Klik Me ! ! !

Followers

Thursday, July 17, 2014

SEGALANYA DI HUJUNG JARI ~ SHOPPING N CLICK

Hari demi hari, barangan dengan mudah boleh didapati secara online mahupun di dalam ataupun di luar negara. Buku, baju, barangan elektronik, sebut sahaja, sudah ada di jual secara online. Barangkali yang masih belum terjual secara online di negara ini adalah daging mentah atau sayur-sayuran hehe. Jom bincang, kenapa harini ini lebih bagus jika kita membeli barangan secara online.
  • Jimat Masa – Tak dinafikan, banyak masa kita jimat dengan membeli barang secara online. Kalau kita ke shopping complex atau kedai untuk membeli barang, ia memakan masa kita untuk ke sana. Dengan pembelian secara online, kita tidak lagi perlu membuang ‘emas’ kita. Kita dah jimat masa kita.
online shopping
  • Jimat Wang – Selain dari jimat masa, kita juga boleh jimat wang. Kita jimat minyak atau kos transportasi untuk ke tempat membeli barangan yang kita ingin beli. Selain dari itu, barangan yang dijual secara online kalau di lihat dengan teliti, adalah jauh lebih murah berbanding yang ada di tempat tempat yang menjual barang tersebut. Bukan sahaja murah, untung-untung kita dapat diskaun lagi dengan pembelian yang kita buat.
  • Banyak Pilihan – Selain dari kita jimat wang dan masa, kita punya banyak pilihan dari segi produk yang kita ingin beli secara online. Kita ambil contoh, di Zalora Malaysia hari ini, terdapat pelbagai jenis fashion dari pelbagai jenis jenama terkenal yang di tawarkan di laman web tersebut. Bukan sahaja kita ditawarkan banyak pilihan, malahan penghantaran di seluruh negara juga adalah percuma. Jadi kita rugi atau kita untung di situ? Ok, jangan jerit kalau setuju!!!
  • Pembayaran Mudah – Kita tidak lagi perlu ke mesin ATM untuk cash out jumlah yang kita perlukan untuk membuat pembayaran keatas sesuatu pebelian, dengan pembelian barang secara on9, pembayaran sangat mudah semudah ABC. Banyak laman web eCommerce harini menyediakan perkhidamatan pembayaran mudah kepada pelanggan mereka. Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan perbankan internet bank pilihan mereka, menggunakan mastercard / visa card, bank transfer, atau boleh juga secara cash on delivery. Mudah bukan? Satu lagi kelebihan pembelian barang secara online yang kita mungkin tak tidak perasan pada hari ini.
  • Mudah membuat perbandingan mana yang terbaik – Dengan adanya eCommerce, harini lebih mudah untuk kita membuat perbandingan produk yang ingin kita beli dari segi harga dan spesifikasi sebelum membeli barang tersebut. Berbeza dengan kaedah tradisional iaitu ke kedai untuk membeli barang yang dikehendaki, kita mungkin akan hadapi banyak kesukaran untuk membuat perbandingan sebelum memberi kata putus untuk membeli barangan yang kita inginkan.
Add to chart
Banyak lagi rasanya point yang kita boleh huraikan mengenai kelebihan membeli barangan secara online pada hari ini. Tetapi den rasa, 5 point yang di sebutkan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang pembelian barangan secara online harini adalah sesuatu yang bagus untuk di praktikkan.
Sebelum ni..pengalaman saya membeli secara online alhamdulillah semuanya selamat sampai di tangan saya. Antara laman online yang pernah saya gunakan untuk shopping termasuklah :
 1.  Lazada
 2. Amazon
 3. ebay
 4. Lelong
 5. + kedai2 online facebook yang sangat diminati ramai pada zaman ini..


# saya juga penjual online untuk baju, dress, jubah, skirt dan baju kurung. 
# saya juga wat bisnes Phytoscience secara online n f2f. <3
# lawat laman sosial bisnes saya di facebook saya di sini 


2 comments:

  1. Tulaaa. sekarang dah macam malas nk pergi mall semua. hahaha. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. hehe....in deed..ramai yg guna online shopping je skrg..senang..hehe

    ReplyDelete

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers