Pengenalan
Setiap Tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah Tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh Tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara Tamadun samna ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara TamadunIndia
dan China telah memberi
kesan positif iaitu penyebaran agarna Buddha, teknologi pengeluaran gula
daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India
dikembangkan di negara India .
Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas
dari Tamadun China dapat
dipelajari oleh Tamadun India .
Kesan negatif hasil interaksi Tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah
membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang
Dunia Kedua disebabkan faktor agarna, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan
sosial. Kewujudan interaksi antara tarnadun lahir disebabkan oleh semangat
toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah Tamadun
dengan sesebuah Tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan
berlakunya percarnbahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau
kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah Tamadun.
Setiap Tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah Tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh Tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara Tamadun samna ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara Tamadun
Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun
China Zaman Pra-Penjajah Barat
Hubungan antara China dengan Alarn Melayu
sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han
(140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya
telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan
Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka.
Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan
diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan
dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India,
Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya,
He-Ling (Jawa) dan lain-lain. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 144).
Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan
hubungan baik dengan negerinegeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada
bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan
dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan
China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam
abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila
seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara
membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho
telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh
Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah
melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan
Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj. Musa, 2005: 145).
Interaksi dan pertalian kerajaan Tamadun
Melayu dengan Tamadun Cina pad a zaman pra-penjajah Barat tidak banyak
membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas Tamadun Melayu. Ini kerana
kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu
tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi
negara-negara itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf
kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Bahkan ada
kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah
budaya bangsa Tamadun tempatan, contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di
Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan
orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya. (Hashim Hj.
Musa, 2005: 146).
Zaman Penjajah Barat
Sebelum kedatangan British bilangan
masyarakat Cina terlalu kedl dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan
secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris
mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun 1819 dan
penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka berasal dari
wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain.
Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut, Kelang
dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui
sistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja di ladang lada dan gambir.
(Hasnah, Matdiana, 2000: 155).
Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan; orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786 pada tahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Musa, 2005 : 148-149).
Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun
India Zaman Pra-Penjajah Barat
Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam
Some Contribution Of India To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia,
interaksi Tamadun India dan Tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun
yang lalu (Amran, 1995 : 120). Faktor perdagangan memainkan peranan penting
dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah
dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hall, 1981 : 23). Negara terawal muncul
yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi,
bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu ada
beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India
antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung,
Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj. Musa,
2005 : 138).
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang
India merupakan golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir
Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir). Ada yang
tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari
golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar
Melaka. Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah
berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah
(1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang
seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan
Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran
Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456). Keturunan Tun Ali juga telah
melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun
Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah
dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500).
Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak
Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.
Zaman Penjajahan Barat
Kedatangan dan perpindahan orang India ke
Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda
ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi
dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari wilayah Andhra
Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan
Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan
menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris. Peningkatan jumlah
orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20.
Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri
Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177).
Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum.
Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
Institut Keluarga Dan Komuniti Tamadun Islam
Tamadun Islam
yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan
kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan
tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak
anak itu di dalam kandungan;
-
Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama
dan kemahiran.
- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu
bapa.
- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.
Tamadun China
Keluarga
merupakan unit asas dalam Tamadun China . Ajaran Confucius menjadi
asas kepada Tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.
Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
a)
hubungan maharaja dengan rakyat
b)
hubungan bapa dengan anak
c)
hubungan abang dengan adik
d)
hubungan suami dengan isteri
e)
hubungan kawan dengan kawan
Anak-anak tidak
boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.Konsep ketaatan yang kental kepada ibu
bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek
moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek
moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.
Tamadun India
Unit penting
dalam Tamadun India .
Pembinaan
keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk
fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. Keluarga bersama
ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India . Walaupun
hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama
merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang
didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat
Komuniti Tamadun
Islam
Komuniti atau
masyarakat adalah unit yang penting dalam Tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.

menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan
peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
Asas hubungan
individu dalam Islam:
a)
ikatan kekerabatan
b)
persamaan agama
c)
ikatan kemanusiaan
Hubungan sesama
anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata. Dalam
pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam
masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita. Konsep sama rata wanita
dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Ini bermakna
fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan
sifat kewanitaan dan fizikalnya.
Komuniti
Tamadun China
Pembentukan
komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina.
a) kuasa lelaki dan bapa.
b)
Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
c)
Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan
kemahiran.
Komuniti
Tamadun India
Berbeza
daripada Tamadun lain.
a)
komuniti dalam Tamadun India
mempunyai peraturan yang ketat.
b)
Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
c)
Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi
daripada nenek moyang.
d)
Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan
dan layanan yang patut diberikan kepada
individu tersebut.
e)
Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.
Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota
masyarakat.
f) Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi
menentukan apa
yang
harus dilakukan oleh setiap anggota.
Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun
Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia
mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan
antara satu dengan satu Tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan
banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa Tamadun tersebut. Ciri-ciri
perbezaan dan persamaan antara Tamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan
etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung monoteisme Islam begitu
berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta
(Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun
manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam,
Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik,
tetapi kepercayaan mereka berbeza antara satu sama lain.
Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. ercanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu lmadun dengan satu Tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah lmadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan ersoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang kontroversi. Hakikat ini dapat lenjelaskan bahawa dialog Tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam eharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam onteks melihat perbezaan antara Tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan =handra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, lohd Zuhdi Marsuki. 2002).

Alam Sekitar
Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan
satu prinsip yang diterima semua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah
agama, alam sekitar dilihat sebagai tmgerah Tuhan. Manusia pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan
sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme
an beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan
tmgerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam Tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, Tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak lempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu pengamalan budaya.

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayati oleh Tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. :onsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati. Be:rdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap Tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah Ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

Kerajaan
Falsafah Tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama Tamadun-tamadun silam. Dalam Tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam Tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.
Kegiatan Ekonomi
Dalam Tamadun-tamadun tradisional, kegiatan
ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab
itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang
termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan
dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak.
Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh
mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi
yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran',
'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan
moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan,
rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan
ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi Tamadun tradisional dari ekonomi
zaman moden adalah kayu pengukurnya.
Pendidikan
Matlamat paling utama pendidikan dalam Tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Kesihatan
Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam Tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan Tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan
berTamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian
matlamat hidup dalam TamadunTamadun tradisional mempunyai beberapa ciri
persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang
berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami.
Memahami persamaan dan perbezaan antara satu Tamadun dengan Tamadun yang lain
seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan
keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar
berkaitan dengan ilmu Ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk
berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.
Contoh
Interaksi Tamadun China Dalam Tamadun Melayu
Bahasa Dan Kesusasteraan
Pengaruh Tamadun China ke dalam Tamadun
Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke
dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) :
(a) Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang,
taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur
kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.
(b) Pakaian dan barang-barang dagangan
Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147).
Contoh Interaksi Tamadun Melayu Dengan
Tamadun India
Pengaruh India ke atas kebudayaan dan
masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi
pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan.
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143).
(a) Pinjaman daripada Sanskrit:
Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam
Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:
Bhumi-bumi
Bheda-beda/beza
Bhasa-bahasa
Arthah-harta
Bhakti-bakti
Bhudi-budi
arghah-harga
Bhumi-bumi
Bheda-beda/beza
Bhasa-bahasa
Arthah-harta
Bhakti-bakti
Bhudi-budi
arghah-harga
.
(b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil.
(b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil.
Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas
kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan
penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya:
Kendii-kendi
Kappal –kapal
Kendii-kendi
Kappal –kapal
Kesimpulan
Pada zaman penjajahan British kesan daripada
polisi "pecah dan perintah", menyebabkan tidak terdapat interaksi
meluas antara kaum di Malaya. Kawasan penempatan yang berasingan diperkukuhkan
oleh kegiatan ekonomi yang berbezabeza, memisahkan pelbagai kaum tanpa banyak
interaksi antara satu sarna lain. Dengan itu telah melahirkan masyarakat majmuk
dengan ciri-ciri budaya, agama dan bahasa yang berbeza-beza.
Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran
yang kuat di kalangan para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal
polisi dan langkah-Iangkah bagi mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih
rapat antara kaum, melalui penubuhan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO,
MCA dan MIC yang bertanding dan menang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya
membentuk Kerajaan Perikatan. Dasar pelajaran P.T.M iaitu Penyata Abdul Razak
1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 telah memperakukan sistem pendidikan
kebangsaan yang tunggal bagi menyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum
dalam satu sistem sahaja. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara
telah dibentuk. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan
pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan, demi
mengurangkan jurang pemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah
dapat disemai.
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semula masyarakat dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan kaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman. Seterusnya Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pula untuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu.

Semua itu adalah polisi dan langkah-Iangkah
yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan pemimpin Malaysia bagi mewujudkan
sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu untuk mengatasi suasana
berbilang kaum dan masyarakat majmuk yang berkonflik dan berpisah warisan dan
tinggalan daripada amalan penjajahan British.
SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
thk for this information..sgt membantu..boleh jgk siapakan assgment nie.. :)
ReplyDelete