Alhamdulillah,
Disini saya ingin berkongsi pengalaman melalui pembelian online di online store yang terkenal iaitu eBay, Lelong dan Amazon. Saya mula berjinak-jinak dengan membeli secara online sejak 4 tahun yang lepas. Faktor utama ialah MALAS untuk ke kedai, ingin mendapatkan banyak pilihan dan harga yang lebih murah dari pasaran. Terdapat juga di kalangan rakan-rakan saya yang agak skeptik dengan pembelian online kerana takut tertipu. Mereka ini golongan konvensional yang lebih suka memandu kereta, mencari tempat parking, membayar tempat parking, berjalan-jalan di sekitar kompleks membeli belah dan akhirnya membeli barang yang diingini.
Saya yakin membeli secara online adalah lebih murah dan mudah. Walaupun terdapat isu risiko ditipu dan waranti barang yang dibeli, untuk meminimumkan kerugian hendaklah mengetahui sedikit maklumat kaedah dan tips-tips membeli secara online.
Disini saya ringkaskan tips membeli secara online agar dapat dikurangkan penipuan:
- Membeli dari peniaga yang SAH: peniaga yang sah berdaftar dengan SSM, mempunyai nama syarikat yang sah seperti ABC Enterprise / Sdn Bhd, mempunyai nombor pendaftaran.
- Apabila melakukan transaksi, hendaklah no akaun bank yang diberi adalah atas nama SYARIKAT bukannya atas nama akaun persendirian.
- Elakkan membeli barang yang ‘TOO GOOD TO BE TRUE’ terutama yang menawarkan harga murah untuk barangan branded seperti : iphone berharga RM500, laptop sony baru berharga RM800 dan sebagainya.
- Lihat RATING penjual: mudah dilihat dalam eBay, Amazon dan Lelong
- Alexa dan Google Page Rank: walaupun tidak spesifik, tetapi jika ranking website bagus dan google page rank bagus, biasanya kurang penipuan berlaku
- Jika membeli melalui website ecommerce, pastikan terdapat certificate security (boleh dilihat dalam browser), simbol kunci seperti maybank, bankislam dan lain-lain
- Beli barang yang murah sahaja melalui online. Jangan beli barangan branded secara online. Jika tertipu, tidaklah rugi sangat. Barangan murah seperti aksesori komputer, dakwat printer, kalkulator.
Antara kelebihan membeli secara online:
- Menjimatkan MASA , WANG dan TENAGA: tiada masalah parking, pembelian boleh dilakukan di luar waktu pejabat
- Semuanya dihujung jari sambil melakukan kerja-kerja lain
- Selamat dan mudah (jika dilakukan dengan teknik yang betul)
Akan tetapi terdapat kelemahan pembelian secara online:
- Hanya barang-barang yang tahan lama selain makanan sesuai di beli online.
- Mengambil masa yang lama untuk sampai terutama jika barang dibeli melalui Amazon dan eBay
- Gambar yang dilihat tidak sama dengan kualiti barang yang diterima. Ini adalah lumrah, kerana gambar akan diphotoshop sehingga cantik baru diletakkan dalam listing website
Apa beza eBay, Amazon dan Lelong?
eBay:
- Gedung membeli belah terbesar di dunia. Barangan yang famous ialah used item, tetapi barangan yang sangat kompetitif ialah barangan elektronik dan gajet.
- Kebanyakan barang elektronik adalah dari China.
- Kualiti barang: Jika murah biasanya adalah disebabkan unique item, used item dan barangan tidak berkualiti. Barangan berkualiti harganya mahal seperti di kedai.
- Nak membeli amat mudah, tetapi nak menjual agak susah.
- Hati-hati kerana terdapat banyak barangan ciplak (cetak rompak) terutama apabila barang tersebut ialah new item, murah (too good to be true).
- Amat lambat sampai ke Malaysia. Dua minggu adalah perkara biasa
- eBay malaysia: tak best untuk menjual, barangan harganya tidak menarik. Lebih baik membeli di Lelong
- Harga barang amat kompetitif. Peniaga yang besar sahaja boleh bersaing untuk menjual di sini kerana mereka boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari pesaing mereka.
Lelong.com.my
- Barangan yang seronok dibeli ialah gajet elektronik yang tidak berkualiti. Padanlah dengan harganya.
- Penghantaran: Sangat laju, beli hari ini, esok sudah sampai. Paling lambat pun 2 hari.
- Banyak barangan imitation (cetak rompak).
- Peniaga terdiri dari rakyat Malaysia.
Amazon
- Beli buku sahaja di sini.
- Buku-buku yang tidak didapati di Malaysia, dan harga yang murah boleh didapati terutama used book
- Selamat dan penghantaran juga agak cekap (ada kemudahan tracking).
- Tempat paling bagus untuk mendapatkan rating dan review sesuatu produk .
- Harga barangan lain tidak semurah di Lelong dan eBay.
Setakat ini masalah yang saya hadapi melalui pembelian online ialah: barang lambat sampai dan barang rosak / tidak berfungsi (barang elektronik dari china). Saya sudah tawar hati untuk membeli di ebay kerana kebanyakan peniaga adalah menggunakan sistem dropship, nak claim waranti / refund agak leceh. Sekarang saya lebih suka beralih membeli belah di Lelong.com.my. Bagi amazon, saya jadikan ia tempat untuk mendapatkan info feedback, rating dan review tentang sesutu produk dan buku. Amazon adalah gedung membeli buku terbaik (selain buku-buku Malaysia).
Alhamdulillah, saya suka membeli secara online, saya akan galakkan segala perkara dilakukan secara online. Senang dan mudah, tak payah keluar rumah.
No comments:
Post a Comment