Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA (LAJNAH PENERBITAN & MULTIMEDIA)

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA UNTUK
LAJNAH PENERBITAN  & MULTIMEDIA 2012

Tarikh               :    13 Februari 2012
Tempat             :    Surau Nurul Yaqin. IPGM Kampus Kent
Masa                :     8.17 Malam

Kehadiran ahli lajnah.
Sila lihat Lampiran 1

1.0   KATA-KATA ALUAN
1.1  Mesyuarat dimulakan dengan kata – kata aluan  daripada Ketua Lajnah Penerbitan dan Multimedia, saudara Umar Qayyum Bin Mohd Luai. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli-ahli lajnah yang lain.

1.2  Saudara Umar Qayyum menerangkan tentang beberapa tujuan mesyuarat diadakan iaitu perlantikan jawatankuasa, pembahagian tugas di dalam lajnah, perancangan aktiviti dan agenda berbangkit. Sebelum itu, sesi taaruf sesama ahli menjadi pembuka untuk mesyuarat ini.

2.0   PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA 2012
2.1  Perlantikan jawatankuasa di dalam lajnah secara ringkas iaitu mengikut persetujuan majoriti. Perlantikan baru yang ingin diwujudkan ialah jawatan setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari. Senarai nama jawatankuasa yang telah dilantik bagi Lajnah Penerbitan dan Multimedia sesi 2012 ialah :

Pengerusi                      :  Umar Qayyum Bin Mohd Luai
Timbalan Pengerusi      :  Farah Binti Jasni
Setiausaha                     :  Dayang Nurshafiqa Binti Abang Ahmad
Timbalan Setiausaha     :  Nazatul Azila Binti Mohd Najib
Bendahari                      :  Mohd Firdaus Bin Masaran

3.0  AGENDA DAN PERANCANGAN LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA 2012.
3.1  Pembahagian sub-tugas lajnah
Hasil perbincangan dan persetujuan bersama-sama, terdapat LIMA sub-tugas yang telah diwujudkan dalam lajnah iaitu :
a)      Risalah I-Kent
b)      Papan maklumat surau
c)      Blog rasmi Surau Nurul Yaqin
d)      Dokumentasi
e)      ‘Backdrop’ setiap aktiviti

3.1.1             Risalah I-Kent
a)      Lajnah Penerbitan dan multimedia akan berkerjasama dengan lajnah dakwah untuk mendapatkan maklumat dan bahan sebelum maklumat tersebut di adaptasikan dalam bentuk risalah.
b)      Risalah ini akan dikeluakan dan diedarkan setiap 2 minggu sekali pada setiap bulan.
c)      Ketua lajnah menerangkan bahawa pada minggu pertama pihak lajnah dakwah akan menyediakan  bahan dan maklumat untuk penghasilan risalah, manakala pada minggu kedua pula lajnah penerbitan dan multimedia akan menghasilkan maklumat serta bahan yang diperoleh dalam bentuk risalah.
d)      Pengurusan bagi risalah ini akan dibahagikan dalam bentuk jadual dimana pada setiap 2 minggu akan ada 2 lajnah yang bertugas. ( Sila lihat Lampiran 2). 
e)      Format risalah kali ini masih dikekalkan  iaitu menggunakan sehelai kertas dan penggunaan penuh pada setiap kedua-dua muka kertas.
f)       Objektif bagi risalah ini ialah memperluaskan medan ilmu tentang Islam kepada musimin dan muslimat. Selain itu, risalah ini bertujuan memberi kefahaman dan mengubah persepsi negatif tentang apa sebenarnya yang terkandung dalam Islam kepada orang bukan Islam.

3.1.2             Papan maklumat surau
a)      Terdapat 2 papan maklumat yang terdapat di surau.
b)      Papan maklumat tersebut akan dikemaskini oleh Dayang Nurshafiqa Binti Abg Ahmad, Farah Binti Jasni dan Zahariah Mastar.

3.1.3             Blog rasmi Surau Nurul Yaqin
a)      Blog perlu dikemaskini dengan maklumat baru mengikut aktiviti yang dijalankan oleh lajnah-lajnah Surau Nurul Yaqin. Gambar-gambar bagi setiap aktiviti juga akan dilampirkan.
b)      Blog ini juga akan memuatkan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Islam dan pengetahuan tambahan yang positif dan bermanfaat.
c)      Risalah I-Kent juga perlu dimuat naik ke dalam Blog rasmi Surau Nurul Yaqin setiap kali risalah dikeluarkan.
d)      Objektif blog diwujudkan untuk menarik minat dan memberikan pendedahan kepada muslimin dan muslimat tentang pengetahuan yang terkandung dalam Islam. Blog ini juga boleh dilawati oleh yang bukan Islam.
e)      URL blog ini ialah http://jsny.blogspot.com/.
f)       Jadual lajnah yang akan mengemaskini blog turut dilampirkan. (Sila lihat lampiran 3)

3.1.4             Dokumentasi
a)      Setiap aktiviti yang diadakan di surau atau berkaitan dengan surau perlu didokumentasikan untuk dijadikan bahan bukti aktiviti yang telah dijalankan.
b)      Setiap gambar yang diambil akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam bentuk softcopy (CD atau hardisk) dan diserahkan kepada setiausaha lajnah.
c)      Gambar aktiviti juga akan dilekatkan di papan maklumat sebagai paparan aktiviti kepada muslimin dan muslimat dengan harapan dapat menarik minat muslimin dan muslimat untuk hadir ke surau.

3.1.5             ‘Backdrop’ aktiviti
a)      Lajnah penerbitan & multimedia akan bertanggungjawab dalam membuat ‘backdrop’ bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak surau Nurul Yaqin.


4.0  PERANCANGAN AKTIVITI LAJNAH
4.1  Jamuan lajnah
a)      Objektif jamuan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara lajnah-lajnah.
b)      Tarikh untuk jamuan belum ditentukan.

4.2  Tutorial Photoshop
a)      Tutorial ini dicadangkan untuk dijalankan pada minggu terakhir bulan March (26 March -31 March). Masa bagi tutorial ini dijalankan adalah selama 2 jam. Tarikh sebenar bagi tutorial ini masih belum ditetapkan.
b)      Tutorial ini akan disampaikan oleh En.Sawari.

4.3  Pertandingan Multimedia Islam
a)      Pertandingan Multimedia Islam ini merangkumi dua kategori iaitu:
a.      Video
b.      Poster (digital)

4.4  Membukukan Risalah I-Kent
a)      Ketua lajnah mencadangkan semua Risalah I-Kent(dari edisi 1 hingga edisi 24) dibukukan.
b)      Tujuan risalah ini dibukukan adalah untuk dijadikan cenderahati kepada mana-mana VIP yang dijemput datang ke Surau Nurul Yaqin.
c)      Ukuran risalah yang akan dibukukan ialah berukuran A4.

4.5  Kursus solat
a)      Kursus solat ini akan dijalankan khas untuk pelatih PPISMP semester 2.

4.6  Kursus Kahwin
a)      Kursus kahwin ini akan diadakan khas untuk pelatih PISMP semester 8.

4.7  Kursus sembelihan
a)      Kursus sembelihan ini akan diadakan untuk semua pelatih muslim IPG Kampus Kent.

5.0  HAL-HAL BERBANGKIT LAIN
5.1  Gambar rasmi untuk setiap lajnah Surau Nurul Yaqin
a)      Maklumat lain bagi ‘photoshot’ ini adalah seperti berikut :
a.      Tarikh    : 20 Februari 2012
b.      Masa     : Selepas solat Isyak
c.       Tempat : Surau Nurul Yaqin, IPG Kampus Kent

5.2  Peraturan lajnah
a)      Peraturan dalam lajnah ini telah ditetapkan oleh ketua lajnah. Peraturan ini adalah bertujuan untuk memastikan organisasi ini bertugas secara sistematik dan teratur.
b)      Peraturan yang telah dinyatakan adalah seperti berikut:
a.      Setiap kali ada program dijalankan, lajnah Penerbitan dan Multimedia akan mengadakan mesyuarat.
b.      Mesyuarat akan diadakan pada 8.17 malam.
c.       Setiap gambar yang diambil ketika aktiviti akan dikumpul dan diserahkan kepada setiausaha lajnah Penerbitan dan Multimedia.

5.3  Cadangan membeli ‘hardisk’, LCD, kamera dan perakam video.
a)      Ketua lajnah telah mencadangkan agar lajnah Penerbitan dan Multimedia memiliki ‘hardisk’ sendiri bagi memudahkan lajnah ini menyimpan semua dokumentasi yang telah dikumpul.
b)      Sehubungan itu, lajnah telah menentukan bayaran sebanyak RM20 seorang bagi menampung kos pembelian ‘hardisk’ .
c)      Cadangan untuk membeli LCD, kamera dan perakam video masih dipertimbangkan untuk semester ini.

5.4  Baju lajnah
a)      Saudari Nuramalina mencadangkan agar membuat baju khas untuk lajnah Penerbitan dan Multimedia.

5.5  Mencipta ‘header’ dan logo baru untuk risalah I-Kent
a)      ‘Header’ bagi Risalah i-Kent dan logo baru bagi tahun 2012 tersebut akan dicipta oleh En.Sawari.

5.6  Cadangan penyerapan ahli baru
a)      Saudari Farah Jasni telah mencadangkan untuk menyerap seorang lagi lajnah kerana kekurangan lajnah muslimin di dalam lajnah Penerbitan dan Multimedia.
b)      Cadangan nama bagi lajnah muslimin tersebut adalah Abdul Rauf daripada lajnah rekreasi.

5.7  Yuran lajnah
a)      Yuran bagi lajnah surau Nurul Yaqin adalah RM30.
b)      Yuran bagi lajnah Penerbitan dan Multimedia adalah RM20.

     Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.20 malam.


Disediakan oleh,                                                                     Disahkan oleh.

.......................................................                                        ........................................................
(DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD)        (UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI)
Setiausaha,                                                                            Ketua,
Lajnah Penerbitan & Multimedia,                                        Lajnah Penerbitan & Multimedia,               
Surau Nurul Yaqin,                                                              Surau Nurul Yaqin,
IPGM Kampus Kent Tuaran.                                               IPGM Kampus Kent Tuaran.





Lampiran 1
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA KALI PERTAMA
Tarikh         : 13 Februari 2012
Tempat      :  Surau Nurul Yaqin, IPGM Kampus Kent.
Masa          :  8.17 Malam

Bil.
Nama
Kad Pengenalan
Opsyen
Tandatangan
1.
UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

2.
MOHD FIRDAUS BIN MASARAN

PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

3.
FARHAN BIN SAYUATI

PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JULAI 2009

4.
SHARIF MOHD FARID BIN SHARIF BASA

PPISMP BAHASA ARAB AMBILAN JUN 2011

5.
FARAH BINTI JASNI

PISMP PENDIDIKAN AGAMA ISLAM AMBILAN JULAI 2009

6.
NURAMALINA BINTI MOHAMMAD ARBI

PISMP PENDIDIKAN AGAMA ISLAM AMBILAN JULAI 2009

7.
ZAHARIAH BINTI MASTAR

PISMP KAJIAN SOSIAL AMBILAN JULAI 2009

8.
NURAFIFAH BINTI KULA

PISMP KAJIAN SOSIAL AMBILAN JULAI 2009

9.
DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD

PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2012

10.
NAZATUL AZILA BINTI MD NAJIB

PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

11.
NORAZMALINA BINTI KAMARUL JAMAL

PPISMP BAHASA ARAB AMBILAN JUN 2011






Lampiran 2
JADUAL MEMBUAT RISALAH

TARIKH MULA
TARIKH PUBLISH
NAMA BERTUGAS
23 FEBRUARI 2012
8 March 2012
(23 Feb-1 Mac dapat bahan daripada lajnah dakwah)
(1 March-8 March proses menyiapkan risalah)
NAZATUL AZILA
NURAZMALINA
8 MARCH 2012
22 March 2012
(8 Mac-15 Mac dapat bahan daripada lajnah dakwah)
(15 Mac-22 Mac proses menyiapkan risalah)
DAYANG NURSHAFIQA
NURAMALINA
22 MARCH 2012
5 April 2012
(22 March-29 March dapat bahan daripada lajnah dakwah)
(29 March-5 April proses menyiapkan risalah)
UMAR QAYYUM
MOHD FIRDAUS
5 APRIL 2012
19 April 2012
(5 April- 12 April dapat bahan daripada lajnah dakwah)
( 12 April-19 April proses menyiapkan risalah)
FARHAN
SHARIF MOHD FARID
19 APRIL 2012
3 Mei 2012
(19 April -26 April dapat bahan daripada lajnah dakwah)
(26 April-3 Mei proses menyiapkan risalah)
FARAH JASNI
3 MEI 2012
17 Mei 2012
(3 Mei-10 Mei dapat bahan daripada lajnah dakwah)
(10 Mei-17 Mei proses menyiapkan risalah)
NURAFIFAH KULA
17 MEI 2012
31 Mei 2012
(17 Mei- 24 Mei dapat bahan daripada lajnah dakwah)
(24 Mei-31 Mei proses menyiapkan risalah)
ZAHARIAH MASTAR

Lampiran 3
JADUAL MENGEMASKINI BLOG

TARIKH MULA
TAJUK/TEMA
NAMA BERTUGAS
23 FEBRUARI 2012


FARAH JASNI
1 MARCH 2012


NURAMALINA
8 MARCH 2012


SHARIF MOHD FARID
15 MARCH 2012


ZAHARIAH MASTAR
22 MARCH 2012


FARHAN
29 MARCH 2012


NURAFIFAH KULA
5 APRIL 2012


NAZATUL AZILA
12 APRIL 2012


DAYANG NURSHAFIQA
19 APRIL 2012


ZAHARIAH MASTAR
26 APRIL 2012


NURAZMALINA
3 MEI 2012


MOHD FIRDAUS
10 MEI 2012


UMAR QAYYUM
17 MEI 2012


NAZATUL AZILA
24 MEI 2012


FARAH JASNI


No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers