Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 5, 2015

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.0  Pendidikan Awal Kanak-Kanak

1.1  Konsep Awal Kanak-Kanak
Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga umur lapan tahun. Mengikut ‘The National Association for the Education of Young Children (NAEYC) atau pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kank Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga umur lapan tahun.

Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini juga mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.

Kostelnik dan rakan-rakan 1993 menjelaskan ‘Early childhood’ meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir hingga 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah. Program pendidikan awal kanak-kanak dikendalikan oleh pelbagai institut di tempat berbeza.

1.2  Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Menurut Swiniarski, Breitborde, dan Murphy (1999), takrif penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak berbeza di seluruh dunia. Essa (1999) dan Wortham (2000) menyatakan negara-negara yang lebih perindustrian menganggap awal kanak-kanak untuk tempoh dari lahir hingga umur 8 tahun. Manakala Eville Lo dan Mbugua (2001) menyatakan negara membangun menumpukan pendidikan awal kanak-kanak kepada dari lahir hingga umu 6 tahun.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, kanak-kanak memulakan persekolahan pada umur 6 tahun. Sekolah nurseri umumnya memenuhi keperluan untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun dan tadika memenuhi keperluan untuk kanak-kanak 4 hingga 5 tahun. Di England, Scotland dan Wales, kanak-kanak di sekolah-sekolah nurseri biasanya berumur antaar 3 hingga 5 tahun.  Di Ireland Utara pula, pendidikan awal kanak-kanak bermula di antara 2 hingga 4 tahun. Di England dan Wales, sesetengah kelas di sekolah dipanggil “Reception Classess” bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur persekolahan wajib iaitu 5 tahun.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90% perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun. Ini merujuk kepada perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob, 2009).

1.3  Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia.

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Terdapat beberapa pendidikan awal kanak-kanak yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah :

i.              TADIKA
Tadika merupakan akronim bagi Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.
Tadika ditubuhkan berdaftar di bawah jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Setiap tadika yang ditubuhkan wajib menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pembinaan tadika pula haruslah merujuk kepada garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta Pendidikan 1996. Konsep yang digunakan di Tadika ialah Konsep "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema".
Pembelajaran di tadika mengambil masa dua semester dalam satu tahun. Tadika boleh menghasilkan 2 kelas dalam satu tahun iaitu tadika 1 dan tadika 2. Guru yang mengajar di tadika merupakan guru terlatih dan mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang pendidikan kanak-kanak.

ii.            PRASEKOLAH
Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.

iii.           TASKA
Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.
Pelaksanaan Program TASKA adalah berkonsepkan ‘Kasih Sayang, Kemesraan dan Galakan'. Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan galakan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna.
TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.Komponen pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut ialah bahasa dan komunikasi, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan kognitif, perkembangan sosioemosi, perkembagan fizikal dan kreativiti dan estetika.

iv.           PASTI
Pada tahun 1970-an cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985, TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan, pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988. Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI di seluruh Malaysia.

Konsep yang digunakan di dalam pendidikan PASTI ialah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya  diredhai oleh Allah S.W,T di dunia dan di akhirat.

v.            TASKI
Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI), Kedah mula dirangka oleh Ustaz Niamat Yusuf pada tahun 1978. TASKI dirangka lantaran perlunya model pendidikan prasekolah berteraskan Islam bagi menanam nilai-nilai murni Islam secara formal.
Pada tahun 1979, ABIM Kedah memulakan program pendidikan formal prasekolah yang dikenali dengan nama “TASKI” iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam. Pendidikan di TASKI adalah berkonsepkan “Islam Iman Ilmu”. Pada tahun 1982 pula, ABIM telah melancarkan Kurikulum TASKI di Kolej Islam Kelang, peringkat kebangsaan. Antara kandungan matapelajaran yang terdapat dalam Kurikulum TASKI komponen Al-Quran, Fardhu Ain, Kemahiran Bahasa, asas matematik, asas perkembangan seni dan sains dan asas Perkembangan Sains dan fizikal.

vi.           TABIKA KEMAS
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang  berumur 4 hingga 6 tahun. 
Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

vii.          PERMATA
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA  merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Program ini diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England. Anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.

Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara iaitu dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.

PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komunitimIni adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri, bijak bergaul dan penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang,

1.4  Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak di luar negara.

i.              HEAD START
Program Head Start adalah program kelolaan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan, penglibatan ibu bapa dan perkhidmatan kepada kanak-kanak dan keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

Program ini telah dilancarkan oleh pengarah Head Start iaitu Jule Sugarman pada tahun 1964. Head Start pada mulanya dirancang sebagai satu program musim panas untuk mengajar kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dalam beberapa minggu.

Matlamat Headstart adalah untuk meningkatkan  tahap kecekapan sosial yang lebih tinggi di kalangan kanak-kanak, khususnya keluarga mereka yang berpendapatan rendah. Kecekapan sosial ditakrifkan sebagai keberkesanan setiap hari kanak-kanak dalam berurusan dengan persekitaran sekarang dan tanggungjawab kemudian.Umur kanak-kanak yang mengikuti program ini adalah antara tiga hingga enam tahun. Keluarga kanak-kanak turut mengikuti program ini.

Program ini juga bukan sahaja untuk kanak-kanak dan keluarga yang berpendapatan rendah, malahan, program ini juga untuk kanak-kanak yang rendah pencapaian dan kanak-kanak kurang upaya.

ii.            KINDERGARDEN
Kindergarden (Jerman) dari segi bahasa  "children's garden" atau taman kanak-kanak adalah sebuah institut pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak. Istilah ini telah dicipta oleh Friedrich Frobel untuk bermain dan aktiviti yang dijalankan oleh institut yang dicipta oleh Bad Blankenburg sebagai pengalaman sosial untuk kanak-kanak untuk peralihan mereka dari rumah ke sekolah.

Matlamat beliau adalah kanak-kanak haruslah dijaga dan dipelihara di sebuah “Taman Kanak-Kanak (children’s garden)” seperti tumbuhan di taman. Istilah Kindergarden ini digunakan di seluruh dunia untuk menggambarkan pelbagai intitusi yang berlainan yang telah dibangunkan untuk kanak-kanak di antara umur dua hingga tujuh tahun, bergantung kepada  negara itu sendiri.

Banyak aktiviti yang dibangunkan oleh Frobel turut digunakan di seluruh dunnia di bawah nama-nama lain. Menyanyi dan menanam tumbuhan telah menjadi sebahagian daripada pembelajaran sepanjang hayat. Bermain, aktiviti, pengalaman, dan interaksi sosial kini diterima secara meluas sebagai aspek penting dalam membangunkan kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak.

Kanak-kanak menghadiri Kindergarden untuk belajar berkomunikasi, bermain, dan berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Seorang guru menyediakan pelbagai bahan dan aktiviti motivasi untuk kanak-kanak ini untuk mempelajari bahasa dan kosa kata membaca, matematik dan sains, muzik, seni, dan tingkah laku sosial. Bagi kanak-kanak yang sebelum ini telah menghabiskan sebahagian daripada masa mereka di rumah, pendidikan di Kindergarden boleh membantu mereka menyesuaikan diri kepada selain daripada ibu bapa mereka tanpa kebimbangan. Kindergarden juga boleh membenarkan ibu, bapa, atau penjaga  untuk kembali ke separuh masa atau pekerjaan sepenuh masa.

iii.           NURSERY SCHOOL
Nurseri adalah sebuah sekolah untuk kanak-kanak yang berumur di antara satu hingga lima tahun. Pengajar bagi nurseri adalah golongan profesional yang berkelayakan tinggi.  Peranan guru di nurseri bukan hanya sebagai menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak malah guru juga menyelia kanak-kanak dalam permainan pendidikan. Nurseri juga merupakan sebuah institusi pendidikan pra sekolah iaitu sebahagian daripada pendidikan awal kanak-kanak..

Institusi-institusi nurseri muncul di Perancis kira-kira tahun 1840, dan Societe des Creches (pusat jagaaan kanak-kanak) telah diiktiraf oleh kerajaan Perancis pada tahun 1869. Pusat jagaan harian telah ditubuhkan di kebanyakkan bandar-bandar di Eropah dan pusat-pusat industri pada abad ke-19; yang pertama di Great Britain, misalnya, telah ditubuhkan pada tahun 1860. Nurseri di England pula dikenali sebagai FS1 yang merupakan pendidikan asas tahun pertama sebelum mereka pergi ke sekolah rendah

Matlamat kurikulum nurseri adalah pendidikan nurseri lebih meluas daripada bukan sekadar penjagaan kanak-kanak, tetapi pendidikannya kurang berat daripada pendidikan sekolah rendah.

Pada setiap bilik darjah nurseri pula diwujudkan sudut bagi mata pelajaran seni kreatif, sastera, sains, pra-matematik, drama dan perkembangan motor halus dan motor kasar. Penggunaan alam sekitar turut diselitkan di dalam pembelajaran bagi merangsang imaginasi, kreativiti, sosialisasi, penerokaan dan penemuan baru dalam masa yang sama mencabar penggunaan otot perkembangan tubuh badan

iv.           DAY CARE / CHILD CARE
Child care atau Day Care adalah penjagaan kanak-kanak pada siang hari oleh orang selain daripada penjaga kanak-kanak yang sah. Biasanya, penjaga kanak-kanak ini adalah seorang yang bukan daripada ahli keluarga kanak-kanak tersebut. Day care biasanya adalah perkhidmatan yang berterusan semasa tempoh tertentu seperti masa ibu bapa di tempat kerja. 

Perkhidmatan ini juga dikenali sebagai Child Care di United Kingdom dan Australia dan Child care atau Day care di Amerika Utara (walaupun Child care mempunyai makna yang lebih luas). Child care disediakan di nurseri atau di Creches (pusat jagaan kanak-kanak dalam bahasa Francis) atau disediakan oleh penjaga itu sendiri (nanny) dengan menjaga mereka di rumah mereka sendiri.

Selain itu, Child care juga boleh dikendalikan dengan mengambil struktur yang lebih formal, pendidikan, pembangunan kanak-kanak, disiplin malah pendidikan yang di ajar dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Di Australia, terdapat Child care yang digelar sebagai “Family day care”  bagi perkhidmatan penjagaan kanak-kanak bersama ibubapa atau keluarga. Sesetengah ibu bapa menyediakan peruntukan nurseri untuk penjaga anak mereka berdekatan dengan tempat kerja ibubapa.

Penjagaan kanak-kanak di rumah kanak-kanak itu sendiri selalunya memperoleh perkhidmatan daripada ‘nanny’ atau pengasuh atau ahli keluarga mereka sendiri seperti datuk dan nenek, mak cik dan pak cik.

v.            ELEMENTARY SCHOOL
Elementary school atau sekolah rendah adalah sebuah institusi di mana kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat pertama yang dikenali sebagai pendidikan asas atau pendidikan utama. Elementery School adalah istilah pilihan bagi sesetengah negara, terutamanya mereka di Amerika Utara, di mana istilah Grade School dan Grammar School turut digunakan.

Manakala  di United Kingdom, India, Ireland, Pakistan, Bangladesh, Australia, Amerika Latin, Nepal, Afrika Selatan, New Zealand, Malaysia dan dalam penerbitan United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization (UNESCO), Elementary School dikenali sebagai Primary School.

Murid bagi Elementary School adalah dari lima hingga 14 tahun. Mereka menyediakan kurikulum terhad dengan penekanan kepada membaca, menulis dan mengira (the three Rs). Sekolah-sekolah beroperasi pada sistem 'bersifat nasihat', di mana seorang guru menyelia kelas besar dengan bantuan sebuah pasukan yang memantau, yang seringkali murid lebih tua. Guru sekolah rendah dibayar melalui  keputusan penilaian guru. Murid-murid mereka telah dijangka untuk mencapai standard yang tepat dalam pembacaan, penulisan dan aritmetik seperti membaca satu perenggan pendek dalam akhbar, bertulis daripada pengimlahan, dan mengira jumlah wang dan pecahan.

Sistem sekolah telah berubah dengan pengenalan Akta Pendidikan 1944. Pendidikan telah disusun semula kepada tiga peringkat progresif yang dikenali sebagai Primary Education,  Secondary Education dan Further Education. Di UK, sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang kini dikenali sebagai Primary School. Mereka umumnya memenuhi keperluan kanak-kanak berusia 4-11 (Reception Tahun Enam atau di Ireland Utara dan Scotland P1 untuk P7). Sekolah rendah sering dibahagikan kepada sekolah bayi untuk kanak-kanak 4-7 dan sekolah-sekolah rendah untuk usia tujuh hingga 11.

vi.           PLAYGROUND PRESCHOOL
Playground Preschool telah ditubuhkan pada tahun 2002. Mereka menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak yang berumur dari 1 setengah tahun hingga 6 tahun. Kanak-kanak datang dari latar belakang budaya yang berbeza, sekali gus memupuk rasa hormat dan interaksi merentas bangsa, kaum dan agama. Mereka juga memastikan saiz kelas kecil, bagi membolehkan pengajar atau guru untuk memberi perhatian secara individu untuk setiap kanak-kanak.

Sekolah menggunakan kurikulum berasaskan permainan, kerana mereka percaya bahawa bermain adalah cara terbaik untuk kanak-kanak untuk belajar. Playground Preschool telah mencipta persekitaran yang memupuk di mana pembelajaran boleh berlaku secara semulajadi dan tanpa tekanan. Matlamat mereka adalah untuk kanak-kanak untuk berasa gembira, suka datang ke sekolah dan menjadi pelajar sepanjang hayat. Main menjadikan pembelajaran menyeronokkan kerana ia membolehkan kanak-kanak untuk meneroka dan mencari dunia pada tahap mereka sendiri.

Di Playground Preschool, mereka menghargai kanak-kanak sebagai individu yang unik. Programe ini dibangunkan berdasarkan tema yang timbul daripada kepentingan kanak-kanak. Mereka  merasakan pembelajaran akan dicapai dengan baik apabila kanak-kanak yang dikelilingi oleh objek, aktiviti dan pengalaman yang berkaitan antara satu sama lain dalam cara yang bermakna. Lawatan lapangan juga dianjurkan secara tetap untuk mengukuhkan apa yang kanak-kanak dipelajari di sekolah.

Program Playground Preschool ini dijalankan di United Kingdom, Netherlands, Finland, Francis, Italli, Germany, Belgium, Australia dan Singapura.

vii.          EARLY CHILDHOOD EDUCATION
Early Childhood Education adalah pengajaran formal dan penjagaan kanak-kanak oleh orang lain daripada keluarga mereka atau dalam persekitaran di luar rumah. ‘Early Childhood’  biasanya ditakrifkan sebagai sebelum umur persekolahan biasa iaitu lima tahun di kebanyakan negara, walaupun Amerika Syarikat (AS) National Association for the Education of Young Children (NAEYC) dan bukannya mentakrifkan 'early childhood' sebelum usia lapan tahun.

Pendidikan Early Childhood Education menggunakan konsep “learn throuh play”. Kanak-kanak disini tidak diberi pengajaran yang khusus dalam aspek sosial, emosi, kognitif, linguistik, pembelajaran fizikal. Pengajaran di dalam pendidikan ini lebih berperanan dalam membantu kanak-kanak mengenali identiti diri sendiri dan fungsi untuk berinteraksi dengan orang lain.

viii.        REGGIO EMILIA APPROACH (Pendekatan Reggio Emilia)
Pendekatan Reggio Emilia merupakan falsafah pendidikan yang memberi tumpuan kepada pendidikan prasekolah  dan sekolah rendah. Pendekatan ini telah diasakan oleh Loris Malaguzzi dan ibu bapa di kampung-kampung di sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II. melalui kemusnahan dari peperangan itu, ibu bapa percaya, kanak-kanak memerlukan pendidikan yang baru iaitu pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Ibu bapa juga menganggap bahawa pembangunan awal kanak-kanak ialah untuk membentuk diri mereka sebagai individu.

Oleh itu , Loris telah membawa kepada penciptaan program yang berdasarkan prinsip hormat, tanggungjawab, dan kemasyarakatan melalui konsep ‘penerokaan dan penemuan’ dalam persekitaran yang menyokong berdasarkan kepentingan kanak-kanak melalui kurikulum ‘self-guided’.

ix.           BANK STREET
Bank Street diasaskan pada tahun 1916 oleh Lucy Sprague Mitchell sebagai  "Bureau of Educational Experiments" atau Biro Eksperimen Pendidikan. Mitchell adalah Dekan pertama wanita di University of California, Berkeley. Fokus asal program beliau adalah kajian pembangunan kanak-kanak dan pendidikan. Selepas dua tahun, beliau beranggapan bahawa kanak-kanak adalah “actual living subjects”. Pada tahun 1918, sebuah nurseri Bank Street dibuka. Sehingga tahun 1930-an, barulah bank street ini diiktiraf dan mula melatih guru

Bank Street adalah program  yang mengikut prinsip-prinsip pembelajaran iaitu pertama, berdasarkan persekitaran yang menjadi keutamaan untuk memotivasikan manusia dan kedua, kanak-kanak mesti berinteraksi dengan persekitaran mereka secara fizikal dan sosial dan mentafsir pendapat mereka sendiri untuk mengekalkan pendidikan sepanjang hayat.

x.            MARIA MONTESSORI APPROACH
Maria Montesssori dilahirkan di Chiaravalle, Itally pada tahun 1870. Beliau merupakan doktor perempuan pertama di Itali. Namun begitu, beliau begitu tertarik dengan cara  kanak-kanak belajar. Justeru itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan falsafah.

Pendekatan berinovasi Dr Maria Montessori adalah “Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru, mencari potensi yang terdapat kepada seseorang manusia.” Keberkesanan kaedah pengajaran Montessori telah di demonstrasi pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) yang menunjukkan kanak-kanak Montessori telah bertambah baik tingkah laku dan skil akademik di Montessori.

Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah kemudiannya dipraktikkan dengan jayanya keatas kanak-kanak dan ia adalah agak popular di banayk tempat di dunia. Walau dengan banyak kritikan pada kaedah beliau pada awal tahun 1930-an dan 1940-an, kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan dan telah bangkit semula. Ia kini boleh ditemui di enam benua dan seluruh Amerika Syarikat.

Sebelum akhir tahun 1907, Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau Rumah Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Kaedah Montessori mula diperkenalkan di rumah kanak-kanak ini. Terdapat dua prinsip yang terkandung di dalam kedah ini iaitu, kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak ini juga lebih digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa. Prinsip kedua ialah kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri .Kedua-dua prinsip ini telah mengilhamkan usaha montessori dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran, dan latihan.

xi.           HIGH SCOPE
High Scope telah dikembangkan oleh David Weikart pada tahun 1962. HighScope merevolusikan pendidikan awal kanak-kanak dengan pendekatan baru untuk pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan penyelidikan dan fokus kanak-kanak, Kurikulum HighScope menggunakan proses yang telah direka dengan teliti yang dikenali sebagai "pembelajaran penyertaan aktif " untuk mencapai hasil memuaskan dan positif.

Terdapat beberapa konsep yang digunakan oleg High Scope iaitu, ‘pembelajaran aktif’, ‘interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa’, ‘pembelajaran persekitaran’, ‘rutin harian’, ‘eksperimen utama’, dan ‘penilaian’.

Guru, ibu bapa, dan penyelidik pendidikan telah mengakui, Kurikulum HighScope bukan sahaja membantu kanak-kanak cemerlang dalam bahasa dan pembelajaran kognitif, tetapi juga menggalakkan berdikari, rasa ingin tahu, membuat keputusan, kerjasama, kesungguhan, kreativiti, dan menyelesaikan masalah atau dalam maksud lain kemahiran asas yang membantu menentukan kejayaan dalam kehidupan orang dewasa.

xii.          TE WHAARIKI
Te Whaariki ialah kurikulum untuk pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di New Zealand. Kurikulum ini dirangka pada tahun 1996. Menurut Tyler (2002), penjagaan awal kanak-kanak di New Zealand memiliki cara penyampaian yang pelbagai dan program ini juga berkhidmat untuk komuniti yang pelbagai.

Te Whaariki telah dibangunkan untuk mengawal selia pendekatan-pendekatan yang pelbagai ini, mereka juga mengadakan peruntukan bagi memperkenalkan kepelbagaian budaya. Te Whaariki berasal dari bahasa Maori yang bermaksud "tikar untuk semua berdiri di atas" dan amat tepat sekali bagi sebuah negara pelbagai budaya sebagai New Zealand (Carr 1999). Te Whaariki menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan ‘kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan’ dalam masyarakat Maori.

Terdapat dua prinsip asas yang terkandung dalam Te Whaariki. Pertama, terdapat skop untuk pengajar pendidikan kanak-kanak untuk membangunkan program unik mereka sendiri dalam rangka kerja Te Whaariki yang sesuai dengan tradisi budaya tempatan dan persekitaran. Kedua, ia juga dapat menyesuaikan diri dengan memenuhi kepentingan dan aspirasi kanak-kanak. Dengan cara ini, terdapat rujukan metafora yang dibuat untuk menghasilkan faktor-faktor ini ke dalam mewujudkan satu kurikulum yang mantap, dalam erti kata lain, Whaariki (tikar dianyam) untuk semua untuk berdiri di atas.
T
o grow up as competent and confident learners and communicators, healthy in mind, body, and spirit, secure in their sense of belonging and in the knowledge that they make a valued contribution to society.
(New Zealand Ministry of Education 1996)

Kurikulum itu sendiri diasaskan atas beberapa prinsip yang boleh digabungkan ke dalam program pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan kepentingan dan aspirasi kanak-kanak(Tyler 2002). Panduan prinsip tersebut adalah seperti berikut:
·         Pengupayaan (Whakamana)

-       Kurikulum memberi kuasa kepada kanak-kanak untuk belajar dan berkembang.

·         Pembangunan secara holistik (Kotahitanga)

-       Ini menggambarkan secara menyeluruh kanak-kanak belajar dan berkembang, dan mengambil kira kognitif, sosial, dimensi budaya, fizikal, emosi dan rohani pembangunan manusia. 

·         Keluarga dan Masyarakat (Whanau Tangata)

-       Lebih luas keluarga dan masyarakat adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum awal kanak-kanak.

·         Hubungan (Nga Hononga)

-       Kanak-kanak belajar melalui hubungan responsif dan reciprocal dengan orang, tempat dan benda.



  Bibliografi

Akmal Hisyam AR Shad Kasnani  AB Karim, Ramlah Jantan. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan, Sarjana Muda (PISMP) KPLI, dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia, KEMAS dan PERPADUAN Bahagian 2. Selangor : Kumpulan Budiman SDN BHD

Akta Pendidikan Dan Peraturan-Peraturan (AKTA 550), Kuala Lumpur : MDC Publishers SDN BHD, 2008.

Jaipaul L. Roopnarine, James E. Johnson. (2005) Approaches To Early Childhood Education Fourth Edition. New Jersey : Pearson Merill Prentice Hall.

Mahyuddin Ashaari. Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam ABIM : Sejarah Penubuhan, Perkembangan dan Kurikulum. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 11 Bil.1, 2006.

Universiti Terbuka Malaysia. (2007). HBPS1103 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

Ringkasan:Konvensyen-Konvensyen dan Undang-undang yang Menjamin Hak Sama Rata Semua Kanak-Kanak untuk Kualiti Pendidikan di Persekitaran yang Menyeluruh, Malaysia. Bangkok : UNESCO Bangkok, 2008.

Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur : PTS Proffesional Publishing Sdn. Bhd.


Undang-Undang Malaysia  Akta 308, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Percetakan Nasional Malaysia Bhd, 2006.


1 comment:

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers