Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

JURNAL 3 (PRAK1)

Bilangan Jurnal
:
3
Minggu Praktikum
:
Ketiga
Tarikh Peristiwa / Kejadian
:
14 April 2014 hingga 18 April 2014
Tajuk Jurnal
:
Masalah Tingkah Laku Murid

1.    Masalah / Peristiwa

Setelah 3 minggu berada di SK Rugading, pelbagai halangan dan cabaran yang saya hadapi dalam usaha saya melaksanakan proses penyampaian pengajaran yang sempurnakan di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran yang sempurna melibatkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid. Dalam hal yang demikian, tanpa adanya perhubungan atau rappo antara kedua-dua belah pihak, pengajaran yang sempurna tidak akan dapat direalisasikan , malahan juga ianya akan mengundang kepada pelbagai masalah. Antara masalah yang timbul sepanjang minggu ketiga ini adalah berkaitan dengan masalah sikap.
a.    Penglibatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Beberapa orang murid telah menampakkan kurang minat dan konsisten terhadap pelajaran. Antara murid yang sering bermasalah tingkah laku di kelas ialah Stacy, Rafeeq dan Elvira.
b.    Sikap sambil lewa di kalangan murid terhadap tugasan atau arahan guru. Murid ini juga kadang-kadang leka melakukan kerja lain semasa guru memberi tugasan. Antara murid yang sering leka ialah Hilmi dan Azran.

Keadaan seumpama ini jelas menyukarkan saya sebagai seorang guru praktikum untuk mengawal kelas dan mencapai objektif utama saya. Atas sebab itu timbul beberapa permasalahan yang akan berlarutan jika masalah ini tidak dibendung dari awal.

  1. Analisis
Adalah wajar bagi saya sebagai seorang guru praktikum bagi menganalisis masalah ini sebelum mengambil langkah efektif untuk membendung masalah ini daripada terus menerus berlarutan dan menjadi barah yang akan sukar dirawat. Sikap-sikap murid adalah perkara yang memang sudah dijangkakan seperti apa yang telah saya belajar didalam kelas semasa di IPGM lagi. Masalah yang timbul berkaitan murid prasekolah adalah kebiasaannya melibatkan hal ‘self esteem’ yang rendah.Teori Bandura menyatakan, bahawa murid yang bermasalah sebenarnya inginkan perhatian yang lebih daripada orang yang berhubung disekiling mereka seperti rakan sebaya serta guru. Seandainya mereka gagal mendapatkan keinginan tersebut, maka pelbagai kesan sosial timbul serta menjadi gangguan dalam pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas. Terdapat sekurang-kurangnya 60 peratus daripada bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tersebut yang menghadapi permasalahan ini. Kebanyakkan diantara mereka tidak menjadi gangguan kepada rakan yang lain, sebaliknya mereka berhasulinasi dalam dunia mereka masing-masing.
Murid yang mempunyai masalah sikap ini, perlu satu langkah penyelesaian yang konkrit iaitu dengan melakukan perubahan tingkahlaku terhadap baseline atau garis sasaran yang ingin dicapai terhadap perubahan tersebut. Antara langkah yang boleh di lakukan oleh guru adalah seperti didalam buku behavioral modification yang telah saya belajar semasa di IPGM sebelum praktikum lagi.

  1. Cadangan Tindakan Susulan
Beberapa cadangan telah saya usahakan bagi melakukan perubahan sikap murid dalam mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Antara cadangan tersebut adalah:
a) Mewujudkan kumpulan murid yang kecil bilangannya. Kumpulan ini lebih dibezakan mengikut tahap pencapaian akademiknya. Saya akan mengasingkan mereka mengikuti ujian diagnostik kemahiran yang lepas.
b) Sikap seorang guru amat penting dan berperanan tinggi dalam membawa tarikan serta perhatian kepada semua murid di dalam kelas tersebut. Seandainya murid ‘sambil lewa’ diabaikan, maka hancurlah masa depan mereka. Maka, saya telah memperkenalkan sistem ekonomi token. Sistem ini mengkehendaki dua tindakan iaitu dendaan dan ganjaran.
    Sebagai contoh: Saya telah menjanjikan kepada murid tersebut dengan memberi token kepada mereka yang rajin, membantu rakan, menyiapkan kerja sekolah, mengikut kata guru, aktif dan membawa alatulis sendiri. Dalam hal yang lain pula mereka yang melakukan perkara-perkara tersebut tidak akan diberikan token dan token mereka akan ditarik semula. Murid akan bersaing dalam mendapatkan token yang ingin dikumpulkan untuk ditukarkan kepada hadiah-hadiah.

  1. Tempoh Masa Tindakan Susulan
14 April 2014 hingga 25 April 2014

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan  : __________________

Tandatangan  : ______________________
Nama              : __________________

Nama              : ______________________
Tarikh              : __________________

Tarikh              : __________________­­­___­

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers