Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

KERTAS KERJA AMALI PERGERAKAN ASAS



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN SABAH

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PERGERAKAN ASAS
( PJM 3102 )







NAMA PESERTA : DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD
NO.KAD PENGENALAN : 
KURSUS / UNIT : PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2012
PENSYARAH PEMBIMBING : EN. SIMUN GUNTALIB


ISI KANDUNGAN

BIL.
TAJUK

MUKA SURAT

1
Pengenalan

11

2
Matlamat

12

3
Objektif

12

4
Tarikh

13

5
Masa

13

6
Tempat

13

7
Kumpulan Sasaran

13


8

Tema
13
8
Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
*      Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi
*      Pelan kedudukan
*      Senarai Peralatan Berat
*      Senarai Alatan Tangan


14 - 38



9
Rumusan

39




1.0         Pengenalan

Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang terkandung dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi semester 2 ambilan Januari 2012. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Semua kumpulan guru pelatih bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek yang berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan.

            Secara terperincinya, guru pelatih diminta untuk menyediakan dua puluh rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta memanipilasikan alatan dengan diiringi muzik bertema. Tugasan ini dihasilkan secara individu. Guru pelatih juga menyediakan perancangan ini di dalam penulisan kertas kerja sebagai panduan pelaksanaan dua puluh rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta memanipulasikan alatan dengan iringan muzik bertema. Dalam masa yang sama, guru pelatih akan mendemostrasikan dua puluh rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta memanipulasikan alatan.         


2.0         Matlamat


Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai kemahiran yang terdapat di dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini juga mampu memupuk semangat toleransi dan kerjasama di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.


3.0         Objektif

i.              Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan melalui perlakuan motor.
ii.            Menguasai asas pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut kemampuan diri.
iii.           Interaksi yang kreatif dengan bahan, alatan dan rakan.
iv.           Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
v.            Membentuk sahsiah dan disiplin diri.



4.0         Tarikh

-       Minggu 13


5.0         Masa Pelaksanaan

-       8.00 am – 10.00 am


6.0         Masa yang diperuntukan

-       4 minit
·         12 saat Setiap stesen


7.0         Tempat

-       Dewan Tun Mustapha, IPG Kampus Kent Tuaran.


8.0         Kumpulan sasaran

-       Kumpulan sasaran bagi demonstrasi pergerakan :
·         Pelatih IPG Kampus Kent Tuaran (Individu)
-       Kumpulan sasaran bagi murid sekolah :
·         Murid tahap 2 (tahun 4-6)


9.0         Tema

-       Keriangan Haiwan




10.0      Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

10.1      Jenis Pergerakan

Bil.
Pergerakan
Jenis
Keterangan
1
Chasse
L

Chasse dilakukan seakan-akan separti gallop, dua kali tukar kaki. Sebelah tangan menghayun kain di sisi. Lakukan secara mengiring seperti ketam.
2
Menegak

BL
Menegak dengan cara berdiri sambil menghayun kain dan memusing kain.
3
Guling depan


Guling hadapan menggunakan tilam.
4
Skip


Skip dengan menggunakan satu kaki kemudian tukar bergilir-gilir kepada kaki sebelah.
5
Mengilas


Mengilas badan paras pinggang dengan melibatkan pergerakan tangan dan kaki.
6
Berjalan


Berjalan seperti tarian ballet di atas bangku secara perlahan-lahan.
7
Meregang


Melakukan lompatan daripada atas bangku dan regangkan badan kebelakang apabila melompat. Kemudian duduk dan bangun semula sambil meregangkan badan.
8
Polka


Melakukan polka dengan  gabungan sekali skip, dua kali gallop.
9
Melonjak panjang


Melonjak dengan membesarkan langkah ketika melompat.
10
Mengayun


Menghayun kain ke kiri, ke kanan menggunakan kain.
11
Grapevine


Berjalan melintang gaya Grapevine dengan kaki bersilang dan dibuka berulang kali
12
Mengelak


Mengelak tubuh daripada terkena kain apabila kain dilibas ke belakang.
13
Memusing


Memusingkan kain di antara kaki dengan cara melonjak satu kaki.

14
Do-si-do


Melakukan pergerakan seperti melompat satu kaki secara bergilir-gilir kiri dan kanan dan mengelilingi kon dalam bentuk separa bulatan.
15
Membongkok


Membongkok untuk mengelap lantai kiri dan kanan dan tengah
16
Melonjak (hop)


Melonjak di atas papan lonjak dengan satu kaki.
17
Merengkuk


Merengkukkan badan dengan menarik lutut ke badan secara baring di atas lombol.
18
Melompat


Melompat seperti katak secara duduk mencangkung.
19
Rebah


Rebah di atas lantai dan baring.
20
Bangkit


Bangun daripada baring secara duduk dan kemudian berdiri lurus.
                       
       

10.2      Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi


1.    Pergerakan Lokomotor
i.              Jenis pergerakan : Chasse
ii.            Nama pergerakan : Menari Ketam

Gambar Pergerakan

        

        

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak sambil tangan memegang kain
ii.            Bukakan kaki seluas bahu.
iii.           Langkah kaki kanan kekiri, diikuti kaki kiri bergerak kehadapan. (gunakan konsep chasse/ kaki mengejar satu sama lain)
iv.           Lakukan dalam gerak tari perlahan.
v.            Tangan memegang kain sambil dihayun ke kiri dan ke kanan.
vi.           Selesai gerakan, berdiri tegak, tangan lurus di sisi dan rapatkan kaki.


                Rujukan : http://www.youtube.com/watch?v=LT_37c6hsow
2.    Pergerakan Bukan lokomotor
i.              Jenis pergerakan : Menegak
ii.            Nama pergerakan : Burung Bertenggek

Gambar Pergerakan

        

        

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak, tangan di sisi dan kaki rapat
ii.            Angkat tangan perlahan-lahan ke atas sambil memegang kain.
iii.           Pegang kain pada tangan kiri, hayunkan tangan ke atas dan bawah. Kepala mengikut arah tangan dihayun.
iv.           Tukar pegangan kain. Pegang kain menggunakan kedua-dua belah tangan. Pegang kain pada tangan kanan.
v.            Angkat kembali tangan ke atas. Pegang kain pada tangan kanan, hayunkan tangan ke atas dan bawah. Kepala mengikut arah tangan dihayun.
vi.           Hayunkan kedua-dua tangan ke depan dan pusing di sekitar badan dari kanan ke kiri.

3.    Pergerakan Lokomotor (tilam)
i.          Jenis pergerakan : Mengguling ke hadapan
ii.         Nama pergerakan : Guling tenggiling

Gambar Pergerakan

     

 

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak sambil tangan kiri dibuka dan memegang kain.
ii.            Duduk sambil melutut di kaki kanan dan tangan kiri masih didepakan.
iii.           Letakkan tangan kanan di antara dada dan paha apabila merengkukkan badan.
iv.           Tundukkan kepala dan badan ke bawah sedikit.
v.            Pindahkan berat ke bahagian depan dan guling ke arah depan.
vi.           Selesai gulingan, duduk sambil melutut di kaki kiri dan depakan kedua-dua tangan.



4.    Pergerakan Lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Skip
ii.         Nama pergerakan : Bangau melompat

Gambar Pergerakan

        
        



Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak serta tangan memegang kain di tepi.
ii.            Angkat kaki kiri dan skip ke hadapan.
iii.           Pusing kain yang ada di tangan ke depan dan ke belakang.
iv.           Tukar kaki kepada kaki kanan. Angkat kaki kanan dan skip.
v.            Pusing kain yang ada di tangan ke depan dan ke belakang.
vi.           Selesai pergerakan, berdiri tegak dan tangan di tepi.




5.    Pergerakan Bukan lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Mengilas
ii.         Nama pergerakan : Ekstensi kaki bangau

Gambar Pergerakan

    

    

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak sambil tangan memegang kain.
ii.            Angkat kaki dan tangan kiri lurus ke hadapan.
iii.           Kilaskan tangan kiri yang memegang kain ke pinggang kanan dan bengkokkan kaki ke bawah.
iv.           Angkat kaki dan tangan kanan lurus ke hadapan.
v.            Kilaskan tangan kanan yang memegang kain ke pinggang kiri dan kemudian bengkokkan kaki ke bawah.
vi.           Lakukan beberapa kali. Kemudian luruskan kaki dan tangan ke bawah.

6.    Pergerakan Lokomotor (bangku panjang)
i.          Jenis pergerakan : Berjalan
ii.         Nama pergerakan : Ballet Si Mentadak

Gambar Pergerakan

 

 

 

Prosedur Pergerakan

i.              Naik di atas bangku sambil mendepakan tangan.
ii.            Berjalan ke hadapan sambil membuat gaya ballet.
iii.           Angkat tangan ke atas sambil kedua-dua tangan menyentuh kain dan berdiri di atas hujung jari kaki.
iv.           Berjalan semula ke hadapan sambil membuat gaya ballet.
v.            Angkat tangan ke atas sambil kedua-dua tangan menyentuh kain dan berdiri di atas hujung jari kaki.
vi.           Akhir sekali, berdiri tegak sambil tangan di tepi.



7.    Pergerakan Bukan lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Meregang
ii.         Nama pergerakan : Lompat belalang

Gambar Pergerakan

        
    



Prosedur Pergerakan


i.              Masih berdiri di hujung bangku panjang sambil tangan di tepi.
ii.            Bengkokkan lutut dan tolak daya ke hadapan.
iii.           Lompat ke hadapan sambil meregangkan badan sedikit ke belakang.
iv.           Mendarat di lantai dan serap daya.
v.            Duduk sambil badan merengkuk dan peluk tubuh.
vi.           Bangun semula dalam keadaan mengeliat dan meregangkan badan.
vii.          Berdiri tegak.



8.    Pergerakan Lokomotor
i.          Jenis pergerakan :  Polka
ii.         Nama pergerakan : Anak kuda lompat riang

Gambar Pergerakan

          


Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak sambil tangan menghayun kain di tangan.
ii.            Angkat kaki kanan dan skip sekali.
iii.           Kemudian, lakukan dua gerakan galop.
iv.           Ulang pergerakan dengan skip menggunakan kaki kiri.
v.            Dan ulang lakuan dua gerakan galop.


9.    Pergerakan Lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Melonjak panjang/ melompat layang (Leap)
ii.         Nama pergerakan : Harimau lapar

Gambar Pergerakan

    
    

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak dan pegang kain di tangan.
ii.            Bersedia untuk melonjak. Letakkan berat badan ke hadapan.
iii.           Melonjak panjang ke hadapan.
iv.           Pusing-pusing kain ke depan dan ke belakang.
v.            Serap daya dan mendarat dengan posisi yang betul.




10. Pergerakan Bukan lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Mengayun
ii.         Nama pergerakan : Belalai gajah

Gambar Pergerakan

          

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri dan depakan tangan.
ii.            Pegang kain di tangan kiri.
iii.           Hayunkan kain di tangan kiri ke atas dan ke bawah.
iv.           Angkat tangan ke atas. Pegang kain di tangan kanan.
v.            Hayunkan kain di tangan kanan ke atas dan ke bawah.
vi.           Hayunkan tangan dari tangan kiri ke tangan kanan dari atas ke bawah dan ulang pergerakan dari tangan kanan ke tangan kiri.
vii.          Hentikan pergerakan dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan bercantum di hadapan.
11. Pergerakan Lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Grapevine
ii.         Nama pergerakan :  Pepatung terbang

Gambar Pergerakan

          

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang kain.
ii.            Buka kedua-dua belah kaki ke sisi seluas bahu.
iii.           Silangkan kedua-dua belah kaki dan tangan lurus ke hadapan..
iv.           Buka semula kedua-dua belah kaki.
v.            Ulang pergerakan beberapa kali.


12. Pergerakan Bukan lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Mengelak
ii.         Nama pergerakan :Nyamuk lari

Gambar Pergerakan

    

    

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri dalam keadaan bersedia dan tangan di sisi.
ii.            Angkat tangan pada paras bahu dan bengkokkan ke bawah.
iii.           Pegang kain di tangan kanan dan libas ke belakang. Elak dan bengkokkan pinggang ke sebelah kiri.
iv.           Pegang kain di tangan kiri dan libas ke belakang. Elak dan bengkokkan pinggang ke sebelah kanan.
v.            Angkat tangan ke atas dan libaskan kain paras kepala.Tundukkan kepala untuk mengelakkan kain.
vi.           Akhir sekali, berdiri tegak semula.
13. Pergerakan Bukan lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Memusing
ii.         Nama pergerakan : Ular melilit pokok

Gambar Pergerakan

    
    

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri dalam keadaan sedia.
ii.            Lompat setempat sambil kaki diangkat paras pinggang bergilir-gilir. Kaki kiri diangkat,tangan kanan memusingkan kain di bawah kaki kiri.
iii.           Sambut kain tersebut menggunakan tangan kiri dan angkat pula kaki kanan dan pusingkan kain di antara kaki kanan menggunakan tangan kiri.
iv.           Pusingan kain tersebut akan menjadi seperti Figure 8 jika dilakukan dalam keadaan laju.




14. Pergerakan Lokomotor (Sketel)
i.          Jenis pergerakan : Do-Si-Do
ii.         Nama pergerakan : Si monyet riang

Gambar Pergerakan

 

  

 

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri dalam keadaan bersedia.
ii.            Letak tangan di pinggang, bukakan kaki sedikit.
iii.           Buat gerakan do-si-do, angkat kaki kanan kemudian turunkan kaki kanan
iv.           Angkat kaki kiri dan turunkan kaki kiri
v.            Buat gerakan berputar di antara sketel.







15. Pergerakan Bukan lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Membongkok
ii.         Nama pergerakan : Kucing mandi

Gambar Pergerakan

   

   

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak dalam keadaan bersedia
ii.            Bukakan kaki seluas bahu. Buat  pergerakan tangan berputar-putar di hadapan pada paras dada.
iii.           Bongkokkan badan ke bawah.
iv.           Buat gaya seperti mengelap kasut di kiri dan kanan.
v.            Berdiri semula sambil menjulang kain tinggi di atas.
vi.           Bongkok semula untuk membuat aksi mengelap lantai di bahagian tengah.

16. Pergerakan Lokomotor (papan anjal)
i.          Jenis pergerakan : Melonjak (Hop)
ii.         Nama pergerakan : Kangaru hop

Gambar Pergerakan

    

    

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri dalam keadaan bersedia
ii.            Pusing kedua-dua tangan di paras dada
iii.           Sedia untuk melonjak. Angkat kaki kanan. Lonjak beberapa kali sehingga atas papan anjal.
iv.           Di atas papan anjal buat lonjakan agak tinggi.
v.            Mendarat dan serap daya.
vi.           Badan dalam keadaan merengkuk.


17. Pergerakan Bukan lokomotor (lombol)
i.          Jenis pergerakan : Merengkuk
ii.         Nama pergerakan : Beruang bersantai

Gambar Pergerakan

    

    

Prosedur Pergerakan

i.              Naik di atas lombol kayu.
ii.            Duduk dalam keadaan bersedia.
iii.           Regangkan tubuh dengan menbaringkan tubuh di atas lombol dan lentikkan sedikit.
iv.           Angkat kaki perlahan-lahan. Imbangkan badan.
v.            Merengkuk dengan menarik lutut dekat ke arah perut dengan menggunakan kain.
vi.           Akhir sekali duduk sedia dan turun dari lombol kayu.


18. Pergerakan Lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Melompat
ii.         Nama pergerakan : Katak melompat

Gambar Pergerakan

    

    

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri dalam keadaan bersedia.
ii.            Bengkokkan badan.
iii.           Duduk mencangkung. Bersedia untuk melompat.
iv.           Tolak daya di kaki ke hadapan dan lompat.
v.            Serap daya dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
vi.           Berdiri tegak semula.
vii.           


19. & 20. Pergerakan Bukan lokomotor
i.          Jenis pergerakan : Rebah dan Bangkit
ii.         Nama pergerakan : Tidur-tidur ayam

Gambar Pergerakan

    

    

Prosedur Pergerakan

i.              Berdiri tegak dalam keadaan bersedia. Angkat tangan ke atas.
ii.            Rebah ke lantai dalam kadar perlahan. Baring menghadap atas.
iii.           Bangkit semula perlahan-lahan. Berdiri dan tangan ke atas.
iv.           Ulang perlakuan rebah dalam kadar perlahan dan tamatkan perlakuan dengan mendepakan tangan di tepi.



10.2.1          Pelan kedudukan ujian amali Pergerakan Asas.

10.3      Senarai peralatan berat

i.              Bangku panjang
 




ii.            Tilam





iii.           Peti lombol

                                                      



iv.           Skitel besar





v.            Papan anjal



10.4      Senarai alatan tangan

i.              Lembut dan berombak
-       Kain
o   ukuran : 30cmX30cm
o   Jenis kain : kain lembut


11.0      Rumusan


Pergerakan merupakan rutin harian yang sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Manusia akan mengalami masalah untuk melakukan pergerakan dengan betul sekiranya tidak diperbetulkan sejak dari mula lagi. Selain itu, pergerakan juga mampu menguatkan sendi-sendi badan. melancarkan perjalanan darahdan membakar kalori dalam badan. justeru, kertas kerja ini dicipta atas dasar tersebut dan diubahsuai dengan mengambil kira beberapa faktor seperti umur dan penggunaan alatan. Secara asasnya, terdapat beberapa pergerakan umum namun begitu, di dalam tugasan ini, tumpuan diberikan kepada pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam masa yang sama, kemahiran manipulasi alatan turut dijadikan unsur di dalam pergerakan ini.
Oleh itu, murid secara tidak langsung akan dapat mempelajari dan mencipta pergerakan yang kreatif dan pelbagai serta dapat mengaplikasikan pelbagai peralatan. Selain itu, pemupukan nilai kerjasan dan toleransi turut dibentuk semasa melakuakn aktiviti ini. Kesimpulannya, melalui aktiviti pergerakan asas yang telah dirancang ini, ia secara langsung membawa kepada pembentukan insan secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta pengamalan gaya hidup sihat melalui amalan pergerakan-pergerakan asas

BIBLIOGRAFI


Wee Eng Hoe. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.


Ammar (1 Oktober 2011).  Amali Pergerakan Asas. Retrieves from Ammar140907 Vlog : http://www.youtube.com/watch?v=WCaFZvapNhc

Jimmy Lin (10 Mac 2012).  Badminton Footwork by Jimmy Lin, Part 1C : Chasse. . Retrieves from Thejym Vlog : http://www.youtube.com/watch?v=LT_37c6hsow



No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers