Klik Me ! ! !

Followers

Sunday, October 4, 2015

KERTAS KERJA PROGRAM PASCA UPSR


PROGRAM PASCA UPSR
SEKOLAH KEBANGSAAN CARDINAL VAUGHAN, SONG

ANJURAN :
GURU INTERNSHIP
SEKOLAH KEBANGSAAN CARDINAL VAUGHAN SONG

TARIKH :
7 OKTOBER – 9 OKTOBER 2015
(RABU – JUMAAT)

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN CARDINAL VAUGHAN SONG

1.0 NAMA PROGRAM
Program PASCA UPSR Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan Song.

2.0 PENGENALAN PROGRAM
Program ini dikelolakan untuk mengisi masa yang berfaedah  untuk murid-murid setelah mereka menjalani UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian  aktiviti yang menepati Falsafah Pendidikan Negara.
      Melalui program ini diharap dapat menjadikan murid sebagai insan yang harmonis dan seimbang dalam mencapai hasrat agar mereka bersedia dari segi jasmani dan mental sebelum melangkah kea lam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dipupuk dan diterap seawalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada murid dapat dikembangkan untuk menjadi insan yang mempunyai matlamat dan berwawasan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM
i.              Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran yang terpendam.
ii.            Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi sosial secara positif.
iii.           Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan dalam kumpulan di dalam masa yang sama menerapkan gaya kepimpinan.

4.0 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM
Tempat pelaksanaan adalah di Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan Song.

5.0 TEMPOH DAN TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM
Pelaksanaan program bermula pada 7 Oktober hingga 9 Oktober 2015 selama 3 hari

6.0 SASARAN
Murid tahun 6Q Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan Song

7.0 SENARAI PENCERAMAH
i.              Puan Marina Bujang
ii.            Puan Tena Itit

8.0 BAHAN PROGRAM
Bil.
Item
Kuantiti

Kertas majong
10

Kertas A4
1 rim

Kad manila
10

Pen maker
6 set

PA Sistem
1

9.0 AHLI-AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM PASCA UPSR
SEKOLAH KEBANGSAAN CARDINAL VAUGHAN SONG

Pengerusi          : Encik John Khoo Chong Bie
                               Guru Besar, SK Cardinal Vaughan Song
Naib pengerusi :  Encik Musa Lias
                                 Penolong Kanan Kurikulum
Penyelaras 1     : Dayang Nurshafiqa Bint Abg Ahmad   
Penyelaras 2     : Bandan Anak Unyat
Ahli                    : Guru kelas tahun 6Q

10.0      ATURCARA PROGRAM
7 Oktober 2015 (Rabu)
0700 – 0730
Pendaftaran peserta
0730 – 0800
Taklimat guru internship
0800 – 0900
Ice breaking
0900 – 1000
Slot 1 :
Nama kumpulan, sorakan, logo kumpulan
1000 – 1030
Rehat
1030 – 1130
Slot 2 :
Personaliti diri (Borang)
Pembahagian untuk persembahan

   8 Oktober 2015 (Khamis)
0800 – 0900
Ceramah 1 : Pengurusan Kerjaya
0900 – 0930
Rehat
0930 – 11.30
Cari harta karun

  9 Oktober 2015 (Jumaat)
0800 – 0900
Ceramah 2 : Pengurusan Disiplin
0900 – 0930
Rehat
0930 -1100
Persembahan bakat (kumpulan)

11.0      PENUTUP
Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan penuh kesedaran, minat, dedikasi dan iltizam dari semua pihak. Mudah-mudahan akan membuahkan kejayaan untuk guru dan murid. Semoga program ini menjadi satu landasan untuk memberi panduan dalam murid memilih haluan untuk berjaya kelak.

Disediakan Oleh,                                                               Disahkan Oleh,

…………………………                                                       ……………………………
(DAYANG NURSHAFIQA BT ABG AHMAD)                                  (ENCIK JOHN KHOO CHONG BIE)
GURU INTERNSHIP                                                                               GURU BESAR,

SK CARDINAL VAUGHAN SONG                                                      SK CARDINAL VAUGHAN SONG

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers