4.1-Pengenalan
Agama Islam menjadi asas utama dalam
pembentukan tamadun Melayu. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana
diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi
anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu. Dalam
perkembangaImya, tamadun Melayu semakin man tap dengan kedatangan Agama Islam
dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah
berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi
antara keduanya dalam tamadun Melayu.
Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku
proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat
dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan
kerohanian. Namun, masih ada unsurunsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang
masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai
aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.
4.2- Peranan Islam Dalam Pembinaan
Tamadun Malaysia
Islam Dalam Tamadun Melayu
Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah
secara damai dan sejahtera. Tidak terdapat bukti sejarah yang mengatakan
masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara paksa. Jika ada pun,
perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh
disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara
Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara (Majapahit) pada awal abad ke-16 M
(Hamka, 1965 : 488-493).
Islam datang ke Nusantara pad a awal abad 1 Hijrah
(kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 : 433-434). Islamisasi semakin pesat apabila
kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun
1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru
termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di
Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya, Kerajaan Aceh, Terengganu,
Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat
Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh
dan Johor-Riau yang secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari
pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan
agama. Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu
melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula
kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada 1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai
pada 1957 selain beberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami
kemerdekaan sebelum dan selepas itu.
Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi
bersama-sama kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen'
sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat
digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya; Sultan Alauddin
Riayat Syah (Sejarah Melayu (ed), 1948: 140) adalah seperti berikut:
”...hendaklah engkau berbuat sabar serta adil
sangat-sangat, dan jangan tamakkan
harta orang. Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau
kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah
engkau
periksa baik-baik. kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi.”
Wasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat
sebagai satu cara hidup.
4.3- Teori Kedatangan
Islam Ke Alam Melayu
Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang
kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan
negara India. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan
berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan
raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada
tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut:
Islam Datang
Dari Tanah Arab.
Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa Agama Islam itu dibawa
secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja
Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diIslamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh
Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab
yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).
Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah
perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui
pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh
orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak,
1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan
Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan
menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001:
165).
Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam
Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan
selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan
termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting.
Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti
perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti
kapur barus, kemenyan dan sebagainya.
Islam Datang Dari India.
Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck
Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan
penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat
ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada
tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan
di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada
persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat
masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan
bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Meperluas hubungan dua hala
itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh
pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).
Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu
nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu
nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka
bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau
bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui
perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya. Islam Datang Dari China.
Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada
zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton
menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256).
Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia
mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada
kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala
Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t
: 72). Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang
menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh).. Akibat peristiwa ini telah
menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang.
Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan
Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa
oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000:
256).
Bukti kedatangan Islam
dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang
Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran Agama
Islam lagi. Mereka
membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China.
Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan
antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam,
bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman
pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak,
1990 : 65).
4.4- Kesan, Pengaruh
Dan Peranan Islam Dalam Tamadun Melayu
Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar
terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam
kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak
didasari adat dan ajaran Agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun
Melayu adalah seperti berikut: Agama dan Kepercayaan.
Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap
akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah
meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya
kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan
soal persamaan tara£. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara
hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan
mereka.
Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang
agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan
termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan
adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda
mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan
atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam
yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang
menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).
Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada
mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa,
percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan
mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat
dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran
Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan
Nuzul al-Quran.
Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana
masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang
berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu
daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri
tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada
ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak
perubahan sebagaimana yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai
mencetuskan suatu zaman baru. Perubahan yang dibawa merupakan perubahan
menyeluruh berteraskan as as tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya
perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' Alam Melayu ini. Ledakan tauhid ini telah
meninggalkan zaman kehidupan t Hinduisme dan Buddhisme yang tiba pada abad ke-4
dan ke-5M, di mana perintah-perintah dan ajaran Islam itu diterima melalui
jenis-jenis aktiviti pendidikan yang formal (Azhar Hj. Md Aros, 2003 : 304). Agama
Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima
oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah reIa menerima Agama
Islam yang telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka
berusaha pula untuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan
sebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan penerimaan
dan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan
seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan
penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka
sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di
Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal
Abidin bin Abdul Wahid,
1992 : 29).
Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa
mengganggu masyarakat yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di
Alam Melayu berAgama Islam. Tauhid juga membuahkan kehidupan beribadah,
menghiasi akhlak serta mencetus perubahan lain dalam bidang politik, perundangan,
pendidikan dan sebagainya. Berasaskan konsep tauhid ini juga lahirlah hubungan
antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Pencipta.
Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama tidak dihapuskan
sama sekali. Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera di bawah:
(Samri Sainuddin, 2004 : 38)
”Kabul aku menawar ubat pontianak si anu, Kabul
Allah Kabul Muhammad, Kabul Baginda Rasulullah Kabul berkat guru La ila ha ilallah,
Muhammadar Rasulullah”
Mentera ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu
dalam perubatan. Ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Perubahan sosial
berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dan
masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang wujud dapat membuktikan hakikatnya.
Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah
menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua
manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah.
Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan
sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme (Abdullah
Ishak, 1990 : 133-134).
4.4.1- Pendidikan
Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan.
Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna
seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih
ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi
keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan
dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca
al-Quran dan kitabkitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan
penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Melalui sistem pengajian ilmu
tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulama Melayu yang menjadi
pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu
yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan
ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telah banyak
menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi
kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan
ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan
intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara
berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu
yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu
metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat (Rasid
Muhammad, 1996 : 140).
Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar
terhadap sistem pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan
berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat
penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempattempat lain yang digunakan
sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau.
Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang
dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitab-kitab utama yang
menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh
Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin
oleh al-Nawawi.
Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja
maka berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan
yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-sultan
terakhir sebelum 1511M, begitu mengambil berat tentang perkembangan pendidikan.
Pengajian Islam tidak sahaja berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan
surau-surau, bahkan juga di istana sultan. Ulama-ulama asing yang datang ke
Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya seperti Makhdum Syed Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar
Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lainlain bukan sahaja dijadikan sebagai
seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di
Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir (Abdullah Ishak, 1990 : 142).
4.4.2- Bahasa Dan
Kesusasteraan
Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam
bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada
awal abad ke-14 kedudukan Agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin
meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam di daerah ini
dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang
Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya,
bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang
dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu
daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang
tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman
moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan
Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu
menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan
setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui
sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila
digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan
pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar
persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian Agama Islam di
seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan
Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman
bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di
Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke
seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara
sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya
terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu,
bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu
berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa
Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh
pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa
Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam
Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah
mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai
taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari
bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu.
Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan
yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan
Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul,
Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi
dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh
sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah
Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan
kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu
bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah
daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab
serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga
mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat
al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid,
1992: 28).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa
perubahan dari sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut
kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek
pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk,
genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para sasterawan menghasilkan
karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi
turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu kalam, falsafah dan
sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan telah dipengaruhi
oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri.
Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah,
Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.
4.4.3- Perundangan
Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem
perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami
perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan
Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Agama
Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada
menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan
dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem
perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam.
Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai,
dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka
meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan
yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah
didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak
dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).
Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam
pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam
sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan
secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa
undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran
Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga
Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah
Islam dan lain-lain lagi.
Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang
induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah
tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam
perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan
Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasamya
berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum
adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar dengan perkataan-perkataan yang
terdapat di dalam undang-undang tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut
hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi
al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar". Terdapat juga undangundang yang
berhubung dengan jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang
berpandukan undang-undang Islam (Afifah Abu Yazid, 2003 : 41).
4.4.4- Politik Dan Pemerintahan
Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap
sistem politik. Contohnya, Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi
di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu
mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang
didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab
Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat.
Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan
peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan tersebar di
seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu t~lah
berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan
dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik
Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat
dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika
syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas
penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang
menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada
manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang
yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.
Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia
merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri
dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi.
Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan
kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar
tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha,
sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang
bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskfu semuanya
mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003: 54).
Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka
ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan
pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam Agama Islam dan
ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat
dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu
Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkahlangkah yang diambil
untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil termasuklah (Zulkefli Haron,
2005: 81):
(a) Penghulu
Bendahara mempastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan cukai
berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah.
(b) Bendahara
menjadi penasihat utama kepada sultan.
(c) Temenggung
dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan.
(d) Laksamana
dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera.
(e) Para
pembesar membantu sultan dalam pentadbiran.
(f) Syahbandar
menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing.
Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan
tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah
menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan
selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan,
Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka
mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar
berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit
dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang
kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3)
4.4.5- Sistem Kekeluargaan
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem
kekeluargaan masyarakat Melayu.
Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang billk,
III
beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agen
sosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turnt
dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan
utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi
anggota masyarakat yang baik. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan
Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan
adat sehinggalah mereka dewasa. Contohnya sebaik sahaja seseorang itu
dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan
bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya
kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat
Islam kepada bayi tersebut.
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga
memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang
kanak-kanak sejak kedl lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram dan
sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga'diajar
bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga diajar supaya
hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
menjalani kehidupan seharian. Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem
kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum
syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun
Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang
menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1,
hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan
Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2
(Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).
Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan
meletakkan pembentukan keluarga sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan
di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61 yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah
terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa
yang diperintahkan."
Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan
maruah dan pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam
pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu
bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain
memberikan perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran
agama seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya. Kedatangan
Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dengan lebih
teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan
ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami,
tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain itu
pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik
anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah,
menyusukan anak selringga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi
manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa
mereka.
4.4.6- Adat Dan Cara Hidup
Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan
adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia
hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu
di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu
diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan
ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan
dengan ajaran Islam masih terus diamalkan. Adat adalah suatu perbuatan atau
perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa yang berkenaa.Masyarakat
Melayu menganggap adat sebagai undangundang hidup. Mereka mematuhi adat serta
menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu
sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus
mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat resam pula
ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata
menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu
mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu
mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai
supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga
telah mengalami perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain
daripada mengubah sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat
yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam. Dalam proses
sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti
dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari
kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti
berikut:
·
Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis
kain kuning, hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih. Kelahiran
bayi disambut dengan azan dan iqamat.
·
Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi,
upacara khatam al-Quran & berzanji.
·
Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat.
·
Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan
syaitan
Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap
masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur
kehidupan masyarakat agar kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana
aman dan harmoni. Islam telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan
adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup
masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup
yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu,
adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi
amalan masyarakat Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut:
”Bunga
cempaka baunya harum Pelbagai kembang digubah indah. Adat bermula dengan hukum.
Hukum bersandar di kitab Allah”
Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan
kedudukan mereka di sisi Allah SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat yang
saling mengasihi dan menghormati. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan
Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan
penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu
diamalkan dalam masyarakat Melayu. Komunikasi antara kelompok masyarakat
berjalan dengan baik menerusi sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan
bantu-membantu.
4.5-Kesimpulan
Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat
dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara
berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada
golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi
ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan
baik. Ini kerana
keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan.
Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan
hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan
seharian masyarakat. Amalanamalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat
telah ditinggalkan secara beransuransur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat
Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat
yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan
pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan
ilmu
Setelah berlakunya penyebaran Agama Islam ini, maka
Agama Islam dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu.
Orang-orang Melayu yang menganut Agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai
yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi
budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai
Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi
seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat
memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai
sosial dan agama yang mereka bina.
SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
No comments:
Post a Comment