Bilangan Jurnal
|
:
|
3
|
||
Minggu Praktikum
|
:
|
Ketiga
|
||
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
4 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014
|
||
Tajuk Jurnal
|
:
|
Komunikasi antara guru dengan murid
|
||
1.
Masalah / Peristiwa
Sepanjang
saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran prasekolah, saya
berpendapat bahawa kebanyakkan murid kurang memberi perhatian terhadap
pelajaran selepas waktu rehat. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan
arahan guru, membuat bising dan bertindak sesuka hati. Murid juga kerap kali
mengganggu rakan-rakan lain dan berkelakuan agresif sekiranya ditegur oleh
rakan-rakan contohnya seperti kelakuan memukul dan dan berjalan-jalan di
dalam kelas. Masalah ini mungkin berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam
mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru,
saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya perlu untuk memilih corak
kepimpinan yang bersesuaian. Disamping itu juga, guru perlu menggunakan
teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid
seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.
Mok
Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan guru seharusnya tahu cara
bagaimana mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Kemahiran
berkomunikasi secara lisan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik seperti berikut:
”Bertutur
dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang
betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang
efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang
yang berkomunikasi.”
Penjelasan
ini jelas menunjukkan bahawa guru mesti bercakap atau menyampaikan maklumat
kepada murid dengan menggunakan pelbagai nada suara demi menarik minat murid
terhadap pelajaran dan mengelak murid dari merasa bosan atau melakukan
sesuatu di luar kawalan guru.
Komunikasi
berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam
bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik
darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan
sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh
murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan
adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon
Sang menyatakan :
”Kekurangan
minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah.
Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian
terhadap pelajaran”.
Sebagai
guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang
dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak
kepimpinan guru (demokratik), komunikasi dan interaksi (pengunaan nada suara
yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan bersesuaian
untuk merarik perhatian murid-murid ketika belajar
.
Saya
akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan
berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan dengan
PdP yang disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar juga akan saya pelbagaikan
demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir
sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat
dari PdP yang dijalankan.
Saya
amat berharap agar dapat meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid
saya. Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari guru-guru yang
lain. Mungkin dengan cara sedemikian, saya akan memperoleh idea atau strategi
baru dalam mengendalikan P&P
Bermula 4 Ogos 2014
hingga murid-murid menunjukkan perubahan dan perkembangan yang lebih baik.
|
||||
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
||
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
||
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
||
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
Klik Me ! ! !
Followers
Monday, October 12, 2015
JURNAL 3 (PRAK2)
Labels:
IPG,
PRAKTIKUM. JURNAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment