Klik Me ! ! !

Followers

Tuesday, February 28, 2012

BAB 6 : TOKOH-TOKOH TAMADUN ASIA


TOKOH-TOKOH TAMADUN CINA
TOKOH CINA 1 - KUNG FU ZDE

Kung Fu Zde Dilahirkan pada 551 s.m. Beliau berasal dari keturunan bangsawan. Pernah menjadi guru pada umurnya 20 tahun. Beliau merupakan pengamal Ajaran Confunisme. Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti
Ò  perkemanusiaan (ren)
Ò  kesusilaan (li)
Ò  ketaatan kepada ibu bapa (xiao).

Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat Beliau dilantik menjadi menteri keadilan kerana banyak ilmu berkait dgn kerajaan dan pentadbiran. Kemudian menjadi perdana menteri di Wilayah Lu selama 13 tahun.

Beliau telah mengembara dari satu wlayah ke satu wilayah utk menasihati pembesar negeri ttg cara pentadbiran yg baik. Ajaran confusius dapat diperolehi dari 2 buah buku iaitu Klasik confucius dan Analekta. Buku ini ditulis setelah mebuat pemerhatian ttg kelemahan2 yg wujud dlm masyarakat terutama dalam pentadbiran spt tidak amanah dan masalah moral. Beliau berpendapat jika jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka negara kan berkeadaan baik dan aman. Beliau percaya moral yg baik boleh membantu menjadikan pemerintahan yg baik serta menjadi harta yang paling penting utk dimiliki oleh semua pemerintah.

PENDAPAT – BENTUK HUBUNGAN DALAM MASYARAKAT

1) Hubungan bapa Dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus bertanggungjawab terhadap org tua.

2) Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur dgn isteri dan isteri harus tunduk serta mendengar kata suami.

3) Hubungan saudara tua dengan muda

4) Hubungan raja dengan pegawai

5) Hubungan antara sahabat di mana kejujuran menjadi pedoman dlm hidup.

Kesimpulannya hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan serta sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya berlaku pecah belah dan huruhara di kalangan rakyat.


TOKOH CINA 2 – CHENG HO.

Cheng Ho dikenali juga sebagai Mah Sam Po . Beliau dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan (1371). Meninggal dunia beserta perahunya hancur luluh ketanah tepat di Bangkalan(1435). Merupakan pelaut/pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China.. Pernah belayar ke Asia Tenggara, Sumatra, Pulau Jawa, Sri Lanka, India, Parsi, Semenanjung Arab, Mesir, dan Afrika jauh ke selatan sehingga ke Selatn Mozambique.

Beliau telah meluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia, menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul cukai, mengasaskan koloni wilayah naungan, mengemukakan maklumat tentang wilayah asing, mendapat bantuan bagi mengatasi serangan Monggol

TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA

TOKOH INDIA 1 : MAHATMA GANHDI

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya. Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam. Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut. Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi. Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi:
"(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

TOKOH INDIA 2 : SIDHAHARTA GAUTMA BUDDHA
Sidhaharta Gautma Buddha nama aslinya ialah pangeran Siddhartha.  Beliau merupakan pendiri Agama Buddha (563 SM - 483 SM), dilahir di Lumbini. Putra raja Kapilavastu, timur laut India. Beliau mengelarkan  dirinya sebagai BUDDHA bererti orang yang diberi penerangan

Guatama Buddha adalah seorang ahli fikir dari India dan juga pengasas agama Buddha. Beliau adalah anak kepada ketua kasta pahlawan sakya dan dikenali sebagai Siddartha pada masa mudanya dan kemudiannya sebagai sakyamuni, iaitu orang bijaksana sakya. Panggilan Gautama Buddha sebenarnya merupakan kombinasi nama keluarganya, gautama dengan perkataan Buddha iaitu orang yang telah diberi pengajaran. Pokok ajaran Buddha yang menurut istilah penganutnya “Empat kebajikan kebenaran”:

É  Kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia
É  Sebab musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta terbelenggu oleh nafsu
É  Pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat ditekan habis apabila segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan (nirvana)
É  Menimbang benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.




TOKOH-TOKOH TAMADUN JEPUN
TOKOH JEPUN 1:  Tokugawa Ieyasu

Tokugawa Ieyasu Lahir di Okazaki (31 Januari 1543) – meninggal di Shizuoka (1 Jun 1616).Dilahirkan dengan nama Matsudaira Takechiyo Merupakan daimyo dan shogun (Jeneral) di Jepun.

Memerintah dari tahun 1600(resminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605. Pada tahun Mac 24 1603, ieyasu digelar sebagai Shogun dan mentadbir dengan menggunakan sistem Tokugawa Shogunate. Dikuatkankuasa di Jepun selama 200 tahun sebelum kebangkitan Meiji. Telah menyatukan semua negeri-negeri kecil. Pemerintahan masih bercorak feudal namun terdapat 3 tahap pentadbiran: Tairo ( majlis penasihat agung), Roju ( majlis Tertua)dan Hyojosho ( majlis kehakiman) Pemerintahanya dijalankan dengan cara diktator militer yang kejam.kekuasaany cenderung bersifat diktator militer yang kejam.kekuasaanya cenderung bersifat absolud seperti di dalam disiplin organisasi kemiliteran.
Mengamalkan dasar pintu tertutup (Perdagangan hanya diizinkan dengan kapal yang datang dari Tiongkok/Belanda sahaja) Samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa.


TOKOH JEPUN 2 : MAHARAJA MEIJI
 








Maharaja Meiji (3 November 1852±30 July 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 mengikut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehinggalah hari kemangkatan baginda.Nama diri baginda adalah Mutsuhito .Maharaja Meiji dilahirkan oleh salah seorang gundik diraja iaitu Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei. Semasa keputraab baginda pada 1852, Jepun sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan mengamalkan sistem feudal yang didominasi oleh Syogun Tokugawa dan daimyo (tuan tanah) yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara.
Pada 11 November 1860 baginda secara rasminya telah disytiharkan sebagai Putera Raja dan dikurniakan nama diri Mutsuhito. Pada 2 September 1867, Baginda telah mengahwini Masako (kemudiannya Haruko). Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat.Oleh sebab pemerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan Kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.
Maharaja Meiji adalah simbol kepimpinan dalam era Pemulihan Meiji di mana pemerintahan Syogun Tokugawa digulingkan oleh tentera diraja ketika Peperangan Boshin.Pengenalan kepada sistem baru dalam Kerajaan Meiji telah menghapuskan sistem feudal dan mengisytiharkan sistem pemerintahan demokratik untuk kerajaan Jepun.Walaupun Parlimen telah dibentuk, namun ianya tidak mempunyai kuasa begitu juga dengan Maharaja Meiji.Kuasa telah diberikan oleh Tokugawa kepada tangan daimyo yang mana telah membawa kepada Pemulihan.Jepun sebenarnya dikawal oleh Genro, pemerintah oligarki yang mana mempunyai tentera, kuasa politik dan kuasa ekonomi yang kukuh. Maharaja Meiji menunjukkan kekuasaan politiknya yang lebih lama berbanding dengan pemerintah sebelumnya kerana dia adalah monarki Jepun yang pertama yang masih di atas takhta selepas 50 tahun semenjak pelepasan takhta oleh Maharaja Ogimachi pada tahun 1586.
Zaman Pemulihan Jepun adalah satu kebanggaan kepada negara Jepun kerana membawa pemodenan di Jepun dan menjadi kuasa yang menonjol di Asia Pasifik. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan. Selepas kemangkatan baginda, Jepun telah mengalami perubahan dari segi politik, sosial dan industri dan kemudiannya menjadi salah satu kuasa besar di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN DAN PERANAN MAHARAJA MEIJI
Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunan
dan Tokugawa.
Pemerintahan Jepun diambil alih oleh Maharaja meiji bermula pada tahun 1868 dan berakhir pada tahun 1912. Di bawah pemerintahn Maharaja Meiji, Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itu sendiri. Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau sebagai ketua masyarakat Jepun, antara langkah yang paling signifikan ialah dengan memindahkan ibu negara Jepun pada masa itu, Kyoto ke Edo.Kemudiannya, pada tahun 1868, Edo telah ditukarkan kepada Tokyo.


PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL
Seterusnya era pemerintahan Meiji juga menyaksikan pengahapusan sistem
feudal lama yang dipraktikkan dalam sistem pemerintahan Jepun sebelumnya. Oligarki Meiji telah mempengaruhi golongan- golongan daimyo ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah secara sukarela kepada maharaja yang mana membawa kepada penghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871. Sistem hierarki sosial yang diaamalkan dahulu juga dihapuskan, dan golongan samurai juga telah kehilangan hak istimewa dan hak mereka menggunakan pedang di tempat-tempat awam. Pada September 1871 samurai secara rasminya diharamkan menggunakan pedang dan juga hilang status sebagai pahlawan.


PEMODENAN SISTEM ANGKATAN TENTERA DAN LAUT
Selain melaksanakan evolusi dalam sistem pemerintahan Jepun, beliau juga
telah memodenkan angkatan tentera darat dan juga tentera laut. Sesuai dengan doktrin sebuah negara kaya dan tentera yang kuat, bercontohkan negara dari barat, kerajaan Jepun yang dipimpin oleh Meiji telah memperkenalkan sistem ketenteraan moden yang terdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana berusia 20 tahun ke atas, dan sistem ini
Aspek pendidikan juga tidak dilupakan dalam melaksanakan evolusi dalam memperbaharui negara Jepun dan Maharaja Meiji sendiri sedar pendidikan merupakan asas terpenting dalam usaha untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dan militari yang moden dan sistematik. Beliau juga berpendapat bahawa pendidkan merupakan asas yang paling penting sekali dalam usaha untuk membina sebuah negara yang kukuh, dan berlandaskan pandangan beliau, pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi memastikan aspek pendidikan tidak diabaikan dikalangan rakyat Jepun. Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri bagi mempelajari sains, pentadbiran, dan juga teknik perindustrian barat, manakla pakar-pakar, golongan professional,serta pakar teknologi barat telah digaji oleh kerajaan Jepun untuk mengajar berbagai kemahiran kepada rakyat-rakyat Jepun . pada tahun 1871, kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan dan pada tahun 1872 pula, Jepun telah dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dimana setiap kawasan akan mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Di jepun, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pelajaran wajib selama 16 bulan dan menjelang tahun 1880 terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan jemlah murid yang hampir 2 juta. Seterusnya, pada tahun 1886 Menteri Pelajaran Jepun Jepun pada masa itu, Mori Arinori memperkenalkan satu sistem iaitu, -pelajaran sekolah rendah diwajibkan selama 8 tahun dan sekolah menengah pula menawarkan kursus selama 4 tahun. Sekolah-sekolah tinggi- sekolah teknikal peringkat tinggi ditubuhkan meliputi bidang perubatan ,sains ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan , perikanan dan lain-lain.
Pusat tertinggi sistem pendidikan Jepun ialah Universiti Di raja Tokyo yang
ditubuhkan pada tahun 1886 dan seterusnya beberapa buah lagi universiti Di Raja telah ditubuhkan di Sapporo, Kyoto, dan juga Fukuoka. Seluruh sistem pelajaran pelajaran tertakluk kepada keperluan negara yang mana menuntut rakyat menjadi warganegara yang terlatih dan penuh dengan ilmu pengetahuan
serta berdisiplin, dan pada tahun 1890 perintah Diraja mengenai pendidikan telah dikeluarkan yang menyatakan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi di Jepun.


UNDANG-UNDANG
Dalam sistem perundangan pula, sistem perundangan yang moden telah
dibentuk bagi mengakaji semula perjanjian yang dianggap tidak adil antara Jepun dengan kuasa barat yang ditandatangani antara tahun 1850-1860-an.Gustave Roissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat Kementerian Keadilan Jpeun pada tahun 1873 dan beliau ditugaskan untuk menggubal undang-undang jenayah moden yang dikuatkuasakan pada tahun 1882. Manakala, undang-undang sivil dan perdagangan yang telah digubal, telahpun diluluskan pada tahun 1888-1889.
Dan dengan memodenkan sistem perundangan, Maharaja Meiji telah pun berjaya mengatasi masalah-masalah yang timbul berikutan perjanjian berat sebelah denagn negara-negara barat.

KASUSASTERAAN
Seterusnya, pada waktu pemerintahan Meiji, minat dalam bidang kesusasteraan
barat telah berkembang terutamanya dalam penterjemahan hasil
karya tokoh barat yang terkenal seperti Homer, manakala Shakespeare dan Voltair telah mendapat sambutan yang baik, khususnya dari golongan- golongan elit dan penterjemah yang terkenal pada zaman itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat didikan di Universiti Edinburgh, berikut ialah hasil karya yang diterjemahkan oleh beliau ;
1) Ernest Maltravers 
2) The Bride of Cammermoor
3) Romeo and Juliet
4) The Last Day of Pompei

Terdapat juga karya-karya lain sepertiRound The World in Eighty Days dan A Journey to the Moon secara tidak langsung telahpun merangsang minat masyarakat dan secara tidak langsung memudahkan rakyat menerima segala idea, pengetahuan, sains, pemikiran, pelajaran serta kebudayaan, hasil dari negara barat. Selain itu, terdapat juga perubahan citarasa dalam bidang kebudayaan seperti muzik, seni tari, lakonan san juga seni lukis serta drama drama, dan kumpulan yang bertanggungjwab memulihakan dan memperbaharui seni-seni warisan tradisional ialah kumpulan Okakura Tenshin dan juga Shimomura Kanzon. Dalam pada masa yang sama, muzik gaya Barat juga bertambah popular dan disukai. Tarian ballroom menjadi kegilaan golongan ± golongan elit dan piring-piring hitam ada dijual di pasaran dan minat terhadap alat-alat muzik dan gaya muzik tradisional tidak dilupakan. Sebagai contoh,Gagaku yang merupakan muzik diraja yang hanya dimainkan di istana raja diberi keutamaan dalam sesuatu majlis rasmi dan juga upacara keagamaan, manakala instrumen-instrumen tradisional Jepun seperti Shakuhachi(seruling buluh) ,koto (alat muzik bertali) dan samisen (alat muzik bertali tiga) diberi nafas baru. Pengusaha- pengusaha filem Jepun juga dapat mengutip pulangan yang lumayan hasil daripada filem yang telah dipetik dari adeganka bu ki( seni
drama). Panggung wayang yang pertama di jepun dibina pada tahun 1903 dan pada akhir era Meiji, industri perfileman Jepun
berkembang pesat ditambah dengan penggunaan teknologi yang moden.

IDEALOGI DAN KEAGAMAAN
Selain aspek kesusasteraan, aspek idealogi dan agama turut dititikberatkan
dalam usaha Maharaja Meiji bagi membentuk negara Jepun yang baru.Idealogi negara sangat penting dan ianya berperanan meninggikan semangat cintakan negara atau nasionalsime. Meiji telah memperkenalkan idealogiko ku t a iyang mana prinsip ini menekankan keunggulan kerohanian masyarakat
jepun . Rakyat juga diseru supaya menunjukkan taat setia sepenuhnya kepada raja dan negara dan agama Shinto Negara telah dijadikan agama rasmi di Jepun.


EKONOMI PERTANIAN
Langkah penting yang diambil oleh kepimpinan Meiji ialah dengan menjalan pemodenan dalam bidang pertanian dan berpendapat bahawa sebuah ekonomi moden berasaskan industri kapitalisme meripakan kunci utama kepada keselamatan dan keagunagan nasionalisme. Proses ini didorong oleh beberapa faktor ± negara mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat, sektor pertanian tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan, kerajaan menalami masalah kekurangan yang teruk dalam perdagangan luar negeri dan menyelesaikan masalah ini dengan menambah kuantiti dan jenis perindustrian ke negara asing. Pihak kerajaan asing juga menyedari kelas samurai yang begitu ramai perlu diberi pekerjaan  kerana pihak kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pencen kepada mereka.
Proses pemodenan ekonomi bermula dengan pembanguan sektor pertanian yang merupakan dominasi dalam hasil jumlah pendapatan Jepun dalam tahun 1870-an dan 1880-an. Sistem pembayaran cukai juga mengalami perubahan dengan menggantikan cara pembayaran lama iaitu dengan menghapuskan cara pembayaran cukai dengan hasil tanaman oleh petani. Oleh sebab itu para petani perlu membayar cukai dengan wang tunai iaitu sebanyak 3 peratus daripada nilai tanah sama ada hasil tuaian baik atau tidak. Penuntut dalam jurusan pertanian juga dihantar ke luar negeri dan khidmat pakar asing juga diambil untuk berkhidmat. Banyak kawasan baru telah dibuka bagi menggalakkan perkembangan tanaman komersil seperti teh, sutera dan lain-lain lagi.


EKONOMI PERINDUSTRIAN
Pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan perindustrian dengan membina industri baru yang berasaskan perdagangan. Penekanan telah diberikan dalam bidang industri pertahanan seperti pembinaan kapal, peralatan perang dan lain- lain lagi. Industri pertahanan yang terbesar dalam tempoh 1870 hingga 1880 ialah limbungan kapal tentera laut yang terletak di Yokusuka. Dua buah kilang besar juga telah dikelolakan oleh kerajaan di Tokya dan Osaka untuk membuat meriam, senapang dan peluru serta tiga buah kilang untuk membuat ubat bedil di Tokyo dan daerah Gumma.
Kekurangan kemudahan teknologi dan pengurusan yang cekap menyebabkan usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan modal perindustrian untuk melabur dalam bidang industri baru. Selain itu, kegagalan ini juga disebabkan oleh keengganan saudagar-saudagar kaya untuk melabur kerana lebih suka menjalankan aktiviti perniagaan secara tradional. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan menubuhkan beberapa industri pembuatan seperti kilang penggulungan sutera moden, kilang memintal kapas, kilang benang bulu kambing, kilang simen dan kilang kaca. Kerajaan telah menyerahkan industri ini kepada beberapa syarikat Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan beberapa syarikat lain lagi kerana memerlukan wang untuk melengkapkan industri
pertahanan. Hal yang demikian meletakkan asas bagi kewujudan penggabungan industri yang dikuasai golongan pemodal kaya yang dikenali sebagai Zaibatsu. Kumpulan Zaibatsu berkembang menjadi konglomerat yang memainkan peranan penting dalam menukarkan Jepun kepada sebuah negara perindustrian.
DASAR KEWANGAN DAN FISKAL
Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk sistem mata wang yang seragam. Pada zaman pemerintahan kesyogunan Tokugawa pelbagai jenis wang kertas dan syiling telah dikeluarkan. Pada tahun 1868, kepelbagaian jenis mata wang ini telah dingantikan dengan wang kertas Kementerian Kewangan yang dikenali dengand ajoka nsa tsu. Unit mata wang ini juga ditukar daripadaRyo kepada  Yen yang digunapakai sehingga hari ini. Kadar nilai tukaran mata wang Yensecara kasarnya mempunyai nilai yang sama dengan dolar AS. Kerajaan juga menanggung inflasi dan penurunan nilai mata wang akibat penggunaan jumlah wang yang begitu besar dalam memodenkan negara Jepun selain daripada memeperkembangakan bidang komunikasi, pembayaran pampasan kepada tuan feudal menumpaskan pemberontak golongan samurai dan lain-lain lagi. Namun demikian, masalah ini dipulihkan setelah Count Matsukata Masayoshi menjadi Menteri Kewangan pada tahun1880. Beliau menangani masalah ini dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada tembakau dan wain. Subsidi kerajaan kepada pelbagai jenis syarikat dikurangkan dan dasar pengambilan pekerja dikurangkan. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Matsukata ini membolehkan kerajaan menarik kembali wang kertas yang diedarkan oleh pihak kerajaan seterusnya mengurangkan inflasi. Satu sistem kredit moden diperkenalkan dan beberapa buah bank rasmi dan separa rasmi diwujudkan. Bank Yokohama Spice (1880) telah dijadikan bank asing yang utama, Bank of Japan (1882) menjadi fiskal kerajaan dan Bank Hypothec sebagai badan pusat bank- bank perindustrian di 47 wilayah di Jepun. Menjelang 1882, 143 buah bank kerajaan dan separa kerajaan telah ditubuhkan.
POLITIK
Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3 Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :-
i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen;
ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran;
iii. Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan;
iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepadaorang- orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam;
v. Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu
dihapuskan.
Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi. Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. Pemerintah Meiji juga telah menamatkan system µclass Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaan sebagai rakyatJepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.Pada 11 Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji (Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.

SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU  (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers