Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 12, 2015

LAPORAN PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO DAN POSTER (MINGGU MUHAMMADIAH)

LAPORAN PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO DAN POSTER
SEMPENA MINGGU MUHAMMADIAH
2012

1 Mac 2012
Pada 1 Mac 2012, Lajnah Publisiti dan Multimedia telah mengadakan mesyuarat bagi persediaan untuk Pertandingan Mencipta Video dan Poster Sempena Minggu Muhammadiah. Mesyuarat tersebut diketuai oleh saudara Umar Qayuum Bin Mohd Luai. Tugas bagi setiap bahagian telah diagihkan. Berikut merupakan jadual pembahagian tugas setiap ahli lajnah yang terlibat.
Perkara
Nama Bertugas
Menghebahkan semua pertandingan
Zahariah / Afifah
Menghebahkan pertandingan multimedia
Sharif Mohd Farid
Pendaftaran peserta
Umar Qayum
Menghantar surat perlantikan hakim
Amalina / Azmalina
Borang markah
Umar Qayum
Video Penutupan
Farah / Farhan
Laporan akhir
Dayang Nurshafiqa
Kumpul poster dan video
Nazatul Azila
Mengambil Gambar
Firdaus

Sebelum tarikh pertandingan, ahli lajnah yang terlibat telah melaksanakan tugas masing-masing bagi memastikan pertandingan berjalan dengan lancar. Poster dan iklan telah disebarluaskan melalui jaringan Facebook dan dilekat di sekitar IPG Kampus Kent. Tarikh bagi Pertandingan Mencipta Video dan Poster ini ialah 27 Februari hingga 23 Mac 2012.

27 Februari 2012 – 23 Mac 2012
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada pelatih IPG Kampus Kent Tuaran. Pertandingan ini bertemakan “Pengalaman Sunnah Nabi Muhammad SAW”.
Bagi pertandingan mencipta poster, terdapat 6 penyertaan daripada pelatih IPG Kampus Kent. Peserta yang mengikut pertandingan ini ialah Hafeez Shafeek , Muhammad Irham bin Tokijoh, Sharif Mohd Farid Bin Sharif Basa dan Farah Binti Jasni (3 penyertaan).
Bagi pertandingan mencipta video pula, terdapat 3 penyertaan daripada pelatih IPG Kampus Kent. Peserta yang mengikuti pertandingan ini ialah Mohd Noor Syazwan Bin Japlus, Noramalina Mohamad Arbi, Ini Kali lah dan Pismp BM (SJKC) 2012.  Setiap persembahan video adalah tidak lebih daripada 7 minit.
Tarikh akhir bagi pertandingan ini telah dianjakkan lagi kepada 29 Mac 2012 bagi membuka peluang kepada mana-mana guru pelatih yang masih berminat untuk menyertai pertandingan ini.

30 Mac 2012
                Pada 30 Mac 2012 merupakan penutupan bagi minggu Muhammadiah. Pertandingan Mencipta Video dan Poster ini telah dihakimi oleh En Sawari. Pemenang bagi pertandingan mencipta video dan poster adalah seperti berikut.
Keputusan Pemenang
Nama Pemenang
Pertandingan Persembahan Video
Tempat Pertama
Mohd Noor Syazwan Bin Japlus
Tempat Kedua
Noramalina Mohamad Arbi
Tempat Ketiga
Ini Kali Lah
Pertandingan Mencipta Poster
Tempat Pertama
Hafeez Shafeek
Tempat Kedua
Farah Jasni
Tempat Ketiga
Muhammad Irham bin Tokijoh

*Rujuk lampiran untuk gambar poster


Disediakan Oleh

,
_________________________
(DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD)
SETIAUSAHA LAJNAH PENERBITAN & MULTIMEDIA




No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers