Bilangan Jurnal
|
:
|
5
|
Minggu Praktikum
|
:
|
Kelima
|
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
11 Ogos 2014 hingga 15 Ogos 2014
|
Tajuk Jurnal
|
:
|
Pengurusan masa
|
1.
Masalah / Peristiwa
Apa
yang dapat saya perhatikan di dalam masalah ini, sayamempunyai masalah
pengurusan masa dalam sesetengah masa pengajaran saya terutamanya yang
melibatkan aktiviti kumpulan. Saya juga memerlukan masa persediaan yang lebih
setelah waktu Pendidikan Jasmani di kelas Perdana. Terdapat aktiviti yang
telah dirancang tidak dapat dijalankan sehingga selesai dan memakan masa
matapelajaran lain. Dalam masa yang sama saya bimbang pengajaran sebegini
jika tidak diatasi akan mempengaruhi pengagihan jadual waktu dalam pengajaran
prasekolah.
Masalah yang timbul berkenaan pengurusan
masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang
menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa
dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak
bersedia dan fokus terutama bagi kelas prasekolah ini yang mempunyai masalah
pembelajaran yang ketara.
Begitu juga ketika aktiviti kumpulan
dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan.
Ini dapat dilihat apabila murid berasa
teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung
mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.
Namun apa yang saya perolehi hasil daripada
pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami
pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan
aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak
sedar akan masa yang bergerak pantas.
Namun
saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah
penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada
mereka.
Menurut
Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada
secara harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa
bagi aktiviti kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab.
Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke
semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan
tentang pengurusan masa.
Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat
murid dalam setiap matapelajaran dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pelbagai bahan
.
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada
pensyarah pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang
dengan rakan-rakan lain.Selain itu, saya juga boleh menyediakan satu alat
penanda masa bagi menanda masa pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang
tamat di dalam prasekolah.
Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing
saya untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya
agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.
Ø Pelaksanaan
penambahbaikan :
Ø Mengkaji
kesilapan
Ø Merancang
aktiviti yang bersesuaian dengan masa
Ø Berbincang
dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.
Ø Merangka
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi
yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.Langkah yang terbaik
adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.
Menjadi persoalan sekiranya tidak dapat menguruskan
masa dengan baik adakah segala perancangan yang telah diatur akan berjaya?
Saya
akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin dan mula peka terhadap masa.Pengurusan
masa yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah
dirancangkan.
|
||
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
Klik Me ! ! !
Followers
Monday, October 12, 2015
JURNAL 5 (PRAK2)
Labels:
IPG,
PRAKTIKUM. JURNAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment