Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

JURNAL 2 (PRAK1)

Bilangan Jurnal
:
2
Minggu Praktikum
:
Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian
:
7 April 2014 hingga 11 April 2014
Tajuk Jurnal
:
Masalah Awal : Murid dan Sekolah
1.    Masalah / Peristiwa

Pada minggu pertama di SK Rugading, saya telah berkesempatan mengenali karenah dan perangai murid Prasekolah SK Rugading yang bakal saya ajari sepanjang 1 bulan ini. Sesungguhnya 1 bulan merupakan satu tempoh yang sangat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi dan perkembangan murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari sertai menguasai sistem pengajaran yang konsisten dan mampan. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid.

Dalam masa yang sama, masalah yang berpunca dari kalangan murid juga boleh dikenalpasti semasa pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalanitu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Tabiat murid sebegini tidak boleh dibiarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Harry K.Wong (1998), kebanyakkan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. “Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedure”. Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mereka mendapat sebanyak mungkin input yang disampaikan.



2.    Analisis

Saya telah melakukan beberapa analisis bagi mencari punca dan cara mengatasi masalah tersebut. Setiap kali pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh rakan praktikum saya, saya memerhati terdapat beberapa orang murid yang suka membuat bising seperti menjerit, bergaduh serta tidak focus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang telah dibuat termasuklah :

Ø  Kemungkinan murid yang membuat bising itu tidak memahami apa yang disampaikan dalam kelas
Ø  Kebiasaannya, murid yang biasa menimbulkan masalah di dalam kelas terdiri daripada kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.
Ø  Sama ada pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru.

Setelah menganalisis dan membuat andaian awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya membuat bising dalam kelas. Hal ini berlaku apabila mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas.

3.    Cadangan Tindakan Susulan

Penyelesaian kepada masalah murid-murid ini adalah dengan mengambil beberapa langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah murid ini. ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini, murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah.



Selain itu, penyusunan semula kedudukan murid-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang suka bermain atau membuat bising berasingan daripada rakan-rakannya yang sama membuat bising. Semasa berkumpul di tengah kelas pula, murid yang bermasalah ini duduk di bahagian hadapan iaitu berhadapan dengan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini , murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru.

 Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:
Ø  Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.
Ø  Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.
Ø  Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.
Ø  Menggunakan sistem token untuk memberi ganjaran dan dendaan kepada murid bagi menggalakkan pembelajaran aktif.

4.    Tempoh Masa Tindakan Susulan

7 April 2014 hingga 25 April 2014 ( 3 minggu )

Tindakan ini dijalankan secara berterusan dari minggu kedua hingga minggu terakhir bagi memupuk sikap positif dalam diri murid. Saya memantau semua tingkah laku dan permasalahan yang timbul dengan mengambil langkah penambahbaikkan  bagi setiap perkembangan yang positif pada diri murid yang sering melakukan masalah tingkah laku di kelas. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini agar dapat dicapai dan tidak berpanjangan.




Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan  : __________________

Tandatangan  : ______________________
Nama              : __________________

Nama              : ______________________
Tarikh              : __________________

Tarikh              : __________________­­­___­

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers