1.0 Definisi
Rubrik merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Hal ini adalah untuk satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar di atas kertas, projek, esei dan tugasan lain. Standard rubrik membolehkan kita menilai berdasarkan kriteria tertentu dan membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan telus.
Rubrik adalah usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten. Hal ini membolehkan guru dan pelajar sama-sama menentukan tahap kriteria yang rumit dan subjektif dan memberikan landasan untuk penilaian diri, refleksi dan rakan sebaya. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian yang tepat dan adil. Selain itu, rubrik dapat membantu guru menjimatkan masa dalam menilai dan memberi markah kepada pelajar.
Rubrik biasanya mempunyai 2 bahagian iaitu senarai kriteria tugas dan tahap pencapaian kriteria. Setiap kriteria di dalam rubrik merupakan acuan prestasi sehingga dijadikan asas untuk menilai respons pelajar. Rubrik mempunyai skala pemeringkatan. berbeza dengan skala penilaian yang pemeringkatannya hanya berupa kedudukan sangat kurang, sangap baik, cukup, sempurna. Kaedah rubrik mempunyai kelebihan iaitu pemeringkatan kriteria dalam bentuk keterangan yang terperinci.
Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga bersifat khusu atau hanya berlaku untuk situasi tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat disajikan dalam bentuk Holistik rubric. Rubrik holistik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria. selain itu, terdapat juga analytic rubric. Rubrik analitik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan. Dengan menggunakan rubrik ini, kita dapat menganalisis kelemahan atau kelebihan siswa.
Rubrik biasanya mempunyai 2 bahagian iaitu senarai kriteria tugas dan tahap pencapaian kriteria. Setiap kriteria di dalam rubrik merupakan acuan prestasi sehingga dijadikan asas untuk menilai respons pelajar. Rubrik mempunyai skala pemeringkatan. berbeza dengan skala penilaian yang pemeringkatannya hanya berupa kedudukan sangat kurang, sangap baik, cukup, sempurna. Kaedah rubrik mempunyai kelebihan iaitu pemeringkatan kriteria dalam bentuk keterangan yang terperinci.
Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga bersifat khusu atau hanya berlaku untuk situasi tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat disajikan dalam bentuk Holistik rubric. Rubrik holistik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria. selain itu, terdapat juga analytic rubric. Rubrik analitik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan. Dengan menggunakan rubrik ini, kita dapat menganalisis kelemahan atau kelebihan siswa.
Contoh rubrik holistik :
Skor
|
Deskripsi
|
4
|
Respons terhadap tugas sangat spesifik. Informasi yang diberikan akurat dan memperlihatkan pemahaman yang utuh. Respons dikemukakan dalam suatu tulisan yang lancar dan hidup. Jawaban singkat dan langsung pada masalah yang diminta serta kesimpulan dan pendapat mengalir secara logis. Secara menyeluruh, respons lengkap dan memuaskan.
|
3
|
Respons sudah menjawab tugas yang diberikan. Informasi yang diberikan akurat. Respons dikemukakan dalam tulisan yang lancar tapi uraian cenderung brtele-tele.
|
2
|
Respons kurang memuaskan. Walaupun informasi yang diberikan akurat tetapi tidak ada kesimpulan dan pendapat serta kurang logis.
|
1
|
Respons tidak menjawab tugas yang diberikan. Banyak informasi yang hilang dan tidak akurat. Tidak ada kesimpulan atau pendapat.
|
Contoh rubrik analitik :
Skor
|
Grafik
|
Spesifikasi
|
Rasional
|
4
|
Gambar dan pertelaan tentang grafik yang disajikan benar
|
Semua spesifikasi yang diberikan benar
|
Rasio yang diberikan jelas.
|
3
|
Sebagian terbesar gambar dan pertelaan yang diberikan benar
|
Semua spesifikasi yang diberikan benar
|
Penjelasan diberikan, tetapi msih membutuhkan hambatan
|
2
|
Beberapa gambar dan pertelaan yang disaji benar
|
Hanya sebagian spesifikasi yang benar
|
Rasional yang diberikan tidak lengkap
|
1
|
Gambar dan pertelaan yang diberikan sangat terbatas dan hanya sedikit yang benar
|
Spesifikasi yang diberikan salah
|
Rasional yang diberikan tidak benar
|
2.0 Tujuan
Penilaian rubrik digunakan untuk menilai dengan lebih terperinci tentang prestasi pelajar. Guru-guru dan pelajar akan mendapat penunjuk atau rujukan yang jelas mengenai prestasi pelajar. Rubrik pula diharapkan dapat menjadi pendorong kepada pelajar dalam proses pembelajaran.
Menurut Anonymous (2006), rubrik ialah panduan penilaian untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan sejumlah julat kriteria. Rubrik merupakan perkakas penilaian bagi menilai dan mengukur tahap prestasi pelajar. Contohnya, kriteria yang sama mestilah digunakan untuk mengadili penerbitan penulis dan penulisan pelajar. Walaupun kriteria yang sama dipertimbangkan, namun jangkaannya mestilah berubah-ubah mengikut tahap kepakaran masing-masing.
Rubrik yang juga dijadikan sebagai panduan kerja untuk pelajar dan pengajar, selalunya diedarkan sebelum tugasan bermula untuk membolehkan pelajar berfikir mengenai kriteria yang akan diadili bagi kerjanya. Oleh itu, rubrik menambahkan lagi kualiti kerja berbanding dengan arahan terus.
Ramai pakar percaya bahawa rubrik dapat memperbaiki hasil kerja pelajar dan seterusnya berupaya menambah baik proses pembelajaran. Apabila pengajar menilai kertas kerja atau projek, secara tidak langsung mereka tahu apa yang menyebabkan projek tersebut cemerlang, baik atau lemah. Sebagai pelajar sekiranya rubrik diberikan terlebih dahulu, pemahaman tentang cara penilaian akan dibuat membolehkan persediaan yang baik dilakukan
Rubrik selain berperan dalam penilaian juga berperan dalam pembelajaran. Rubrik dikatakan dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pembelajaran, kerana rubrik mengandungi kriteria keberhasilan pencapaian pelajar hasil daripada pembelajaran. Berdasarkan konsep penilaian bahwa penilaian bukan hanya hak guru tetapi juga merupakan hak pelajar. Maka guru perlu membahaskan rubrik dengan para pelajar sebelum mereka memulai tugas. Rubrik dapat dipajangkan pada papan pajangan atau dibagikan kepada siswa. Jika guru dan siswa telah menyepakati rubrik penilaian, maka rubrik dapat pula membantu memfokuskanproses belajar-mengajar melalui penekanan pada kriteria yang harus dipenuhi siswa.
Selain itu, rubrik dapat membantu guru menetapkan standardkelulusan, misalnya guru menentukan minimal skor 3 dari tiap kriteria sebagai standard kelulusan. Sekiranya ada pelajar yang mendapatkan skor kurang dari 3, guru tidak perlu mengajarkan kembali semua konsep tetapi hanya konsep dalam kriteria yang tidak dikuasai saja yang harus diajarkan kembali.
Di damping itu, rubrik menjadi kriteria penilaian diri pelajar. Dengan melihat kriteria penilaian dalam rubrik, pelajar dapat mengetahui perkara yang menjadi tuntutan hasil belajar yang harus dicapai dalam kompetensi tersebut. Kejelasan tuntutan belajar ini dapat mendorong kemajuan siswa. Hal ini juga membantu pelajar menilai sendiri tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh mereka dalam setiap kriteria yang dinilai. Hal in bermakna, pelajar dapat menganalisis sendiri data pencapaian mereka. Sekiranya mendapat skor rendah, pelajar dapat bermuhasabah dan memperbaiki semula kelemahan serta memperkemas pengetahuan yang sedia ada.
3.0 Kelebihan dan Kekurangan
Kelebihan
Salah satu kelebihan utama menggunakan rubrik adalah rubrik memberi gambaran yang jelas untuk setiap penilaian yang dibuat. Dengan menggunakan rubrik, guru mampumengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek-aspek sesuatu projek. Sepanjang tempoh pelajar mengikuti rubrik, mereka tidak akan keliru dengan apa yang diharapkan daripada mereka. Hal ini akan mengurangkan tekanan baik bagi pelajar mahupun guru. Pemahaman lebih mendalam tentang harapan juga boleh menyebabkan peningkatan kualiti pelajar lebih tinggi.
Kelebihan lain menggunakan rubrik ialah dapat meringankan beban guru dengan mengurangkan masa penilaian yang harus disediakan oleh mereka. Walaupun disiplin ilmu seperti English High School mungkin mempunyai lebih daripada beberapa sistem penilaian, semua disiplin dan kelas tersebut terpaksa berhadapan dengan tekanan dalam menanda kertas contohnya ujian ataupun peperiksaan. Rubrik membantu dalam memfokuskan perhatian guru terhadap aspek tertentu yang ada dalam rubrik, yang mana dapat membantu guru memendekkan masa penilaian pelajar.
Selain itu, kriteria-kriteria yang ada pada rubrik menggambarkan prestasi pelajar yang sebenar. Melalui penilaian rubrik, pelajar dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam sesuatu aspek, bidang atau subjek yang mereka pelajari dengan lebih jelas dan terperinci. Oleh itu, pelajar dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam diri. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pelajar ke tahap yang lebih cemerlang. Rubrik juga memberi gambaran jelas kepada guru untuk setiap penilaian yang dibuat. Jadi, guru dapat mengenal pasti kelemahan pelajar seterusnya membantu pelajar memperkemas aspek-aspek yang perlu diberi penekanan.
Kelemahan
Salah satu kelemahan rubrik ialah penilaian terhadap pelajar kadangkala tidak tepat. Hal ini kerana, penilaian yang dibuat adalah berbeza-beza dari segi tempat, suasana dan aspek. Faktor inilah yang mendorong sama ada pelajar mendapat skor cemerlang ataupun lemah. Jadi, penilaian yang diperoleh tidak boleh dipercayai sepenuhnya disebabkan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi penilaian tersebut.
Kelemahan rubrik seterusnya ialah tahap pengaplikasian pelajar adalah terhad berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria yang ditetapkan ialah tajuk, isu dan bahasa. Pengetahuan pelajar kadangkala terbatas dalam sesetengah aspek jadi, pelajar mungkin mendapat skor yang rendah dalam penilaian. Walau bagaimanapun, kesimpulan tidak boleh dibuat berdasarkan penilaian rubrik yang tidak memandang kepada aspek dan kriteria yang sering bertukar dan berbeza-beza.
ANEKDOT
1.0 Definisi Anekdot
Anekdot adalah sebuah cerita singkat dan lucu atau menarik tentang kejadian atau orang sebenarnya. Anekdot selalu disajikan berdasarkan pada kejadian nyata melibatkan orang-orang yang sebenarnya. Namun seiring waktu, modifikasi pada saat penceritaan kembali dapat mengubah sebuah anekdot tertentu menjadi sebuah fiksi, sesuatu yang diceritakan kembali. Anekdot bukanlah lelucon, kerana tujuan utamanya adalah tidak hanya membangkitkan tawa, tetapi untuk mengungkapkan suatu kebenaran yang lebih umum daripada kisah singkat itu sendiri, atau untuk melukiskan suatu sifat karakter yang sedemikian ringan sehingga ia menghentak dalam kiasan pemahaman dari hakikatnya
Rekod anekdot pula bermaksud satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik untuk direkodkan. Satu bentuk laporan yang mengandungi catatan tepat dan terperinci mengenai seseorang murid yang sedang dalam pemerhatian guru pembimbing.
Rekod anekdot juga boleh didefinisikan juga sebagai penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, dan peristiwa yang berlaku. Guru dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu murid itu.
Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa yang singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru memahami murid berkenaan dengan lebih jelas.
2.0 Tujuan Rekod anekdot dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Tujuan rekod anekdot dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetahui tahap pembangunan literasi kanak-kanak. Tujuan rekod anekdot juga untuk membantu guru untuk :
I. Mengesan keberkesanan pengajaran
II. Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid
III. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
IV. Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan
V. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid
VI. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
VII. Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
VIII. Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan
Selain itu, tujuan rekod anekdot adalah untuk merekod aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan StandardPrestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian.
Panduan Menulis Rekod :
· Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
· Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.
· Menulis apa yang dilihat secara objektif
· Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid.
· Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
· Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
· Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
· Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan.
Contoh 1
Nama Murid : Fatin Nadia bt. Abdul
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 20 Februari 2010
Masa : 10.00 pagi
Nama Guru : Puan Puziah Ano bt Muhamad
Item : Kebolehan membaca
Catatan
|
Ulasan
|
Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Fatin menarik tangan Ani, Munah dan Siti ke Pusat Bahasa untuk mencari buku. Fatin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya .Fatin ajak kawan-kawanya dengar cerita yang dia baca. Fatin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Cikgu Rusnani. Ani, Munah dan Siti mendengar dengan penuh minat. Fatin tanya kawannya sedap tak cerita yang dibaca. “Hei, Fatin kau dah boleh baca?” Tanya Siti. Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Fatin senyum.
|
Fatin tidak berminat terhadap buku tetapi selepas sesi bacaan
dengan guru, Fatin sudah mula berminat dengan buku.
Fatin cuba membaca walaupun masih belum mengenal
semua huruf.
Cadangan
Fatin perlu dirangsang melalui pujian untuk membolehkannya membaca dengan baik.
|
Contoh 2
Nama : Munzir Shamsudin
Kelas : Prasekolah Sayang
Tarikh: 26 Mac 2010
Nama Guru : Puan Ummu Izzah bt. Bohari
Peristiwa yang diperhatikan: Munzir mengambil lego Ali. Ali menengking dan memukulnya.
Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan
Contoh 3
Nama Murid : Zarina
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 18 Julai 2010
Masa : 8.30 pagi
Nama Guru : Puan Hon
Item : Kemahiran Sosial
Catatan
|
Ulasan
|
Zarina bermain pasir bersama kawan-kawan lain di tempat main pasir. Aiman merampas penyedok pasir yang sedang digunakan oleh Zarina. Zarina berkata dengan suara kuat: “Ini saya punya!” Zarina terus ambil balik penyodok pasir daripada Aiman. Aiman nampak terkejut tetapi biar sahaja.
|
Zarina pendiam, kebiasaannya dia tidak melawan walaupun diganggu oleh rakannya. Zarina cuma akan menanggis bersendiri jika barangnya diambil oleh kawannya. Ini merupakan kali pertama dia memperjuangkan hak dirinya. Peristiwa ini merupakan satu permulaan yang baik, dia telah mula bertindak untuk melindungi hak dirinya.
|
Disamping itu, maklum balas hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja berbentuk pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus maklum balas ialah kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh memperbaikinya dan apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui maklum balas yang merujuk kepada standard dan kriteria, murid-murid dapat mengetahui apa yang patut dicapai, dan sejauh mana mereka telah berjaya mencapai standard dan kriteria ditetapkan dalam penguasaan sesuatu konstruk (pengetahuan, kemahiran dan nilai). Murid boleh meneliti dan menilai kerja masing-masing. Mereka akan rasa dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui maklum balas, murid lebih jelas tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan mereka akan lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.
3.0 Kebaikan dan Keburukan Rekod Anekdot
3.1 Kebaikan rekod anekdot
· Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod anekdot ini.
· Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup). Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
· Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkanya kemudian.
· Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang perlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain.
3.2 Keburukan rekod anekdot
· Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja
· Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam.
· Kejadian mungkin berlaku di luar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah.
· Sukar dikodkan atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.
4.0 Kesimpulan anekdot
Secara keseluruhannya, Rekod Anekdot merupakan satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Rekod Anekdot ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk catatan rekod ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
4.0 Cadangan Aktiviti
BAHASA MELAYU
Tugasan: Debat
Arahan:
1) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar.
2) Setiap kumpulan diberikan tajuk berkaitan isu semasa. Tajuk yang diberikan adalah berbeza bagi setiap kumpulan.
3) Dalam setiap kumpulan, 2 orang pelajar dikehendaki menyokong tajuk yang diberikan manakala 2 orang lagi diminta membangkang tajuk berkenaan.
4) Setiap pelajar diberi masa 15 minit untuk menyuarakan pendapat serta idea masing-masing.
Setiap pelajar akan dinilai dari pelbagai aspek. Antara aspek-aspek yang akan dinilai ialah:
a) Kelancaran
b) Tatabahasa
c) Kosa kata
d) Pemahaman
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
| |
Tatabahasa |
5
|
□
|
Tidak ada atau sedikit kesalahan tata bahasa
|
4
|
□
|
Kadang-kadang membuat kesalahan tata bahasa tetapi tidak mempengaruhi makna
| |
3
|
□
|
Sering membuat kesalahan tata bahasa yang mempengaruhi makna
| |
2
|
□
|
Banyak kesalahan tata bahasa yang menghambat makna dan sering menata ulang kalimat
| |
1
|
□
|
Kesalahan tata bahasa begitu parah sehingga sulit difahami
|
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
| |
Kosa Kata |
5
|
□
|
Menggunakan kosa kata dan ungkapan seperti penutur asli
|
4
|
□
|
Kadang-kadang menggunakan kosa kata yang tidak tepat
| |
3
|
□
|
Sering menggunakan kosa kata yang tidak tepat, percakapan menjadi terbatas karena keterbatasan kosa kata
| |
2
|
□
|
Menggunakan kosa kata secara salah dan kosa kata terbatas sehingga sulit difahami
| |
1
|
□
|
Kosa kata sangat terbatas sehingga percakapan tidak mungkin terjadi
|
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
| |
Pemahaman |
5
|
□
|
Memahami semua tanpa mengalami kesulitan
|
4
|
□
|
Memahami hampir semuanya, walau ada pengulangan pada bagian tertentu
| |
3
|
□
|
Memahami sebahagian besar apa yang dikatakan bila bicara agak diperlambat walau ada pengulangan
| |
2
|
□
|
Susah mengikuti apa yang dikatakan.
| |
1
|
□
|
Tidak bisa memahami walaupun percakapan sederhana
|
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
| |
Kelancaran |
5
|
□
|
Lancar seperti penutur asli
|
4
|
□
|
Kelancaran tampak sedikit terganggu oleh masalah bahasa
| |
3
|
□
|
Kelancaran agak banyak terganggu oleh masalah bahasa
| |
2
|
□
|
Sering ragu-ragu dan terhenti karena keterbatasan bahasa
| |
1
|
□
|
Bicara terputus-putus dan terhenti sehingga percakapan tidak mungkin terjadi
|
Beberapa hal positif yang dapat kami ambil dari penggunaan rubrik dalam sistem penilaian yang melibatkan pelajar ini ialah:
a) Para peserta menjadi pelajar aktif
b) Para peserta memperoleh pengetahuan tambahan
c) Para peserta dapat menilai prestasi kelompoknya sendiri.
d) Guru dan peserta memperoleh alat refleksi yang efektif tentang proses pembelajaran yang telah berlangsung.
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang kumpulan kami jalankan, kami mendapati bahawa rubrik adalah sebuah sistem penilaian yang sangat efektif dalam menilai prestasi pelajar di atas kertas, projek, esei, dan tugas lain. Ia juga membantu para guru untuk membuat pemarkahan dengan lebih mudah, lebih telus dan ia juga menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten. Rubrik juga membantu pelajar menjadi pengukur kepada diri sendiri dan pekerjaan orang lain serta dapat menjimatkan masa guru daripada menghabiskan masa untuk menilai kerja pelajar. Merujuk kepada contoh rubrik yang kami ambil, ia menunjukkan bahawa untuk menggunakan rubrik, ia perlu disesuaikan dengan kriteria pelajar tersebut ataupun sesiapa sahaja yang ingin kita nilai. Sebagai contoh, jika kita sebagai guru ingin menilai kriteria para pelajar kita, kita menggunakan rubrik yang sesuai supaya dapatan yang diperoleh itu sahih dan konsisten. Rubrik yang digunakan di IPT dan di sekolah menggunakan pendekatan yang begitu berbeza kerana ia mengikut kaedah tempat pengajian itu sendiri.
Bibliografi
Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row.
Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril.
Kelemahan dan kekurangan Rekod Anekdot dilayari pada 1 Mei 2013 di URL
Kelebihan dan kekurangan rubrik dilayari pada 2 Mei 2013 di URL
Kepentingan rubrik dilayari pada 24 April 2013
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Penilaian rubrik dilayari pada 2 Mei 2013
Rekod Anekdot dilayari pada 2 Mei 2013 di URL
Rekod Anekdot dilayari pada 2 Mei 2013 di URL
No comments:
Post a Comment