Sekadar perkongsian. Kalau ada sebarang penambahbaikan ~ tinggalkan d ruangan komen d bawah atau email ke cikgucikdi@gmail.com. Terima Kasih.
Klik Me ! ! !
Followers
Wednesday, November 4, 2015
Tuesday, November 3, 2015
PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF
PEMBINAAN ITEM
ASPEK AFEKTIF (EMOSI)
PENGENALAN
- Penilaian
     afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang
     pelajar. 
- Misalnya
     penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah
     satu contoh penilaian afektif. 
- Kontras
     dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar. 
- Kontras
     dengan bidang psikomotor yang melibatkan ‘small muscles and large muscles
     skills’ 
David R.
Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif.
| 
Tahap  | 
Ciri-ciri  | 
| 
Penerimaan 
‘Receiving/Attending’  | 
 | 
| 
Bergerakbalas 
‘Responding’  | 
 | 
| 
Penilaian 
‘Valuing’   | 
 | 
| 
Pengurusan  | 
 | 
| 
Perwatakan berdasarkan nilai 
(Characterization by a value or
  value complex)  | 
 | 
PEMBINAAN ITEM
UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL
- Self-report
     assessment devices
 Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif pelajar.
- Inventori
     Likert 
- Likert
      (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan
      guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.
- Dalam
      Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam
      bentuk 5, 3 atau 2 pilihan.
- Contoh
      pilihan: Ya, Tidak
- Setuju,
      Kurang Setuju, Tidak Setuju
- Sangat Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju
KESIMPULAN
Secara umumnya,
penilaian Pendidikan Moral di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek
berikut:
- Tujuan
     penilaian 
- Skop
     penilaian 
- Pendekatan
     yang akan digunakan 
- Pelaksanaan
     
- Rekod 
- Pelaporan 
PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN DALAM ASPEK PSIKOMOTOR
Pembinaan
Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral)
Pengenalan
- Dalam
     penilaian tingkahlaku moral, pelajar dikehendaki melakukan sesuatu
     aktiviti atau perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari. 
- Penilai
     atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri
     pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan. 
- Dalam
     penilaian tingkahlaku moral, pelajar diberi satu ‘demanding task’
     dan dikehendaki respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk
     sesuatu produk. 
- Misalnya
     dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan. 
Senarai Sub-sub
Topik:
- Ciri-ciri
     penilaian tingkahlaku moral
- Ciri-ciri
     penilaian tingkahlaku yang lain
- Kepentingan
     penilaian tingkahlaku moral
- Pembinaan
     item penilaian tingkahlaku moral
- Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral
Ciri-ciri Penilaian Tingkahlaku Moral
Menurut
Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa
penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk
bidang ini. Ada pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk
penilaian tingkahlaku. Tetapai mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai
sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:
- Kriteria
     penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria) 
- Tingkahlaku
      pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria
- Misalnya
      untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan
      P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p.
- Standard
     berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality
     standards) 
- Kriteria
      yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti
      tingkahlaku pelajar.
- Kriteria
      yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik
      darjah.
- Judgmental
     appraisal 
- Dalam penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama untuk menilai seseorang pelajar.
Ciri-ciri Penilaian Tingkahlaku Yang Lain
- Kebanyakan
     advocate penilaian tingkahlaku mengatakan penilaian tingkahlaku perlu
     autentik dan melibatkan dunia sebenar. 
- the tasks
      should represent real-world rather than school-world kinds of problems.
- Penilai
     tingkahlaku menggunakan frasa ‘authentic assessment’  kerana
     penilaian sebegini memberi alternatif kepada penilaian secara tradisional.
 what’s “performance” to one educator may not qualify as “performance” to another
Kepentingan Penilaian Tingkahlaku Moral
- Mehren
     (1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana: 
- penilaian
      tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai
      peringkat perkembangan moral
- kesan
      dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran
      dari aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan. Proses ini
      lebih jelas dinilai melalui tingkahlaku.
- Pengaruh
      negatif penilaian konvensional. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai
      matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan
      etika.
Pembinaan Item Penilaian Tingkahlaku Moral
- Dua
     komponen perlu disediakan: 
- tugasan (task)
      yang perlu dilakukan oleh pelajar
- rubrik pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang menjalani penilaian tingkah laku moral
Faktor-faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Penilaian Tingkahlaku Moral
- Penilaian
     tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama 
- masa
      untuk menyediakan tugasan yang sesuai
- masa
      untuk menyediakan rubrik pemarkahan
- masa
      untuk menilai respon pelajar
MINERAL COFFEE ( 12 JAM TANPA REHAT!!! )
Assalamualaikum.
Alhamdulillah n syukur bile kita dgr feedback dri customer ttg mineral coffee yg awesome nie!!!
Sharing dri customer bizness partner..
Cerita beliau, kak linda nie amik mineral coffee pd 1 julai persamaan dengan 3 ramadhan. Sebelum nie kak linda dh thu byak info ttg produk superbrand kita nie..n beliau nk try mnum mineral coffee tuk sepanjang bulan puasa. Niat hnya ingin mncuba TAPI..... pd 7 julai bersamaan 9 ramadhan beliau bg feedback yg terbaik... beliau sgt berpuas hati sbb lebih bersemAngat, tak letih n dh turun cikit berat badan!!! Yg paling menarik hati sy ialah dri pukul 4pagi beliau bngun tuk sediakan juadah sahur n selepas tu x tido, x rehat smpai pukul 10 mlm bru beliau rehat...TAK ADA ISTILAH PENAT!!! Selain itu beliau berkongsi mineral coffee bersama anak2...pun dapat respond terbaik sepnjang berpuasa...ank2 tak letih.
Bestkan kita dgr kalau org disekeliling kita sihat n bertambah2 lagi sihat sejak amalkan mineral coffee nie..
Sya sertakan sekali feedback dri beliau melalui chatting...
BERMINAT ??
WHATSAPP 01119565318
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN
INSYAALLAH HARGA ISTIMEWA UNTUK PEMBACA CIKGUCIKDI...
PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN DALAM ASPEK KOGNITIF
Pengenalan
- Kandungan
     KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari
     bidang kognitif, afektif dan psikomotor. 
- Kedua-dua
     kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh
     dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari
     segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 
- Oleh itu,
     penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. 
P & P dalam
aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap
insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson &
Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.
Ennis (1985,
1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara
logik.
Galotti (1989)
menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal
reasoning” dan “everyday reasoning” 
Instrumen
Penilaian Dalam Aspek Kognitif
- Kebiasaannya
     penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar
     dalam aspek kognitif/pemikiran moral. 
- Pembinaan
     item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran
     yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)
     
Aras Kemahiran
Ujian Bertulis
Item objektif
atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang
kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom. 
Perhatikan
jadual di bawah: 
| 
Aras kemahiran dalam bidang
  kognitif  | 
Contoh soalan  | 
| 
1.Pengetahuan 
Menguji kebolehan pelajar
  mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang
  telah dipelajari.  | 
Nyatakan nilai yang berkaitan
  dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.  | 
| 
2. Kefahaman 
Menguji kebolehan murid memahami,
  menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah
  dipelajari. | 
Huraikan maksud nilai
  bertanggungjawab. | 
| 
3. Aplikasi 
Menguji kebolehan pelajar
  menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran
  untuk menyelesaikan  masalah yang berkaitan.  | 
Arasu seorang pelajar yang jarang
  menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada
  orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya
  diamalkan oleh Arasu. | 
| 
4. Analisis 
Menguji kebolehan pelajar
  membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan
  di antara satu sama lain. | 
Yang manakah pernyataan berikut
  TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul?  | 
| 
5. Sintesis 
Menguji kebolehan pelajar
  mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea
  yang berkaitan. | 
Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan
  daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai ……………… | 
| 
6. Penilaian 
Menguji kebolehan calon
  membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi
  pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
  sebagainya.  | 
Di antara nilai-nilai yang
  berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak
  sifat kebersihan diri? | 
Panduan Menulis Ujian Bertulis
- Pokok
     soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
- Pilihan
     jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
- Struktur
     item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan
Ujian Subjektif
- Ujian esei
     
- Pelajar
     menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri 
- Jawapan-
     satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu
     karangan 
- Pelajar
     bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan
     sendiri 
- Pemeriksa
     memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria
     pemarkahan) 
Jenis-jenis soalan subjektif
- Jenis
     respons terhad 
- mengandungi
      soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
- contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
- Jenis
     respons lanjutan 
- mengandungi
      soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa
      perenggan
- contoh:
      Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah
      dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Di bawah soalan
jenis respons terhad ada:
-  Soalan
     berstruktur 
- satu siri
      soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi
      persatu
- jawapan
      yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang
      dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
- Soalan
     berpandu 
- mengandungi
      penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan
      lain-lain
- pelajar
      menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis
gerak balas lanjutan
- soalan
     jenis perbicaraan 
- memberi
     peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat
     secara bertulis 
- sangat
     sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian
     idea, induksi, imaginasi 
- menilai
     aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian) 
- Contoh:
     Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia. 
 Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran
soalan subjektif
- Skop
     jawapan soalan terlalu luas 
- Soalan
     yang menimbulkan perbalahan 
- Kesukaran
     soalan di luar kemampuan pelajar 
- Soalan
     terlalu mudah 
- Soalan
     yang kurang jelas 
Panduan
menggubal soalan subjektif  bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
- Digubal
     berdasarkan aspek penting – bahan P&P 
- Istilah
     dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat 
- Soalan
     mesti spesifik dan berlandaskan nilai 
- Ada ciri
     keesahan-topik, aras kemahiran 
- Ciri
     keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan 
- Ciri
     kebolehpercayaan – wajib dijawab
CIRI-CIRI DAN PROSEDUR PENILAIAN DALAM BILIK DARJAH
Pengenalan:
- Aktiviti
     penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah  merupakan sebahagian
     proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 
- Penilaian
     dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan
     penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah. 
- Maklumat
     yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti
     pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid. 
Ciri-ciri
penilaian dalam bilik darjah:
- Menentukan
     sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai 
- Membantu
     guru mengubahsuaikan kaedah p&p  untuk membantu membaiki
     kelemahan pembelajaran murid. 
- Dijalankan
     secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek
     intelek, rohani, jasmani dan emosi. 
- Memastikan
     prinsip asas penilaian diikuti: 
- tujuan
      penilaian
- bidang
      yang dinilai
- calon
      yang hendak dinilai
- teknik
      yang akan digunakan dalam penilaian
Skop penilaian:
Memberi
gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:
- Bidang
     Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan
     perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan
     mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap
     tingkatan. 
- Bidang
     Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat,
     sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi
     menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam
     untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam
     masyarakat kita. 
- Bidang
     Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu
     perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai
     murni masyarakat Malaysia. 
Bentuk
penilaian dalam Bilik Darjah:
- Berbagai-bagai
     cara informal dan formal 
| 
Informal | 
Formal | 
| 
- pemerhatian - lisan - kuiz - soal jawab - perbincangan - penilaian kendiri | 
- ujian kertas pensil - laporan - tugasan - folio | 
PENILAIAN SEKOLAH
Konsep
Penilaian
- Guru
     memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
     pencapaian murid. 
- Guru
     menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
     instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat
     tindakan susulan. 
- Melalui
     aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara
     menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
     selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian
     di sekolah iaitu: 
- Penilaian
      Formatif 
- Penilaian
      Sumatif 
Penilaian
Formatif
- Penilaian
     dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Maklumat
     yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas
     tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. 
- Maka guru
     dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang
     murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 
- Guru juga
     boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek
     yang tidak dapat dinilai secara berpusat. 
Penilaian
Sumatif
- Penilaian
     sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir
     semester. 
- Penilaian
     ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid
     lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
- Penilaian
     secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
     Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Keputusan
     penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid
     di seluruh negara.
Objektif Penilaian
di Sekolah (Formatif dan Sumatif)
- Mengesan
     perkembangan murid secara menyeluruh 
- Mengenal
     pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari
     semasa ke semasa 
- Mengetahui
     keberkesanan pengajaran 
- Merancang
     dan mengubah suai pengajaran 
- Menjalankan
     tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta 
Kepentingan
Penilaian dalam Pendidikan Moral
- Penilaian
     yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi
     masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
     supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. 
- Kekuatan
     murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral
     dapat diperkukuh dan diperkayakan. 
- Melalui
     aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
     kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
     cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan
     dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan
     tingkah laku moral.
Subscribe to:
Comments (Atom)
 
 




