Pengenalan
- Kandungan
KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari
bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
- Kedua-dua
kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Oleh itu,
penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
P & P dalam
aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap
insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson &
Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.
Ennis (1985,
1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara
logik.
Galotti (1989)
menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal
reasoning” dan “everyday reasoning”
Instrumen
Penilaian Dalam Aspek Kognitif
- Kebiasaannya
penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar
dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
- Pembinaan
item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran
yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)
Aras Kemahiran
Ujian Bertulis
Item objektif
atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang
kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.
Perhatikan
jadual di bawah:
Aras kemahiran dalam bidang
kognitif
|
Contoh soalan
|
1.Pengetahuan
Menguji kebolehan pelajar
mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang
telah dipelajari.
|
Nyatakan nilai yang berkaitan
dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.
|
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami,
menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah
dipelajari.
|
Huraikan maksud nilai
bertanggungjawab.
|
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar
menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran
untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
|
Arasu seorang pelajar yang jarang
menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada
orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya
diamalkan oleh Arasu.
|
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar
membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan
di antara satu sama lain.
|
Yang manakah pernyataan berikut
TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul?
|
5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar
mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea
yang berkaitan.
|
Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan
daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai ………………
|
6. Penilaian
Menguji kebolehan calon
membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi
pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
|
Di antara nilai-nilai yang
berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak
sifat kebersihan diri?
|
Panduan Menulis Ujian Bertulis
- Pokok
soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
- Pilihan
jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
- Struktur
item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan
Ujian Subjektif
- Ujian esei
- Pelajar
menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri
- Jawapan-
satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu
karangan
- Pelajar
bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan
sendiri
- Pemeriksa
memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria
pemarkahan)
Jenis-jenis soalan subjektif
- Jenis
respons terhad
- mengandungi
soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
- contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
- Jenis
respons lanjutan
- mengandungi
soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa
perenggan
- contoh:
Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah
dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Di bawah soalan
jenis respons terhad ada:
- Soalan
berstruktur
- satu siri
soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi
persatu
- jawapan
yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang
dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
- Soalan
berpandu
- mengandungi
penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan
lain-lain
- pelajar
menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis
gerak balas lanjutan
- soalan
jenis perbicaraan
- memberi
peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat
secara bertulis
- sangat
sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian
idea, induksi, imaginasi
- menilai
aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
- Contoh:
Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.
Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran
soalan subjektif
- Skop
jawapan soalan terlalu luas
- Soalan
yang menimbulkan perbalahan
- Kesukaran
soalan di luar kemampuan pelajar
- Soalan
terlalu mudah
- Soalan
yang kurang jelas
Panduan
menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
- Digubal
berdasarkan aspek penting – bahan P&P
- Istilah
dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
- Soalan
mesti spesifik dan berlandaskan nilai
- Ada ciri
keesahan-topik, aras kemahiran
- Ciri
keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan
- Ciri
kebolehpercayaan – wajib dijawab
No comments:
Post a Comment