Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

KERTAS KERJA SEMINAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT, TUARAN


KERTAS KERJA SEMINAR INTEGRITI PENDIDIKAN PRASEKOLAH
“BERMULANYA DI SINI”

 IPG KAMPUS KENT, TUARAN
2011


ANJURAN:
JABATAN PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS KENT
BERSAMA PPISMP PRA SEKOLAH (JUN 2010)
1.0 Pengenalan
Pada era globalisasi ini, antara isu yang ditekankan adalah integriti dalam pendidikan. Integriti dalam pendidikan adalah satu pokok yang perlu dibincangkan pada setiap peringkat oleh pelbagai pihak di Malaysia. Negara maju, bukan sahaja dilihat dari segi pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga dari segi pemantapan etika dan integriti yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia sejak dari pendidikan awal lagi. Dalam etika, integriti dianggap sebagai kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang.
            Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada warga pendidik dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasarkan sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Di samping itu, integriti juga memupuk untuk melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.
Guru selaku pendidik awal bagi seorang murid perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid selaras dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN), iaitu melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Dalam pada itu, guru berfungsi sebagai pendidik, ‘a good moderator’, ‘a good coach’ and ‘a good preacher’ dalam memupuk semangat integriti dalam kalangan masyarakat. Guru yang berintegriti dan beretika sangat diperlukan dalam bidang pendidikan. Etika dan integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan menjadikan seseorang guru itu bertanggungjawab kepada tugasnya. Malah mampu memupuk nilai-nilai integriti tersebut dalam kalangan murid-muridnya. Dengan adanya guru-guru bagi pendidikan awal kanak-kanak (Prasekolah) yang mempunyai nilai-nilai integriti seperti ini, maka wawasan 2020 akan dapat dicapai dengan jayanya.
Oleh itu, Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan bersama unit PPISMP Prasekolah Ambilan Jun 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran ingin mengadakan Seminar Integriti Pendidikan Prasekolah yang bertemakan “Bermulanya di sini” peringkat IPG Kampus Kent untuk memantapkan lagi semangat integriti dalam kalangan bakal guru di IPG Kampus Kent.

2.0 Objektif

2.1 Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik tentang Pelan Integriti Nasional.

2.2 Memberi kesedaran nilai-nilai integriti dalam mendidik kanak-kanak peringkat prasekolah.

2.3 Meningkatkan komitmen warga pendidik prasekolah tentang peranan yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan integriti dalam kalangan murid prasekolah.

2.4 Memberi persediaan dan gambaran kepada bakal-bakal guru dalam melaksanakan konsep integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.


3.0 Matlamat

               Seminar Integriti Warga Pendidik peringkat IPG Kampus Kent, Tuaran ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik khususnya bakal guru tentang Pelan Integriti Nasional (PIN). Di samping itu, seminar ini bertujuan untuk membentuk sebuah negara maju, selaras dengan hasrat dan matlamat kepimpinan Negara dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia : Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. Seminar ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan mereka dalam mengukuhkan integriti keluarga dan dalam mendidik kanak-kanak prasekolah di samping dapat memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan serta kehidupan seharian. Selain itu, seminar ini ada untuk mengukuhkan lagi imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal pembudayaan dan pemupukan nilai-nilai murni di negara ini.

4.0 Penganjur
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan, Institut pendidikan guru Kampus Kent bersama PPISMP Prasekolah Ambilan Jun 2010.

5.0 Maklumat Pelaksanaan

Tarikh       :           10 Oktober 2011 – 11 Oktober 2011

Hari           :           Isnin - Selasa

Masa        :           10 Okt (0830 – 1730) – 11 Okt (0800-1800)

Tempat     :           Dewan Hone, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

Kumpulan Sasaran    : 
i.              PPISMP Prasekolah ambilan Jun 2010
ii.            PISMP Prasekolah ambilan Jan 2008


Tajuk Seminar : Seminar Integriti Pendidikan Prasekolah “Bermulanya di Sini”










6.0 Maklumat seminar

6.1 Majlis penutup perasmian
Y.Bhg Puan Mary Teressa Kinajil, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.  

6.2 Penceramah Seminar

6.2.1     Tajuk ceramah: Falsafah & Prinsip Pelan Integriti Nasional
Penceramah: Encik Mohd Yusof bin Mohamad
Pengurus Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia

6.2.2     Tajuk ceramah : Integriti dalam Pendidikan Prasekolah
Penceramah : Puan Nancy Loo Kason
Pensyarah Unit Prasekolah,  Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

6.2.3     Tajuk ceramah : Bicara Tokoh
Penceramah : Puan Hajah Maimunah Binti Hj. Sarail.
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

6.2.4     Tajuk ceramah : Menjana Pendidik Berintegriti
Penceramah : En.Hasbullah b.Haji Abu Kassim
Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia





6.3 Ahli-ahli panel Diskusi Resolusi Ke Arah Kecemerlangan Integriti Pendidikan Prasekolah

-       Panel  I     : Ustaz Nik Hassan Bin Nik Seman (Pensyarah IP Kent)
-       Panel  II    : Razwan Garidi (Pelatih)
-       Panel III    : Encik Eddy Piut (Guru Prasekolah Kent)
-       Pengerusi : Mohd Afiq Johari (Pelatih)



















7.0 Jawatankuasa Seminar

7.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG 1
PUAN MARY TERESSA KINAJIL
(Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent)

PENAUNG 2
ENCIK ROMLI BIN DARUS
(Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent)

PENASIHAT 1
ENCIK DOTI ASING
(Ketua Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan)

PENASIHAT 2
PUAN NANCY LOO KASON

PENYELARAS PROGRAM
Cik Dayang Mayang Binti Awang Abas
(Penyelaras Unit Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent)

PENOLONG PENYELARAS PROGRAM
ENCIK DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN
(Pensyarah Tutor PPISMP Prasekolah JUN 2010)
7.2 AHLI JAWATANKUASA INDUK


PENGERUSI
ASLY MAJUBI

TIMBALAN PENGERUSI
NIZA WAHIDA BINTI WAHISHAD

SETIAUSAHA
NOR AIZATI DAWI

TIMBALAN SETIAUSAHA
MOHD FAIZOL BIN AMAT

BENDAHARI
ELLYCHIA ASON








7.3 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


JURUACARA DAN PROTOKOL
PENASIHAT: Encik Datu Raiman Datu Kauman
Dayang Nurshafiqa Binti Abang Ahmad
Nur Qayuum Binti Ruslin

PERALATAN
PENASIHAT: Encik Arun Daud
John Hill Anak Arip
Alvaysleopold Anthony

PA SISTEM
PENASIHAT: Encik James Molijoh
Abidin Bin Madde
Paul Ding Lah

JAMUAN
PENASIHAT: Cik Norhayaty Ismail
Siti Halizah Mohd Sading
Siti Zulaikha Binti Abdu Rahim

PENDAFTARAN PESERTA
PENASIHAT: Encik Kundayis
Hafizah Binti Othman
Princeton Ak Jack

DOKUMENTASI dan PUBLISITI
Paul Ding Lah
Dayang Nurshafiqa Binti Abang Ahmad

BUKU PROGRAM
PENASIHAT: Cik Lajwin
Farahatun Nailah Binti Mansor
Abidin Bin Madde

BACAAN DOA
PENASIHAT: Tuan Haji Rozaimi
Abdul Rahim Bin Agus

CENDERAMATA DAN HADIAH
PENASIHAT: En. Nazri
Anyline Luntak
Lydora Patrick










7.4 BIDANG TUGAS

Bil.

Ahli Jawatankuasa


Tugas-tugas
1.
Pengerusi
ü  Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program ini.
ü  Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program
2.
Timbalan pengerusi
ü  Membantu Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan program ini.
ü  Mengambil alih tanggungjawab pengerusi sekiranya pengerusi ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
3.
Setiausaha
ü  Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program.
ü  Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan program.
ü  Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan mesyuarat.
ü  Mengambil alih tugas pengerusi atau naib pengerusi sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri.
4.
Timbalan setiausaha
ü  Membantu segala kerja Setiausaha
5.
Bendahari
ü  Memegang amanah untuk mengutip bayaran peserta.
ü  Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan akaun program.
6.
Juruacara dan protokol
ü  Menguruskan surat menyurat
ü  Perujuk bagi jawatankuasa lain bagi pelaksanaan majlis
ü  Menyediakan teks untuk majlis formal (VIP) dan tidak formal (semasa acara berlangsung)
ü  Menyediakan teks pengacara majlis
ü  Memastikan aturcara berjalan dengan lancar
7.
Peralatan
ü  Memastikan semua peralatan mencukupi
ü  Menguruskan tempahan peralatan dari stor
ü  memastikan peralatan berada dalam keadaan baik.
ü  menyediakan peralatan sebelum aktiviti dijalankan
ü  membuat makluman kepada guru sekiranya alatan ada masalah
ü  memantau semua alatan digunakan dengan selamat
8.
PA Sistem
ü  Menguruskan pinjaman PA Sistem
ü  Menyediakan PA Sistem dan lagu yang sesuai : lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku
ü  Mengembalikan semula setelah digunakan dengan selamat
9.
Jamuan
ü  Berbincang dengan penasihat mengenai tempahan makanan
ü  Menempah makanan untuk peserta dan jemputan
ü  Memastikan menu yang dicadangkan sesuai dengan selera kebanyakan tetamu
ü  Menyediakan tempat jamuan
10.
Pendaftaran peserta
ü  Membuat pendaftaran peserta
ü  Mencatat kehadiran peserta
ü  Mengumpul yuran peserta dan menyerahkan kepada bendahari
11.
Dokumentasi dan publisiti
ü  Menyediakan publisiti seperti sepanduk, kain rentang, poster dan sebagainya
ü  Bertanggungjawab dalam menguar-uarkan berita dan maklumat seminar
ü  Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas seminar
12.
Buku program dan penyambut tetamu
ü  Menyediakan draf isi kandungan dan reka bentuk buku cenderamata yang telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa
ü  Mencetak dan memperbanyakkan buku cenderamata sebelum majlis sebenar
ü  Mengedarkan buku cenderamata kepada jawatankuasa  jemputan dan protokol
ü  Mengiring tetamu jemputan (VIP)
13.
Bacaan doa
ü  Menyediakan teks bacaan doa
ü  Mengetuai bacaan doa
14.
Cenderamata dan hadiah
ü  menyediakan cenderahati kepada penceramah jemputan
ü  menyediakan sijil kepada para peserta
ü  menyediakan hadiah kepada peserta dan terbaik












8.0 Tentatif

Hari Pertama : 10 Oktober 2011 (Isnin)
Masa
Perkara
07.30 – 8.30
Pendaftaran peserta
08.30-09.00
Ketibaan jemputan
09.00-09.10
Bacaan doa
09.10-10.00
Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program
- Asly Majubi, PPISMP Prasekolah
10.00-10.30
KUDAPAN

10.30-12.00
Slot I
Tajuk ceramah: Falsafah & Prinsip Pelan Integriti Nasional
Penceramah: Encik Mohd Yusof bin Mohamad
Pengurus Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia
12.00-02.00
MAKAN TENGAH HARI DAN REHAT


02.00-03.30
Slot II
Tajuk ceramah : Integriti dalam Pendidikan Prasekolah
Penceramah : Puan Nancy Loo Kason
Pensyarah Unit Prasekolah,  Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
03.30-04.00
KUDAPAN

04.00-05.30
Slot III
Tajuk ceramah : Bicara Tokoh
Penceramah : Puan Hajah Maimunah Binti Hj. Sarail.
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
05.30
SEMINAR DITANGGUHKAN








Hari Kedua : 11 Oktober 2011-Selasa
Masa
Perkara
8.30-09.00
SARAPAN
09.00-10.30
Slot IV
Tajuk ceramah : Menjana Pendidik Berintegriti
Penceramah : En.Hasbullah b.Haji Abu Kassim
Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia
10.30-11.00
KUDAPAN
11.00-12.30
Diskusi Resolusi Ke Arah Kecemerlangan Integriti dalam Pendidikan Prasekolah
-       Panel  I     : Encik Datu Raiman Bin Datu Kauman
                   (Pensyarah Unit Prasekolah,JPIP,IPG Kent)
-       Panel  II    : Razwan Garidi (Pelatih,IPG Kent)
-       Panel III    : Encik Eddy Piut (Guru Prasekolah Kent)
-       Pengerusi : Mohd Afiq Johari (Pelatih, IPG Kent)
12.30-0200
MAKAN TENGAH HARI DAN REHAT
02.00-04.30
Majlis Perasmian Penutupan oleh :
Puan Mary Teresa Kinajil
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran









Atur cara Majlis Perasmian Penutupan Seminar Integriti

Masa
Perkara
02.00
Ketibaan para peserta dan pensyarah
02.15
Ketibaan Perasmi
Puan Mary Teresa Kinajil
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
02.20
Nyanyian Lagu Negaraku,
Nyanyian Sabah Tanah Airku
Nyanyian Lagu IPG
02.30
Bacaan doa oleh Abdul Rahim Bin Agus
02.40
Ucapan alu-aluan oleh
Asly Majubi
Pengarah Program
02.50
Ucapan wakil peserta program
03.00
Tayangan video Integriti
03.10
Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan
Penyampaian sijil kepada peserta (wakil)
03.30
Ucapan perasmian penutupan oleh
Puan Mary Teresa Kinajil
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,Tuaran
03.40
Sesi bergambar
04.00
KUDAPAN
04.30
Majlis bersurai





9.0 Anggaran Perbelanjaan


Pelajar/Peserta                                 : 39 orang
Pensyarah                                         : 11 orang
Penceramah jemputan                   : 4 orang
Panel Diskusi                                   : 4 orang
Jumlah Keseluruhan yang terlibat : 58 orang


9.1 Makanan
Bil.
Waktu Makan
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah
1.
Sarapan
= RM3.00 X 1 X 58 orang
RM174.00
2.
Kudapan
-     RM3.00 X 4 X 58 orang
RM696.00
2.
Makan Tengahari
= RM4.00 X 2 X 58 orang
RM464.00

Jumlah
RM1334.00


9.2 Cenderahati & hadiah

Bil.
Perkara
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah
1.
Sijil Penghargaan &
 Sijil Penyertaan peserta
= RM1.00 X (58 orang + 8 orang)
RM66.00
2.
Cenderahati penceramah
= RM20 X 3 orang
RM60.00
3.
Cenderahati perasmi
= RM20 X 1 orang
RM20.00

Jumlah
RM146.00



9.3 Pembiayaan penceramah Jemputan

Bil.
Perkara
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah
1.
Penceramah jemputan
RM300 X 3
RM900

9.4 Peralatan

Bil.
Peralatan
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah
1
Kertas A4
3 rim    X RM10
RM30.00
2
Kertas sijil
1 rim    X RM20.00
RM20.00
3
Air mineral
5 kotak X RM10.00
RM50.00

Jumlah
RM100.00

*Dari stor IPG  

9.5 Jumlah Keseluruhan

BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
1
Makanan dan Minuman
RM1334.00
2
Cenderahati, Hadiah & Sijil
RM146.00
3
Tapak perkhemahan
RM900.00
4
Peralatan
*Dari stor IPG
Jumlah Keseluruhan
RM2380.00





10.0      Senarai Peralatan

Bil.
Peralatan
Kuantiti
1.
Pembesar suara
3
2.
Kain skirting
1
3.
Meja dan kerusi VIP
1
4.
Bunga hiasan pentas
2
5.
Dulang
2
6.
Gelas VIP
4
7.
Pemancar cecair kristal (LCD)
1




11.0      Penutup

Diharapkan agar agenda yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang di sampaikan di dalam seminar ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Di samping itu, diharapkan semua bakal guru pendidikan awal kanak-kanak dapat menerapkan nilai-nilai ini kepada pelajar-pelajar mereka kelak dan menjana masyarakat yang lebih maju dan padu. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai untuk meluluskan kertas kerja ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.








PERAKUAN

Nama
Tandatangan
Catatan


Disediakan Oleh:
Nor Aizati Dawi
Setiausaha,
Seminar Integriti Pendidikan Prasekolah,
IPG Kampus Kent, Tuaran.




...........................
 Tarikh:



...................


Disemak Oleh :
Asly Majubi
Pengarah Program,
Seminar Integriti Pendidikan Prasekolah,
IPG Kampus Kent, Tuaran.






...........................
Tarikh:




...................
Disokong / Tidak Disokong Oleh :
Cik Dayang Mayang Binti Awang Abas
Penyelaras Program
Seminar Integriti Pendidikan Prasekolah,
IPG Kampus Kent, Tuaran.





...........................
Tarikh:




...................
Diluluskan / tidak diluluskan Oleh :
Puan  Mary Teresa Kinajil
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran



...........................
Tarikh:


....................


Catatan :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers