Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

JURNAL 1 (PRAK1)

Bilangan Jurnal
:
1
Minggu Praktikum
:
Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian
:
31 March 2014 hingga 4 April 2014
Tajuk Jurnal
:
Minggu Pertama di SK Rugading

            Pada 31 March 2014, saya telah melapor diri ke Sekolah Kebangsaan Rugading bersama 3 orang rakan saya yang bersama-sama berpraktikum di SK Rugading iaitu Alvaysleopold, Mujid Benazer dan Bibi Herda. Kami melapor diri di Pejabat Am dengan Guru Besar iaitu Encik Kadir. Kira-kira pada jam 6.50 pagi. Antara masalah yang dihadapi pada minggu pertama ini ialah masalah kenderaan yang melibatkan kerosakan dalaman kereta milik rakan praktikum kami. Oleh kerana itu, dalam masa satu minggu tersebut kami terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk mengisi tangki minyak.

           Kami telah cuba mencari ikhtiar dengan bertanya kepada beberapa orang saudara yang mungkin boleh membaiki kerosakan tersebut tetapi kami gagal mendapatkan penyelesaian bagi masalah minyak kenderaan tersebut.

           Akhirnya, kami membuat keputusan untuk menyewa kereta lain bagi memberi masa kepada rakan praktikum kami untuk menghantar keretanya ke bengkel untuk dibaiki. Kami telah cuba mendapatkan kereta sewa yang mampu disewa dalam anggaran RM400-RM500. Akhirnya kami mendapat sebuah kereta kancil kepunyaan pensyarah IPG Kampus Kent untuk disewa atas sebab-sebab ingin membantu kebajikan kami.  Masalah ini telah diatasi secara beransur- ansur sepanjang minggu pertama ini. Jika masalah ini berlaku lagi, saya pasti jalan penyelesaian bagi setiap masalah ada.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan  : __________________

Tandatangan  : ______________________
Nama              : __________________

Nama              : ______________________
Tarikh              : __________________

Tarikh              : __________________­­­___­

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers