Bilangan Jurnal
|
:
|
1
|
||
Minggu Praktikum
|
:
|
Pertama
|
||
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
14 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014
|
||
Tajuk Jurnal
|
:
|
Minggu Pertama di SK Kinasaraban KB
|
||
Pada hari pertama, saya bersama 5
lagi rakan seperjuangan melapor diri kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kinasaraban
Kota Belud. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri
kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik sekali. Keramahan beliau
menjadikan kami tidak gugup untuk berdiskusi tentang apa yang terlahir di
fikiran. Bersama beliau, kami membincangkan beberapa perkara:
1) Sejarah, peraturan, disiplin dan
budaya sekolah
2) Perkara atau aktiviti yang akan
kami sepanjang wakti persekolahan
3) Program atau aktivit yang perlu
kami laksanakan di sekolah
4) Cara lapor diri dan kedatangan
setiap hari di sekolah
Selepas itu, saya dan rakan saya iaitu Abdul Rahim Bin
Agus diperkenalkan kepada Guru Prasekolah yang mana akan bertanggungjawab ke
atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami
mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya:
1) Aktiviti yang akan kami lakukan di
sekolah
2) Program yang perlu kami laksanakan
semasa berpraktikum
3) Mendapatkan maklumat tentang
takwin prasekolah
4) Berbincang tentang agihan masa
untuk mengajar
5) Mendapat draf jadual
Di samping itu juga, beliau sendiri menjadi guru
pembimbing bagi major Prasekolah saya dan Abdul Rahim. Pada hari kedua kami
berada di sekolah tersebut, kami berasa teruja untuk berhadapan dengan
guru-guru yang mana mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi karenah
seterusnya mendidik kanak-kanak di sekolah.
Bagaimanapun, semua guru kelihatan baik-baik belaka dan
menerima kami dengan hati yang terbuka. Mereka juga memberikan kerjasama yang
baik terhadap diri kami yang mana kurang pengalaman secara praktikal dalam
menghadapi situasi sebenar. Mereka juga sudi berkongsi cerita, pengalaman,
tingkah laku murid serta bagaimana mahu menarik perhatian murid.
Pada hari ini juga, kami mendapat peluang untuk memasuki
kelas prasekolah untuk mengenali murid dengan lebih dekat untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan. Kami juga meminta pendapat guru pembimbing bagi
menambahkan idea dalam mengatasi masalah tersebut. Pada waktu-waktu terluang,
saya melengkapakan fail praktikum yang mana memasukkan bahanbahan yang telah
diperolehi mengikut susunan yang betul.
Akhir sekali, pada hari kelima,
saya mengemaskinikan fail buat kesekian kalinya. Selama seminggu berada di
sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru di sekolah ini. Tambahan pula, guru pembimbing sentiasa
membuat pemerhatian dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami agar
dapat menjadikan diri kami lebih baik dari sehari ke sehari.
|
||||
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
||
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
||
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
||
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
Klik Me ! ! !
Followers
Monday, October 12, 2015
JURNAL 1 (PRAK2)
Labels:
IPG,
PRAKTIKUM. JURNAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment