Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 5, 2015

PERMAINAN KECIL (HIT GAME)

TAJUK: PERMAINAN MEMUKUL  (HIT GAME)


1.0 Nama Permainan
      “ Bola Ajaib Lantunan

2.0 Matlamat
Permainan merupakan satu aktiviti untuk kecergasan fizikal dan mental manusia. Aktiviti bermain mampu meningkatkan kecergasan seseorang individu tanpa mengira peringkat umur atau jantina. Selain kecergasan fizikal, permainan juga boleh mendatangkan keseronokan kepada individu yang bermain. Oleh itu, aktiviti permainan kecil yang dirancang ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada golongan kanak-kanak mengenai faedah bermain. Selain itu, permainan kecil ini juga adalah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran guru.

3.0 Objektif
Pada akhir permainan murid akan:
  1. Memupuk dan meningkatkan kecergasan tahap dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial .
  2. Mempunyai kebolehan lokomotor dalam diri setiap individu seperti berjalan, memukul dan mengimbangkan badan dengan betul.
  3. Meningkatkan kecergasan motor dalam diri setiap individu seperti kelajuan, ketangkasan, koordinasi dan keseimbangan.
  4. Membina semangat kerjasama dan setiakawan antara ahli pasukan dalam merancang strategi yang berkesan untuk permainan.
  5. Menggalakkan setiap peserta untuk bermain secara adil dan bersemangat kesukanan tinggi.
  6. Mempupuk cara berfikir kreatif dan kritis

4.0 Tarikh
      3 – 7 September 2012

5.0 Jangka masa
      2.00 petang – 4.00 petang

6.0 Tempat
      Dewan Tun Datu Mustapha, Institut Perguruan Kent, Tuaran

7.0 Kumpulan sasaran (Tahap umur kanak-kanak)
      Murid Prasekolah (6 tahun) dan murid sekolah rendah yang berumur antara Tahun
      1 hingga 3 (Tahap 1)

8.0 Bilangan peserta
      20 orang

9.0 Panduan Pelaksanaan Permainan
     
     9.1 Jawatan kuasa Kerja
           
            Pengerusi     : Dayang Nur Shafiqa Binti Abang Ahmad
            Setiausaha   : Niza Wahida Binti Wahishad
            Bendahari    : Siti Zulaikha Binti Abdu Rahim

            Ahli Jawatankuasa
           
            Pegawai Teknikal               : Adhar Hasli Bin Mad Nor
            Pengadil / Hakim                : Jazimine Nur Hawa Binti Hazman
            Pencatat markah                : Sarra Qistina Binti Yazir
            Keselamatan                       : Adam Zaril Bin Ahmad Taz
            Kebersihan                          : Shadmary Binti Hassan
            Protokol                                : Sophia Tiz Binti Hazim
            Aturcara Majlis                    : Ivana Tristen Woodson
            Jemputan                             : Qaisara Miss Binti Ahmad
            Publisiti                                 : Mohd Fazri Bin Zarit
            Hadiah & cenderahati       : Amri Zaquan Bin Amir Hazid
            Pengerusi Majlis                 : Mya Zara Binti Rizal
            Peralatan                              : Engku Hazrith Bin Engku Zakli
            Makanan & minuman       : Zainol Bakri Bin Basri

9.2 Senarai nama pemain

No.
Nama Pemain
1.
Adhar Hamdi Bin Mad Nor
2.
Jazimine Jess Binti Hazman
3.
Sarra Qistina Binti Yazir
4.
Adam Harris Bin Ahmad Taz
5.
Shadmary Tiz Binti Hassan
6.
Sophia Qaisara Binti Hazim
7.
Ivana Tristen Woodson
8.
Qaisara Miss Binti Ahmad
9.
Zila Harnie Binti Musa
10.
 Cut Elainy Binti Hasni
11.
Merry Hatty Cudson
12.
Akmal Danzly Bin Hamdi 
13.
Kelly Wrickson Dartman
14.
Shirly Kristina Binti Nizam
15.
Siti Ruhayah Binti Zamsali
16.
Rakiah Zarina Binti Johari
17.
Zara Imina Binti Izham
18.
Nelly Amnani Binti Hazran
19.
Masfitri Binti Dzulkarnain.
20.
Shamara Binti Johan


   9.3 Senarai semak
           
            9.3.1 Senarai semak sebelum pelaksanaan

No.
Perkara
Ya
Tidak
Catatan
1.
Menerima tugasan



2.
Undian jenis permainan



3.
Menubuhkan Ahli Jawatankuasa



4.
Merancang permainan



5.
Perbincangan dengan pensyarah mengenai aktiviti



6.
Membuat kertas kerja



7.
Meninjau kawasan permainan



8.
Menyediakan peralatan



9.
Memeriksa keselamatan kawasan dan alatan yang akan digunakan



10.
Merancang dan menyediakan:
a.    - Pelan kedudukan pelaksanaan permainan
b.    - Langkah-langkah pelaksanaan permainan
c.    - Peraturan dan syarat-syarat permainan
d.    - Borang pemarkahan



11.
Pembahagian kumpulan peserta



12.
Membuat nombor peserta




    
           9.3.2 Senarai semak semasa pelaksanaan

No.
Perkara
Ya
Tidak
Catatan
1.
Memeriksa semula kawasan permainan



2.
Menyusun peralatan



3.
Mengagihkan nombor kepada peserta



4.
Menerangkan:
a.    Pelan kedudukan pelaksanaan permainan
b.    Langkah-langkah pelaksanaan permainan
c.    Peraturan dan syarat-syarat permainan
d.    Skema permarkahan



5.
Demontrasi permainan



6.
Menjalankan aktiviti



7.
Keselamatan peserta




           9.3.3 Senarai semak selepas pelaksanaan

No.
Perkara
Ya
Tidak
Catatan
1.
Mengumumkan pemenang



2.
Mengemaskan dan membersihkan kawasan permainan





  9.4 Senarai alatan
           
1.    Bola kertas (yang diperbuat daripada kertas) .
2.    Skitel
3.    Kayu buluh
4.    Kayu pemukul daripada bahan terbuang (kertas)
5.    Sarung tangan tebal
6.    Wisel
7.    Kad warna ( Merah, Kuning, )


9.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan
      9.5.1 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan

 




























MURID
 
PETUNJUK




SKETEL
 
BOLA HIJAU (10 MATA)

 
BOLA KUNING (5 MATA)
 
BOLA MERAH (3 MATA)
 
TIANG BULUH
 
 

























   9.5.2 Langkah-langkah pelaksanaan permainan

1.    Murid akan dibentuk 2 kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 6 orang.
2.     Kedudukan bola besar, bola sederhana dan bola kecil di gantung di tiang buluh yang terletak di antara sudut. 
3.    Setiap jenis bola mempunyai skor mata yang berbeza. Murid yang mendapat bola hijau akan mendapat 10 mata, bola kuning mendapat 5 mata dan bola merah mendapat 3 mata.
4.    Permainan ini menghendaki pemain untuk memukul bola tersebut ke arah bola yang telah digantung.
5.    Pemukul pertama harus berlari melalui skital.
6.    Pemukul berpindah ke stesen lain secara berpasangan.
7.    Setelah Berjaya memukul bola ke arah mana-mana bola yang berlainan saiz, pemukul hendaklah berlari mengelilingi skital tersebut.
8.    Tetapi sekiranya pemain tersebut gagal memukul bola tersebut dalam 3 kali percubaan yang dilakukan, maka ianya dikira “OUT”.
9.    Sekiranya bilangan ahli kumpulan dalam jumlah yang ganjil, pemain yang berpasangan harus melepasi dahulu ketiga-tiga stesen, kemudian disusuli dengan pemain ganjil bersama pemain yang telah dibuang (sebagai pemukul terakhir.
10. Kumpulan yang berjaya mengumpul mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

   9.5.3 Peraturan dan syarat-syarat permainan

1.    Setiap kumpulan hendaklah terdiri dari 6 orang.
2.    Pemukul pertama harus berlari melalui skital.
3.    Pemukul berpindah ke stesen lain secara berpasangan.
4.    3 kali pukulan, jika gagal “Out”.
5.    Sekiranya bilangan ahli kumpulan dalam jumlah yang ganjil, pemain yang berpasangan harus melepasi dahulu ketiga-tiga stesen, kemudian disusuli dengan pemain ganjil bersama pemain yang telah dibuang (sebagai pemukul terakhir.
6.    Masa permainan selama 10 minit untuk setiap kumpulan.

10.0 Rumusan

         Permainan kecil perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah sebagai pendedahan kepada mereka untuk melatih kemahiran asas yang ada dalam sukan yang bakal diceburi. Permainan kecil juga akan menimbulkan keseronokan semasa bermain. Di samping itu, kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran asas sukan.
           
       Permainan jenis memukul (Hit Game) dapat mendedahkan kanak-kanak kepada situasi bermain pada peringkat awal tentang pendedahan sukan dan permainan dan permainan serta diaplikasikan dalam sukan sebenar kelak.
    
       Di samping itu, permainan kecil juga dapat melatih kanak-kanak pada peringkat awal untuk mengenal sukan orang dewasa supaya mereka tidak berasa kekok untuk bermain. Melalui permainan kecil juga, kanak-kanak dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan antara satu sama lain.
            
       Selain itu, ia juga dapat melatih kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengatur strategi permainan. Seterusnya, kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif dan menjadikan fizikal dan mental mereka cergas dan cerdas. Setelah itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan psikomotor kasar dan halus serta koordinasi mereka. Contohnya, berlari dan memegang bola. Interaksi sosial kanak-kanak dapat diterapkan pada peringkat awal dalam permainan. Penerapan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, sabar, jujur, hormat-menghormati dan mematuhi arahan.
            
       Kesimpulannya, permainan kecil harus diajar kepada kanak-kanak Prasekolah dan Tahap 1 sekolah rendah supaya psikomotor mereka dapat diperkembangkan secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak pasti akan mendapat pengalaman bermain yang membolehkan mereka mempelajari kemahiran asas sukan dalam suasana yang menyeronokkan bersama rakan-rakan yang lain.



BIBLIOGRAFI


Buku Rujukan

Mohd. Sofian Omar Fauzie, Hasnidar Abd. Ghaffar, Lizawati Othman, Ahmad Jalaludin
            Hanafi dan Jason Talad. (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani, Dril
            Permainan Kecil. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah. ( 1999 ). Pusat Perkembangan         Kokurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.


Wee Eng Hoe. ( 2002 ). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan ( Edisi Kedua ).         Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers