Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

JURNAL 4 (PRAK1)

Bilangan Jurnal
:
4
Minggu Praktikum
:
Keempat
Tarikh Peristiwa / Kejadian
:
21 April 2014 hingga 25 April 2014
Tajuk Jurnal
:
Komunikasi Berkesan

1.    Masalah / Peristiwa

Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran prasekolah, saya berpendapat bahawa kebanyakkan murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran selepas waktu rehat. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan bertindak sesuka hati. Murid juga kerap kali mengganggu rakan-rakan lain dan berkelakuan agresif sekiranya ditegur oleh rakan-rakan contohnya seperti kelakuan memukul dan dan berjalan-jalan di dalam kelas. Masalah ini mungkin berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya perlu untuk memilih corak kepimpinan yang bersesuaian. Disamping itu juga, guru perlu menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.
Mok Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan guru seharusnya tahu cara bagaimana mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi secara lisan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:
”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.”

Penjelasan ini jelas menunjukkan bahawa guru mesti bercakap atau menyampaikan maklumat kepada murid dengan menggunakan pelbagai nada suara demi menarik minat murid terhadap pelajaran dan mengelak murid dari merasa bosan atau melakukan sesuatu di luar kawalan guru.

  1. Analisis

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan :
”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran”.

  1. Cadangan Tindakan Susulan

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak kepimpinan guru (demokratik), komunikasi dan interaksi (pengunaan nada suara yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan bersesuaian untuk merarik perhatian murid-murid ketika belajar.
Saya akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan dengan PdP yang disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar juga akan saya pelbagaikan demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat dari PdP yang dijalankan.
Saya amat berharap agar dapat meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid saya. Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari guru-guru yang lain. Mungkin dengan cara sedemikian, saya akan memperoleh idea atau strategi baru dalam mengendalikan P&P

  1. Tempoh Masa Tindakan Susulan
14 April 2014 hingga 25 April 2014

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan  : __________________

Tandatangan  : ______________________
Nama              : __________________

Nama              : ______________________
Tarikh              : __________________

Tarikh              : __________________­­­___­

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers