Klik Me ! ! !

Followers

Saturday, July 19, 2014

TRAGEDI MH17 MENYUSUL MH370

Tragedi MH17 Menyusul MH370


Assalamualaikum.

Sedang kita menunggu satu keajaiban berlaku iaitu kemunculan MH370, tiba-tiba satu tragedi menyusul pula. 2 planes in a year? Besar sungguh dugaan buat rakyat Malaysia. Tapi, Allah lebih mengetahui.

Pada 17 Julai 2014, MH17 telah ditembak bersama 280 orang penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.



Hari ini, Perdana Menteri Malaysia mengesahkan pesawat itu ditembak dan penerbangannya berakhir di lokasi pesawat itu terhempas setelah ditembak. Pihak yang menembak pesawat itu menyangka bahawa pesawat itu merupakan pesawat pengangkutan yang telah diberi amaran untuk tidak muncul di langit negeri itu.

Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di lokasi berkenaan. Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:


■ Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
■ Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
■ Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
■ Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
■ Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
■ Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
■ Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
■ Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
■ Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
■ Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
■ Tidak diketahui : 39 orang
■ Jumlah warga Malaysia 35
■ Jumlah Penumpang : 280 orang
■ Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
■ Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)


Nama Juruterbang Pramugara, Pramugari MAS :

1. Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
2. Kapten Choo Jin Leong Eugene
3. Ahmad Hakimi Bin Hanafi
4. Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
5. Mohd Ghafar Bin Abu Bakar
6. Dora Shahila Bin Kassim
7. Azrina Binti Yakob
8. Lee Hui Pin
9. Mastura Binti Mustapa
10. Chong Yee Pheng
11. Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood
12. Sanjid Singh Sandhu
13. Hamfazlin Sham
14. Nur Shazana binti Mohamed Salleh
15. Angeline Premila Rajandaran

Semoga ahli keluarga mangsa tabah mendengar berita ini. Hanya Dia yang tahu apa hikmah di sebalik ujian-ujian yang diturunkan kepada kita semua.




#Mohon agar gambar mangsa yg terhempas tidak disebarkan sbgi mjaga sensitiviti kaum, agama dan individu lain.
#al-fatihah -_-

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers