Klik Me ! ! !

Followers

Monday, October 5, 2015

PROJEK MEMPROMOSIKAN WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA (SARAWAK)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SONG,
96850 SONG , SARAWAK .


LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT
 







TEMA : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA


TAJUK PROJEK : MEMPROMOSIKAN  WARISAN  BUDAYA MALAYSIA



                       Nama Murid  : Dayang Nurshafiqa
                       Tingkatan      : 5 Ekonomi
                       Nama Guru   : En. Steven Gara







( DAYANG NURSHAFIQA )                                                 ( EN.STEVEN GARA )



Senarai kandungan

Bil.   Kandungan                                                     Halaman

1.     Pengenalan  ________________________________               

2.     Objektif Projek  ____________________________              

3.     Lokasi Projek  ______________________________              

4.     Sasaran Projek  _____________________________              

5.     Strategi Pelaksanaan Projek  _________________            

6.     Langkah-langkah Pelaksanaan Projek  ________              -

7.     Tempoh Pelaksanaan Projek _________________             

8.     Masalah Pelaksanaan Projek   ________________           

9.     Kos Pelaksanaan Projek    ____________________            

10.  Dapatan Projek    ____________________________            

11.   Rumusan dan Kesimpulan   ___________________          

12.  Rujukan   ____________________________________          

13.   Lampiran   ___________________________________            -



Pengenalan

Saya Dayang Nurshafiqa murid Tingkatan 5 Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Song, Sarawak. Saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Liyana, Lavinia dan Rini telah menjalankan projek Khidmat Masyarakat yang bertajuk “Mempromosikan Warisan Budaya Malaysia”. Projek ini telah dibuat dalam bentuk risalah ( brochure ).
       Kami memilih tajuk tersebut kerana ingin memperkenalkan warisan budaya yang terdapat di Malaysia, lantas ingin mempromosikan produk pelancongan yang baru. Secara tidak langsung, promosi kami ini dapat meluaskan lagi pengetahuan orang ramai tentang tempat menarik yang mempunyai warisan budaya di Malaysia. Di dalam projek ini, kami telah memperkenalkan pusat pelancongan di sebuah petempatan bagi kaum Ibah di Sarawak. Maka, dengan ini akan dapat membantu pihak pusat pelancongan tersebut mendapat kunjungan dari para pelancong yang berminat mengenali budaya masyarakat Iban di Sarawak.
       Projek yang kami usahakan ini bertujuan menarik minat pelancong dari dalam dan luar Negara.Hal ini juga dapat mengekalkan budaya warisan bangsa di Malaysia. Jelasnya,tanpa mengira bidang apa-apa pun yang diceburi,rakyat Malaysia wajar menunjukkan semangat cinta kepada Negara.
  

Objektif Projek

Antara objektif projek ini termasuklah untuk :

(a)         mempromosikan produk pelancongan   yang baru,
(b)        Menarik pelancong dari dalam dan luar negara,
(c)         mengekalkan seni warisan dan kepelbagaian budaya Malaysia.


Lokasi Projek

Kami telah menjalankan projek ini dengan cara mendapatkan maklumat melalui internet di Pusat Sumber sekolah. Selain itu,kami juga menemu ramah Pengurus Homestay tersebut, Encik Lulut di Rumah Lulut,Kapit. Sementara itu, soal jawab dengan anak pengurus iaitu Cik Jane dilakukan melalui e-mel.
Kami juga telah pergi ke Lulut Homestay untuk melihat aktiviti dan kegiatan yang dijalankan disana.
      Projek yang telah siap adalah dalam bentuk risalah dan dihantar kepada guru matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk disemak.



Sasaran Projek

Sasaran bagi projek yang kami jalankan ini ialah pelancong dari dalam dan luar negara. Projek ini mensasarkan lebih banyak jumlah pelancong dan bertujuan mengembangkan lagi industri pelancongan di Malaysia.


Strategi Pelaksanaan Projek
Persediaan Awal
o    Sebelum memulakan projek ini,kami telah berjumpa sebanyak dua kali untuk berbincang tentang pelbagai perkara yang berkaitan. Akhirnya kami telah mencapai keputusan seperti berikut :
a)            memutuskan untuk mengumpulkan maklumat tentang homestay yang terdapat di Sarawak. Homestay yang telah menjadi pilihan kami ialah Lulut Homestay yang terletak di Kapit dan berada tidak jauh dari lokasi persekolahan kami.
b) Mengenalpasti individu yang terlibat ,iaitu :
-      Encik Lulut Ak Ngala (Ketua Rumah Lulut / Tuai rumah)
-      Cik Jane Ak Lulut ( Pengusaha Lulut Homestay )
-      Beberapa orang penduduk rumah Lulut
c)mendapatkan surat makluman daripada pihak sekolah   untuk ibu bapa
d)            mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalankan projek berkenaan.
e)            Mendapatkan surat pengenalan diri daripada pihak sekolah untuk melaksanakan projek ini. (Lampiran B)
f)            Menyediakan surat untuk memohon kebenaran individu terbabit agar ditemu bual. (Lampiran C)
g) Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan untuk :
-          mendapatkan semua surat kebenaran
-          menyediakan surat permohonan dan untuk temu bual dan mengeposnya
-          menghubungi pihak yang ingin ditemu bual
-          menemu bual individu yang terbabit
-          mencari maklumat melalui internet, akhbar, majalah, buku dan jurnal
h)            menentukan reka bentuk risalah (brochure) homestay tersebut.



Langkah – langkah pelaksanaan projek

a)    Pada 1 April 2009,perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk berbincang tentang tugas dan perkara-perkara yang akan dilakukan.

b)   Mulai 3 April hingga 5 April 2009, kami mendapatkan surat makluman daripada pihak sekolah untuk disampaikan kepada ibu bapa dan kemudiannya mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa. Seterusnya, kami menghubungi pihak yang berkenaan untuk memberitahu mereka tentang projek yang kami jalankan dan seterusnya meminta kerjasama mereka untuk ditemu bual. Saya telah menghubungi Encik Lulut beberapa kali dan akhirnya pada kali keempat barulah saya dapat bercakap dengan beliau. Kemudian secara rasminya saya menghantar surat permohonan kepada Encik Lulut untuk menemu bual beliau. Tarikh temu bual ditetapkan oleh beliau sendiri iaitu pada 3 Mei 2009.

c)    Pada 6 Mei hingga 10 Mei 2009, kami mula mencari maklumat melalui internet, akhbar dan jurnal tentang lokasi projek yang kami pilih. Dalam hal ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mencari maklumat dan mengumpulkan maklumat tentang Lulut Homestay. Ahli yang lain turut diberi tanggungjawab seperti yang berikut :

- Rini ak Jacob mencari dan mengumpul maklumat   tentang Encik Lulut ak Ngala dan Cik Jane ak Lulut.
- Lavinia ak Munyan mencari dan mengumpul maklumat  tentang kegiatan dan aktiviti yang dijalankan di Lulut Homestay.
-  Liyana ak Jaong mencari maklumat tentang asal usul Lulut Homestay.

d)   Mulai 15 Mei hingga 29 Mei 2009, sesi temu bual dijalankan mengikut tarikh dan tempat yang telah ditentukan. Saya telah pergi ke Lulut Homestay pada 27 Mei 2009. Saya mengumpulkan segala maklumat yang terdapat di Lulut Homestay.

e)    Pada 30 Mei hingga 2 Jun 2009 2009, setiap ahli kumpulan yang lain diberi masa untuk merumuskan dan menyusun bahan serta maklumat yang diperolehi.

f)    Pada 3 Jun 2009, kami telah bertemu dengan membawa bahan dan maklumat masing-masing. Dalam masa 2 jam 30 minit, kami telah berbincang tentang reka bentuk risalah dan susun atur bahan serta maklumat dalam risalah.

g)    Pada 5 Jun 2009, tugas menghasilkan risalah         ( brochure ) Lulut Homestay telah siap sepenuhnya



Tempoh pelaksanaan projek

Kerja projek dimulakan pada 1 April 2009 yang bermula dengan sesi perbincangan selama 1 jam selepas waktu sekolah. Selepas itu, kami mula melaksanakan tugas untuk mendapatkan surat kebenaran dan surat permohonan untuk temu bual. Selain itu, dalam tempoh 6 Mei hingga 10 Mei 2009, kami mencari maklumat melalui internet, surat khabar, dan jurnal tentang lokasi dan kawasan projek kami dengan peruntukan masa 1 jam sehari. Sesi temu bual dengan pihak berkaitan bermula antara 15 Mei hingga 29 Mei 2009 dengan peruntukan masa selama 1 jam 30 minit. Masa yang selebihnya, iaitu 2 jam 30 minit,kami gunakan untuk menyusun reka bentuk risalah serta memilih gambar dan maklumat yang sesuai untuk dimasukkan dalam risalh berkenaan sehinggalah tugasan selesai. Semuanya memakan masa selama 1o jam.


Masalah ketika pelaksanaan projek

Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan projek ini. Pertamanya, kami sukar menghubungi pihak yang terbabit kerana kesibukkan mereka dengan tugas masing-masing. Selain itu, kami lambat mendapat maklum balas daripada pihak yang terbabit untuk ditemu bual. Begitu juga dengan soalan-soalan yang dihantarmelalui e-mail kepada Encik Lulut dan Cik Jane,yang telah memakan masa yang lama untuk dijawab kerana sibuk dengan urusan masing-masing.
        
          Masalah seterusnya yang kami hadapi ialah kekangan masa. Misalnya apabila telah ditentukan hari dan masa untuk sesi temu bual, tiba-tiba temu bual itu terpaksa dibatalkan kerana pihak yang terbabit mempunyai urusan lain yang lebih penting dan tidak dapat dielakkan. Malah beberapa kali sesi temu bual terpaksa ditunda kerana masa yang ditentukan kurang sesuai. Kami tidak boleh menjalankan sesi temu bual pada hari persekolahan dan berpeluang melakukannya hanya pada hari Sabtu dan Ahad.

         Malangnya, hari Sabtu dan Ahad pula merupakan hari paling sibuk bagi mereka yang terbabit . namun,kami bersyukur kerana berkat kesabaran kami, akhirnya kami berjaya juga mengadakan dan menyelesaikan sesi temu bual tersebut dan memperoleh maklumat yang diperlukan.


Kos pelaksanaan projek

Projek yang kami jalankan hanya melibatkan kos untuk menghasilkan risalah (brochure ) dan kos untuk pergi ke lokasi projek. Kos tersebut tidaklah begitu tinggi.
       
          Kos ini termasuk juga kos memproses semua gambar yang berkaitan yang diambil sebelum dan semasa melaksanakan projek. Kami telah berkongsi untuk menampung kos tersebut.

          Bagi kos untuk pergi ke lokasi projek pula, memakan jumlah RM80.00 untuk tambang bot ekspress pergi dan balik. Setiap seorang menggunakan tambang sebanyak RM20. Manakala kos bagi makan dan minum pula berjumlah RM40.00.

        Kami bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sanggup menghantar dan mengambil kami ke lokasi-lokasi tertentu seperti pejabat individu terbabit untuk sesi temu bual.
         Dalam pada itu,kerjasama pihak sekolah kerana membenarkan kami menggunakan internet di makmal komputer secara percuma menyebabkan kami tidak perlu mengeluarkan wang.


Dapatan projek

a. Latar belakang syarikat

         Syarikat pelancongan ini telah ditubuhkan di bawah Syarikat Dwie.Sdn.Bhd. Sarawak. Syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 2006. Lulut Homestay merupakan pusat pelancongan yang ke-4 yang telah diusahakan oleh syarikat ini. Sebelum mencapai kejayaan dan keuntungan, pelbagai cabaran dan halangan yang telah dihadapi. Oleh kerana kami telah bergandingan bahu dan berkerjasama untuk menjayakan syarikat ini, maka syarikat ini berkembang dengan majunya.
        Justeru itu, kami berusaha memelihara dan memulihara warisan budaya di Malaysia supaya dapat dikekalkan dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Kami telah merancang, mengumpul dan mengedar bahan dan informasi seni dan budaya masyarakat iban.
        Pelbagai khidmat nasihat,bantuan kepakaran dan kewangan yang telah dikeluarkan bagi menjayakan projek ini.


b) - Matlamat Projek

       Sesiapa sahaja yang menjalankan usaha-usaha untuk mempromosikan warisan budaya secara formal atau tidak formal sama ada di dalam atau di luar Negara boleh dianggap sebagai duta kecil. Mereka mungkin terdiri daripada golongan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara,  pekerja, para belia atau orang perseorangan. Mereka akan mempromosikan budaya warisan budaya Malaysia dengan cara :
 +    mempamerkan dan mengamalkan cara hidup masyarakat Malaysia.
 + memperagakan pakaian kebangsaan dan pakaian tradisional.
 + memperkenalkan warisan budaya Malaysia melalui persembahan kebudayaan seperti tarian, nyanyian dan makanan.
+     memberikan maklumat yang tepat tentang Malaysia.


  - Objektif Kajian

ü Menerangkan cara-cara mempromosikan warisan budaya
ü Melibatkan diri dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia
ü Membentuk jati diri bangsa Malaysia
ü Mewariskan budaya kepada generasi muda
ü Memperkenalkan budaya bangsa kepada orang ramai.

c) Rancangan Syarikat Pada Masa Hadapan

Ø Terus mengekalkan warisan budaya Malaysia
Ø Mengadakan program mendekati rakyat
Ø Mengadakan kempen warisan budaya
Ø Pertandingan permainan tradisional
Ø Mendokumentasikan dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan tentang seni,budaya dan warisan.


d) Sebab kenapa Syarikat Memilih Produk tersebut.
vKami ingin memelihara dan memulihara warisan kebudayaan supaya dapat dikekalkan sehingga generasi akan dating.
vSyarikat tersebut di lokasi yang sedang membangun
vSyarikat tersebut dapat memperkenalkan kawasan luar Bandar yang sedang dimajukan.



Rumusan dan kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek Khidmat Masyarakat ini telah dapat dijalankan dengan sempurna sehingga berjaya menghasilkan risalah  “mempromosikan warisan budaya Malaysia”.

         Diharapkan dengan adanya risalah Lulut Homestay ini para pelancong terutamanya dari dalam Negara mendapat maklumat tentang tempat-tempat yang mempunyai warisan budaya. Seterusnya diharapkan rakyat Malaysia dapat mengekalkan warisan budaya bangsa Malaysia.
     
         Kami dapat menghayati erti kesabaran dan semangat setia kawan dalam menjayakan projek ini,terutamanya dalam menghadapi situasi yang sukar seperti sesi tamu bual yang beberapa kali terpaksa ditangguhkan. Semangat dan dorongan daripada ahli-ahli kumpulan telah membulatkan tekad  kami untuk meneruskan projek ini sehingga berjaya.


      Secara peribadi,saya juga berasa bertuah kerana berpeluang mengetahui banyak tentang warisan budaya kaum iban melalui projek ini.
     
     Kesimpulannya,melalui pelaksanaan projek ini, saya dan ahli kumpulan beroleh kesedaran bahawa Khidmat Masyarakat dapat dijadikan suatu amalan yang sungguh murni. Sebagai contoh, melalui projek yang kami usahakan ini,kami dapat menyebarkan maklumat tentang tempat yang masih mengekalkan warisan budaya serta mempromosikan tempat pelancongan baru ini. Rata-rata memuji kesungguhan kami dalam menghasilkan risalah tersebut. Ada juga murid yang menjadikan risalah tersebut sebagai rujukan mereka.
     
rujukan

1.            Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
             Tingkatan 4 dan 5.
-kami telah dibekalkan dengan buku teks Pendidikan     Sivik dan Kewarganegaraan di dalam sukatan matapelajaran tingkatan lima.
-manakala buku teks tingkatan empat pula dipinjam daripada murid dari kelas tingkatan empat.

2.             Pengusaha dan pengurus Lulut Homestay
-kami telah menemu bual pengusaha dan pengurus homestay ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

3.              Internet
-kami telah melayari laman web bagi mendapatkan maklumat tentang ‘Lulut Homestay’.
-kami telah melayari laman web  www.luluthomestay.com

4.             surat khabar
-kami telah memperoleh maklumat daripada surat khabar Utusan Borneo yang bertarikh 3 Januari 2009.



Lampiran

Lampiran A (Gambar)

    

     

   

     



Lampiran B

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

Tajuk Projek:Mempromosikan Warisan Budaya Malaysia

Jawatankuasa
Bidang Tugas
Pengerusi :
Dayang Nurshafiqa Binti Abg Ahmad
- mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa.
- mewakili jawatankuasa membuat perbincangan dengan guru penasihat.
Naib Pengerusi :
Liyana Anak Jaong
- mengambil alih tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
- membantu tugas pengerusi.
Setiausaha :
Lavinia Anak Muyan
- menguruskan surat menyurat
- Mencatatkan minit mesyuarat.
- membuat laporan.
Bendahari :
Rini Anak Jacob
- menguruskan hal kewangan.
- menyediakan rekod penggunaan wang.


Lampiran C

SURAT PENGENALAN DIRI MURID

Rujukan Kami: SMKS 02/03/004
Rujukan Tuan:

Sekolah Menengah Kebangsaan Song,
96850 Song,
Kapit, Sarawak.


Kepada,
Sesiapa yang berkenaan.                       3 APRIL 2009                                                        

Tuan/Puan,

Projek Khidmat Masyarakat

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2.   Pembawa surat ini, Dayang Nurshafiqa (NO. K.P:920108-13-6244) adalah murid Tingkatan Lima Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsan Song, Sarawak. Murid ini sedang menjalankan projek Khidmat Masyarakat untuk memenuhi syarat

Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Tingkatan 4.

3.    kerjasama Tuan/Puan dalam membantu murid tersebut dalam menjayakan projek Khidmat Masyarakat didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,



…………………………
(WONG NGIE KING)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Song,
96850 Song,Kapit,
Sarawak



Lampiran D

SURAT PERMOHONAN UNTUK MENEMU BUAL

Sekolah Menengah Kebangsaan Song,
96850 Song,
Kapit, Sarawak.
_______________________________________

Encik Lulut Ak Ngala
P.O.Box 81
Lulut Homestay,
27690 Sungai Tisa,
Kapit, Sarawak.                                   4 APRIL 2009.                                                                                 

Tuan,
Permohonan Untuk Mengadakan Sesi Temu Bual

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas .
2.    Saya, Dayang Nurshafiqa bt Abg Hmad adalah murid tingkatan 5 Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Song. Saya sedang menjalankan projek Khidmat Masyarakat bagi memenuhi kehendak mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, tingkatan lima. Tajuk projek tersebut adalah “Mempromosikan Warisan Budaya Malaysia".


3.   Sehubungan dengan itu, kumpulan saya telah memilih Lulut Homestay sebagai lokasi projek kami.  Tujuan kami memilih Lulut Homestay ialah untuk mempromosikan pusat pelancongan baru yang terdapat di Bahagian Kapit ini. Oleh itu, besarlah harapan saya agar Tuan sudi untuk ditemu bual.

4.   Diharapkan Tuan dapat menentukan tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk sesi tamu bual tersebut. Cuma saya berharap agar masa yang dipilih adalah selepas jam 1.00 petang kerana saya bersekolah pada sesi pagi. Saya juga tidak keberatan jika Tuan ingin ditemu bual pada hari Sabtu atau Ahad.

Mudah – mudahan permohonan saya ini dipersetujui. Atas pertimbangan dan kerjasama Tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang benar,                                                      Disahkan oleh,     
                                                      
……………………..………                                              ……………………..……………                                        
(DAYANG NURSHAFIQA)                              (WONG NGIE KING)                                                                                                                                               
                                                                            Pengetua,                                                                                               
                                             Sek. Men. Keb. Song.
                                                                           Kapit.                                                



Lampiran F         


Contoh Penghasilan Risalah ‘Lulut Homestay’

a)


b)



No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers