Klik Me ! ! !

Followers

Tuesday, February 28, 2012

BAB 5 : TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM


Pendahuluan


Sejarah tamadun dunia telah mencatatkan bagaimana dalam abad yang kelapan hingga abad ke enam belas, selama  hampir lapan ratus tahun telah lahir ramai tokoh-tokoh cendikiawan islam dalam pelbagai bidang. Istimewanya tokoh-tokoh ini bukan sahaja bijaksana dan terkenal dalam satu bidang tertentu sahaja seperti perubatan, astronomi, matematik, falsafah, pendidikan dan sebagainya malah mereka juga sebenarnya telah diiktiraf sebagai tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang sains, fizik, astronomi, teknologi, perubatan serta agama.

IMAM Al-Ghazali



Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.


Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana

Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.

Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.

Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.

Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.
Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.

Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik.

Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.

Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.



IBNU SINA






Ibnu Sina (  370 – 438 H / 980 – 1037 M )

Nama penuh beliau ialah Abu Ali Hussien bin Abdullah  b. Hassan b. Ali Ibn. Sina.  Beliau juga  dikenali  sebagai Avicenna di kalangan orang Eropah.Ibn Sina  dilahirkan di Bukhara, Turkistan pada 424H/980M.  Beliau meninggal pada 483H/1037M ketika berusia 57 tahun.

Latarbelakang Pendidikan

Sejak kecil lagi Ibnu Sina telah mempelajari pelbagai  bidang ilmu agama; tauhid , fekah dan  tasauf dari keluarganya. Pada umur 10 tahun  beliau telah berjaya menghafaz Al - Quran. Seterusnya beliau telah mendalami ilmu dalam bidang  perubatan, fizik,  matematik dan astronomi. Pada umur 17 tahun beliau telah diiktiraf sebagai doktor perubatan. Ibnu Sina telah berjaya menghasilkan sebuah buku utama menjadi rujukan terkenal di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai mutiara dalam bidang perubatan iaitu  Qanun Fi al - Tib ketika berusia 18 tahun.

Sumbangan-sumbangan Ibn Sina

Ibnu Sina telah meninggalkan beberapa buku yang  bermutu tinggi terutama dalam bidang perubatan, falsafah, mantiq dan fizik. Buku Qanun Fi al -Tib yang menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah perubatannya.  Diantarapenyakit yang menjadi kajian beliau adalah jantung, penyakit TB. saluran darah, ulser, psikologi, penyakit saraf, bengkak otak dan penyakit kanak-kanak. Beberapa penemuan baru beliau pada masa itu ialah ubata-ubatan herb. Minerologi dan bius. Buku ini merupakan buku rujukan bidang yang muktabar dalam bidang perubatan yang telah diterjemahkan kedalam berbagai bahasa asing, termasuklah bahasa Latin dan Inggeris. Di samping itu beliau juga menemui beberapa perkara tentang sifat logam, pembentukan lembah dan huraian roh. Penemuan-penemuan amat penting dalam dunia perubatan dan sebagainya.

Karya- Karya Terkemuka

1.          Qanun fi al - Tib ( perubatan )
2.          Kitab al - Sifat ( perubatan )
3.          Kitab al- Najah
4.          Kitab al - Isyarah ( berkaitan alam tabie )
5.          As-Syifa’ Fil Hikmah


Bidang Matematik

Bidang matemetik adalah satu bidang yang penting untuk urusan kehidupan seharian seperti urusan muamalat, pembahagian harta pesaka dan sebagainya. System nombor yang bermula dengan sifar  (0) adalah berasal dari pengaruh Islam, fungsi kuaderik ( x2 + 2x +1 = (x + 1) (x +1), Trigonommetri Sin A Sin B = Sin C.
   a          b           c
Pecahan dalam pembahagian pesaka jelas dinyatakan dalam al-Quran iaitu ½, 1/3, ¼, 1/6  dan sebagainya.







Ibn Khaldun






Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness.
Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.

Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yangmahir dan cekap.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith

Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)



Lebih dikenali dibarat dengan nama "Averroes". Lahir di Kota Cordova, Sepanyol. Nama sebenar: Abu Al Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Rushd. Gelaran: "Pendita Abu Walid". Pernah menjadi hakim di Kota Seville dan Kota Cordova.
Falsafah Hidup
Hidup sederhana dan bersahaja tanpa mempedulikan tentang pakaian, harta benda atau masa depan. Bersifat pemurah kepada semua orang meskipun mereka yang pernah memusuhi atau menghinanya. Bersifat rendah diri terutama kepada orang-orang miskin, tetapi mengambil berat tentang harga diri, maruah dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat besar.
Sumbangan
1.    Kuliliyah fit - Thibb - mengandungi 16 jilid mengenai perubatan secara umum.
2.    Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah).
3.    Tafsir Urjuza - mengenai perubatan dan tauhid, Taslul.
4.    Kasyful Adillah - tentang ilmu kalam & mengungkap persoalan falsafah & agama.
5.    Tahafatul Tahafut - mengulas buku Imam Al-Ghazali berjudul Tahafatul Falaisafah.
6.    Muwafatil Hikmah Wal Syari'a -membicarakan persamaan falsafah dengan agama.
Al- Biruni ( 973 M / 362 H - 1048 H / 440 H )

Nama penuh ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Dilahirkan di Farsi tahun 362 H / 973 M. Beliau adalah seorang putera Raja Parsi. Di peringkat awal beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani seorang pakar matematik. Beliau adalah seorang sarjana terkenal pada akhir abad ke- 4 Hijrah / ke10 Masehi. Al-Biruni mahir geometri, algebra dan matematik. Disamping pakar dalam bidang matematik beliau juga merupakan pakar dalam bidang  astronomi, sejarah dan bahasa.


Sumbangan-sumbangan al-Biruni

Antara karya  beliau yang terkenal ialah  Ensaiklopedia Rasa il al- Biruni iaitu sebuah rujukan agung dalam bidang matematik dan astronomi. Al-Biruni telah menghasilkan pelbagai teori yang penting dalam bidang matematik dan astronomi. Antaranya ialah Teori Alam Semesta di mana beliau menjelaskan bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Sejajar dengan ajaran agama Islam yang menegaskan kekuasaan AllahTuhan pencipta alam. Al- Biruni telah menolak Teori Graviti sebagai kuasa utama di dunia ini. Al-Biruni juga mengkaji tentang sistem solar, panjang tahun solar, pergerakan matahari, proses kewujudan fajar dan senja.

Karya  beliau menjadi rujukan para sarjana masa lalu dan masa kini di antaranya.

1.         Rasail al- Biruni
2.         Sina at al- Tanjim ( Seni Astronomi )
3.         Ta bir  al- Mizan wa Taqbir al- Azman.
4.         Al-Tahdid.

Al-Khawarizmi ( 780-850 M )

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al - Khawarizmi adalah bapa Algebra.  Beliau lebih dikenali sebagai Al-Khwarizmi, seorang ahli sains Islam yang  terulung dalam bidang matematik.  Beliau juga merupakan seorang  ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada  zamannya.

Hasil kajiannya dalam bidang algebra sangat cemerlang. Beliau berjaya membangunkan penyelesaian analitikal dalam penembangan garis lurus serta persamaan kuadratik dan kaedah penyelesaiannya.  Beliau juga telah membangunkan sistem  algorithma yang merupakan asas kepada teori pengaturcaraan komputer  serta  teori geometri.

Al-Khwarizmi juga merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia iaitu pada tahun 830 Masihi, sepuluh tahun sebelum beliau meninggal dunia. Karya utama belaiu ialah:

1.               Kitab al - Jam awal -Tafreeq bil Hisab al - Hindi.
2.               Al - Tarikh
3.               Al - Maqala fi Hisab – al Jabr wa-al-Muqabilah (Algebra)
4.               Kitab Surat al-Ard  (geografi)




Bidang Kesenian Dan Seni Bina

Seni bina adalah sebagai keindahan yang dicetuskan dalam kemahiran binaan dan pertukangan merangkumi segala rekabentuk yang berupa bangunann yang diperbuat dari kayu, batu, marma , kaca dan sebagainya. Senibina merupakan sebahagian dari bidang kesenian dan merupakan sebahagian dari kebudayaan dan ketamadunan yang dihasilkan oleh kelompok manusia.

Manusia akan merasa takjub senang dan tenang dengan keindahan yang di cipta oleh manusia sebagai suatu hasil usaha dan kemajuan yang dicapai. Kehalusan seni bina tetap disanjung selagi ianya dapat diperalatkan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh. Masjid, rumah, istana dan sebagainya jika dibina dengan asas keimanan dan ketaqwaan adalah lambang kesenian Islam yang boleh dibanggakan.

Masjid pertama dalam Islam adalah masjid Quba’. Tiangnya dari batang tamar, atapnya pula dari daun tamar. Azan dilakukan dari atas bumbung rumah berdekatan. Rumah Rasuullah membina rumah baginda 100 hasta persegi. Tiangnya dari batang tamar dan dindingnya dibuat dari kepingan tanah. Rasulullah saw juga membina bangunan kaabah yang tewlah rosak dilanda banjir.

Kesenian Islam adalah  inspirasi dari al-Quran dan Kesenian Kerajaan Rom dan Farsi. Bangunan-bangunan di zaman kegemilangan Islam dihiasai dengan archa, kaca, ukiran warna warni, khat, awan larat dan lain-lain. 




SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU  (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers