9.1: Hegemoni Barat Dan Globalisasi
PENGENALAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia. Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia. Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam
dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada
kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era
yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun,
kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan
Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat
terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi
ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada
permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.
Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat
ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk
menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan
yang paling dahsyat apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai
negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas
dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu
keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
KEMUNCULAN TAMADUN BARAT
Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).
Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamaduntamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri.
Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).
Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).
Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).
Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M
menyaksikan kemunculan kerajaankerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom.
Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang
pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu
usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara
Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib
(1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud Jerusalem
telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat kemajuan orang
Islam.
Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa
kepada munculnya zaman Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah
melahirkan nilai-nilai humanisme, individualisme, sekularisme yang
merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa
kepada perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti
England, Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai
Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan
ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam
perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada
Revolusi Sains.
Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi
Intelektual di mana masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan
berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England.
Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan
ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.
9.2: Krisis Alam Sekitar
Akta
Kualiti Alam Sekitar Malaysia(1974:1)
Alam sekitar bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi
kehidupan manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa,
faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial.
Ariffin
T.N (1987: 203)
Alam sekitar adalah sebagai ekosfera yang mengandungi
ekosistem-ekosistem yang saling berinteraksi. Ekosistem pula terdiri daripada
faktor-faktor biologi yang saling bergantung sesama sendiri antara faktor
biologi dan fizikal.
Odum 1971: 432
Pencemaran ialah perubahan yang tidak dikehendaki ke atas
ciri-ciri fizikal dan biologi daripada air, udara dan tanah yang mungkin atau
akan membahayakan manusia atau spesis-spesis yang lain, keadaan hidup dan nilai
kebudayaan atau yang mungkin membazirkan atau merosotkan sumber-sumber bahan
mentah.
Akta Kualiti Alam Sekitar (1974-:2-3)
Pencemaran ialah apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung
kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan merbahaya
kepada binatang, burung, binatang liar, ikan atau menyebabkan satu perlanggaran
terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen
yang dikeluarkan di abawah akta.
Norhibah Hasan Zawawi (1999:33-34)
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan pencemaran menghasilkan
sesuatu perubahan yang boleh mengancam alam sekitar. Pencemaran akan
menimbulkan kesan negatif kepada persekitaran terutama organisma hidup termasuk
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pencemaran yang paling ketara ialah udara, air dan
tanah.
JENIS-JENIS KRISIS ALAM SEKITAR.
Pencemaran Udara
Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas, titisan cecair atau
zarah dari bahan tertentu yang menyebabkan ruang atmosfera berubah dan membawa
kesan buruk kepada semua kehidupan. Antara punca pencemaran ialah pertambahan
bilangan kenderaan dan pertambahan kawasan industri berat.
Selain itu, pembakaran sampah dan asap rokok
juga boleh menyumbangkan kepada pencemaran terhadap udara persekitaran.
Pencemaran Air
Air meliputi 71% permukaan bumi, dari jumlah ini, 97% merupakan
air laut , 2% air salji, manakala 1% ialah air daratan yang kita gunakan untuk
kegunaan harian seperti industri dan pertanian.Sumber air yang 1 % ini harus
kita jaga supaya tidak tercemar.
Pencemaran air bermaksud berlakunya perubahan dari segi kandungan,
keadaan dan warna meliputi di sungai, laut dan tasik dan tidak sesuai dan
memberikan risiko kepada manusia dan hidupan lain. Antara punca pencemaran air
ialah sisa toksid, bahan buangan sampah, minyak dan najis serta penerokaan
melampau yang menyebabkan hakisan tanah.
Pencemaran Bunyi
Kebisingan didefinisikan sebgai bunyi yang keterlaluan dan bolah
memekakkan telinga. Secara saintifik pula kebisingan maksudnya sebarang bunyi
yang melebihi 80 dibesel (Db).
Klasifikasi pencemaran bunyi :
a)
Kebisingan Selanjar
b)
Kebisingan Fluktasi
c)
Kebisingan Impuls
d)
Kebisingan selang-seli
PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
Pandangan dan sikap manusia mengenai persoalan alam sekitar boleh
dilihat dalam tiga kategori yang utama :
- Dominasi (Domination)
- Kekhalifahan (Stewardship)
- Romantisisme (Romanticism / Deep
Ecology)
- Dominasi
(domination)
- Pandangan
ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi
memenuhi keperluan manusia.
- Alam
semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan.
Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan
tersendiri.
- Alam
merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia.
- Manusia
dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.
- Kekhalifahan (Stewardship)
- Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan
bukannya tuan punya alam ini.
- Manusia
bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya
secara sembarangan.
- Manusia dan alam
semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di
antara satu sama lain.
- Romantisisme (Romanticism
/ Deep Ecology)
- Pandangan
ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk
kehidupan.
- Spesies
hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu
dihormati haknya.
- Alam
semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci.
- Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam
merupakan entiti yang sama.
- Manusia
adalah sebahagian daripada alam.
PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
Prinsip-prinsip ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu: Tauhid,
Khalifah dan Amanah, Syariah, Keadilan dan kesederhanaan.
Tauhid
- Konsep tauhid merujuk
kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat
Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan,
pemikiran dan perasaannya.
- Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan
perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan
setimpal di hari akhirat.
- Konsep tauhid ini tidak terhad kepada persoalan
ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan
termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar.
- Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami
ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian
daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain
spesies yang mendiami bumi ini.
- Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah
untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya.
Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya
terhadap spesies-spesies lain.
- Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala
tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak.
- Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,
maksudnya, ‘Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga;
dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.’
Khalifah dan amanah
- Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini
dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan
harmoni.
- Alam bersifat teratur dan
boleh difahami. Ianya menjadi ‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami
hakikat kewujudan Allah s.w.t.
- Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54,
yang bermaksud: ‘Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan
dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari
langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis
dari tumbuhan yang bermacam-macam... Makanlah dan gembalakanlah
binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.’
- Manusia dipilih sebagai khalifah kerana
kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding
makhluk-makhluk lain.
- Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab
menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam
ini.
- Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada
manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan
dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.
- Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia
dalam menentukan kesudahan di hari akhirat.
- Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah
yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan setengah
kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh
menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat
seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.’
Syariah
- Syariah menggariskan asas etika dan norma serta
perundangan untuk menjadi panduan umat Islam.
- Syariah adalah berasaskan kepada ajaran
al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
- Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk
kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga
akhirat.
- Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan
tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan.
- Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan
kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini,
sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: ‘Dialah
yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di
antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha
Penyayang.’
Keadilan dan
Kesederhanaan
- Adil bermaksud meletakkan
sesuatu pada tempatnya.
- Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90
menyatakan bahawa: ‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku
adil dan berbuat kebajikan.’
- Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat
daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu
serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian.
- Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam
kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
- Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t.
tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini
tidaklah sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi
keperluan.
- Misalnya
dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian daripadanya
mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk
kalian makan’.
- Contoh
lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk
sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja
yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan.
- Selain
itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan
tidak membazir dalam penggunaan air.
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM
HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
Hubungan manusia
dan haiwan
Hubungan manusia
dan tumbuh-tumbuhan
Penggunaan dan
pemilikan tanah
1-
Hubungan manusia dan haiwan
- Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa
mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan.
- Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh
seseorang itu terhadap haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang
dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap
haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap
manusia.’
- Islam juga membenarkan manusia memelihara dan
menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan
kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda
dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan.
- Namun, setiap haiwan
peliharaan perlu diberikan haknya!
§ Jika haiwan perlu dibunuh atau
disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan
kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu.
2- Hubungan Manusia dan Tumbuh-tumbuhan
- Hadis Rasulullah s.a.w. : ‘Dunia ini
hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia
melihat apa yang kamu lakukan.’
- Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang
kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia
bercucuk tanam.
- Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32
menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud:
‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami
telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi
dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur
dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan
buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang
ternakmu.’
- Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan
kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh
Islam
- Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa
sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang
pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam.
- Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka
yang bercucuk tanam.
- Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan
menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat
ganjaran di akhirat.’
- Hadis : ‘Jika ada sesiapa yang menanam
sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau
burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai
satu kebajikan.’
- Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah
menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah.
- Amalan melindungi pokok-pokok ini juga
dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada
mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.
3- Penggunaan dan Pemilikan Tanah
- Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam
boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah
dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat),
tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan
secara kekal (hima).
- Tanah yang sudah dibangunkan atau amir
merujuk kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau
mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.
- Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah
yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam,
misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.
- Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada
secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan.
- Antara usaha yang boleh dilakukan untuk
menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali
telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah
sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, bercucuk tanam atau
membuat bangunan.
- Tanah dilindungi atau harim pula merujuk
kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang
dimajukan.
- Tujuan harim adalah untuk melindungi
sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan
laluan masuk ke kawasan tersebut.
- Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh
dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal.
- Secara umumnya, harim dan hima
mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau
tidak dibangunkan.
- Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh
individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh
kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam.
- Contoh harim adalah tanah di sekitar
perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan.
- Contoh hima pula adalah kawasan hutan
simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai
tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa peperangan.
- Pembahagian tanah tersebut dibuat secara
berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan.
- Selain itu persoalan
kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian.
- Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan
zon hima adalah dibuat secara adil.
- Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu
dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan
orang ramai.
- Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu
hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana
kepentingan awam adalah diutamakan.
9.3: Persepsi Jihad
PERSPEKTIF BARAT TERHADAP JIHAD
Jihad adalah satu konsep Agama Islam yang
murni. Ia merupakan satu cara bagaimana Agama Islam mampu dipertahankan
daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya, jihad kurang
difahami oleh masyarakat Barat.
Media barat memutarbelitkan pengertian jihad
dengan menggambarkan jihad dengan
keganasan dan pembunuhan. Pengertian ini lebih jelas
selepas Tragedi 11 September di New York serta beberapa siri pengeboman berani mati. Muncullah gerakan
seperti Jemaah Islamiah, Militan Malaysia dan Al-Maunah.
Umat Islam bertindak balas dengan kekerasan
yang perjuangan mereka
dipanggil jihad. Barat menjatuhkan Islam
dengan menjatuhkan kredibiliti pemimpin, meruntuhkan kestabilan
ekonomi serta memecah belahkan perpaduan negara-negara
Islam.
Masyarakat Barat juga tidak menerima
pemikiran Agama Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan
mengikut kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya).
Sebenarnya masyarakat Barat menganggap jihad
sebagai perbuataan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran
bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun. Pada pendapat
mereka, cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah melalui proses
perdamaian diplomasi. Ini berkait rapat dengan pemikiran sebahagian besar
masyarakat Barat bahawa sitsem demokrasi merupakan penyelesaian terbaik untuk
menyelesaikan masalah kumpulan manusia yang berbeza hidup dalam keadaan aman
bersama-sama. Pemikiran ini dapat dilihat daripada kesungguhan pihak Amiraka
Syarikat untuk mewujudkan satu sistem demokrasi di Iraq pada hari ini.
9.4: Etika dalam Sains
Azizan Bahrudin ( 1986 ) menyatakan bahawa bidang sains merupakan
cabang ilmu yang menjadi fitrah kepada manusia dan tidak tertakluk dengan
mana-mana agama tertentu. Namun begitu, apabila diperhatikan, banyak ayat
al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. menyentuh secara umum dan khusus
mengenai bidang sains ini.
Kegiatan sains dalam Tamadun Islam,seperti juga dalam
kegiatan-kegiatan hidup yang lain iaitu mestilah berpandu dan dibimbing oleh
al-Quran Hadith nabi Muhammad S.A.W.
Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia,Muhamad Abu
Zakaria al-razi, Bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintah oleh oleh khalifah
untuk membuat racun arsenik namun beliau menolak pelawaan khalifah tersebut
kerana arsenik boleh membunuh. Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza
antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk menjadikan sains dan teknologi
sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia
dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi.
Pendekatan kedua ialah pendekatan yang
menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan
kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar
manusia.
Ilmu sains Islam perlu dikaji sebagai satu
keseluruhan dan dan saling kaitan dengan benda lain. Ini kerana ciptaan Allah
merupakan satu kesatuan organik. Semasa kajian dan penyelidikan, pengkaji dan
sarjana Islam perlu insaf terhadap kekuasaan Allah yang menentukan sesuatu yang
berlaku. Mereka perlu lebih dekat kepada Allah dengan penemuan yang diperoleh
daripada kajian yang dilakukan.
Terdapat lima teras yang perlu diikuti dalam
etika sains mengikut Islam. Yang pertamanya adalah Tauhid Uluhiyyah. Tauhid
Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam
hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah s.w.t. dan kewujudannya bukan berlaku
secara kebetulan. Setiap yang
diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat.
Seterusnya adalah Tauhid Rububiyyah yang
merupakan elemen dalam etika sains mengikut perspektif Islam. Tauhid Rububiyyah
ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia
dan akan membimbing orang-orang yang beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam
usaha pembangunan, manusia harus menyedari bahawa mereka wajib berusaha dan juga mereka perlu berserah (berdoa) kepada
Tuhan untuk mencapai matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata (kadariyyah)
merupakan sifat yang tidak baik. Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah)
, iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia, dianggap tidak adil kepada
Penciptanya iaitu Allah.
Teras yang ketiga dalam etika sains adalah
khilafah. Manusia adalah khalifah atau
duta Allah di atas muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan
semua ciri-ciri kerohanian dan mental, dan juga sumber-sumber material, untuk
membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan berkesan. Dalam aspek tugasnya
sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk berfikir
dan memberi sebab, untuk memilih antara betul dan salah, adil dan tidak adil
untuk merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga perjalanan sejarah,
sekiranya dia mahu. Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan mulia
(al-Quran, 15:29,30:30 dan 95:4). Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan
bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan
bimbingan yang betul serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah
baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat
dalamannya, dan akan berasa tidak gembira serta
kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya.
Allah telah berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 29 yang bermaksud:
“Maka apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan kejadiannya, dan
telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya
dengan bersujud.”
Di dalam surah ar-Rum ayat 30 juga Allah telah berfirman yang
maksudnya:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah),
(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Dalam teras keempat dalam etika sains menurut islam adalah
Tazkiyyah An-Nafs. Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan pembersihan
jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia mampu
melaksanakan tanggungjawab yang telah
diberikan kepada mereka sebagai khalifah. Manusia merupakan agen perubahan dan
pembangunan. Maka amat sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul
daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk orang lain, bukan
semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengandungi unsur-unsur
akhlak dan moral. Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan setiap orang Islam
sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang tetap.
Etika sains dalam Islam yang terakhir adalah
Al-Falah. Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di mana
kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di dunia ini akan meyumbang kepada
kejayaan di akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan
peraturan Allah s.w.t. Maka dalam Islam tidak ada pertentangan antara
kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.
9.5 : Kesan perkembangan kontemporari kepada
masyarakat dan negara.
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan
terkuat pernah melanda dunia. Pengaruh gelombang ini sungguh besar dan luas
sehingga meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan
peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut
oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita
dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti
lagi.
Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang
berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu
globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini
sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum
pernah berlaku pada abad-abad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasi
terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan
yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan
diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama,
bangsa dan negara.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat.
Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita
perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya
kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita
baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi
yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang
menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa
sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh
negara-negara kecil, bukannya sekadar menguntungkan negara-negara maju.
SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
thanks. luv u cikgu
ReplyDelete