, Kuching, Sarawak.
|
10.00 pagi
|
- Tiba di Kampung Budaya
- Minum pagi
|
10.15 pagi
|
- Lawatan ke Rumah Panjang
Iban dan Bidayuh
|
12.30
tengah hari
|
-
Makan Tengahari
-
Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan
|
2.00 petang
|
- Lawatan ke rumah-tinggi
Melanau dan rumah ladang orang Cina dan Rumah Panjang Orang Ulu
|
4.00 petang
|
- Minum petang
- Solat Asar berjemaah di
surau berdekatan
|
4.30
petang
|
-
Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya
|
5.30 petang
|
- Bertolak balik ke SK
Batu Lintang
|
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB
KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING
|
PENDAFTARAN GURU PENGIRING
Maklumat
Guru Pengiring
NO.
|
NAMA
|
J
|
NO KP
|
JAWATAN
|
1.
|
En.
Awang Had Salleh
|
L
|
920108-12-7622
|
Ajk Keselamatan
|
2.
|
En. Burhanuddin Helmi
|
L
|
870908-09-5647
|
Ajk Kebajikan
|
3.
|
En.Aminuddin Baki
|
L
|
920906-08-7653
|
Ajk Dokumentasi
|
4.
|
En. Carl Rogers
|
L
|
880403-13-9876
|
Ajk Pengangkutan
|
5.
|
Pn. Adibah Nor
|
P
|
880909-02-1234
|
Ajk Makanan
|
6.
|
Pn.Nora Azlina
|
P
|
920805-12-4566
|
Guru pengiring
|
7.
|
Cik Farah Azlina
|
P
|
881204-03-1123
|
Guru pengiring
|
8.
|
En. Anuar Zain
|
L
|
901109-06-5542
|
Guru pengiring
|
9.
|
En. Aliff Aziz Ahlan
|
L
|
920108-12-8876
|
Guru pengiring
|
10.
|
Pn.Dayang Nurshafiqa A.
|
P
|
920108-13-6244
|
Setiausaha
|
CATATAN :
·
SETIAP GURU PENGIRING HARUSLAH MEMBAYAR YURAN
PENYERTAAN KEPADA BENDAHARI KELAB KAJIAN TEMPATAN.
·
SERTAKAN SALINAN KAD PENGENALAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB
KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN BATU LINTANG
93200 KUCHING
|
PENDAFTARAN PESERTA
NO.
|
NAMA
|
J
|
TAHUN
|
KELAS
|
1.
|
|
|
|
|
2.
|
|
|
|
|
3.
|
|
|
|
|
4.
|
|
|
|
|
5.
|
|
|
|
|
6.
|
|
|
|
|
7.
|
|
|
|
|
8.
|
|
|
|
|
9.
|
|
|
|
|
10.
|
|
|
|
|
11.
|
|
|
|
|
12.
|
|
|
|
|
13.
|
|
|
|
|
14.
|
|
|
|
|
15.
|
|
|
|
|
16.
|
|
|
|
|
17.
|
|
|
|
|
18.
|
|
|
|
|
19.
|
|
|
|
|
20.
|
|
|
|
|
21.
|
|
|
|
|
22.
|
|
|
|
|
23.
|
|
|
|
|
24.
|
|
|
|
|
25.
|
|
|
|
|
26.
|
|
|
|
|
27.
|
|
|
|
|
28.
|
|
|
|
|
29.
|
|
|
|
|
30.
|
|
|
|
|
31.
|
|
|
|
|
32.
|
|
|
|
|
33.
|
|
|
|
|
34.
|
|
|
|
|
35.
|
|
|
|
|
36.
|
|
|
|
|
37.
|
|
|
|
|
58
|
|
|
|
|
39.
|
|
|
|
|
40.
|
|
|
|
|
41.
|
|
|
|
|
42.
|
|
|
|
|
43.
|
|
|
|
|
44.
|
|
|
|
|
45.
|
|
|
|
|
46.
|
|
|
|
|
47.
|
|
|
|
|
48
|
|
|
|
|
49
|
|
|
|
|
50
|
|
|
|
|
51
|
|
|
|
|
52
|
|
|
|
|
53
|
|
|
|
|
54
|
|
|
|
|
55
|
|
|
|
|
56
|
|
|
|
|
57
|
|
|
|
|
58
|
|
|
|
|
59
|
|
|
|
|
60
|
|
|
|
|
61
|
|
|
|
|
62
|
|
|
|
|
63
|
|
|
|
|
64
|
|
|
|
|
65
|
|
|
|
|
66
|
|
|
|
|
67
|
|
|
|
|
68
|
|
|
|
|
69
|
|
|
|
|
70
|
|
|
|
|
71
|
|
|
|
|
72
|
|
|
|
|
73
|
|
|
|
|
74
|
|
|
|
|
75
|
|
|
|
|
76
|
|
|
|
|
77
|
|
|
|
|
78
|
|
|
|
|
79
|
|
|
|
|
80
|
|
|
|
|
CATATAN :
·
SETIAP PENDAFTARAN PESRTA
HARUSLAH DISERTAKAN DENGAN YURAN DAN SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
ini merupakan salah satu tugasan semasa di IPG. semoga bermanfaat.
ReplyDelete