Klik Me ! ! !

Followers

Thursday, September 6, 2012

Sistem Bunyi Bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu bahasa.

1.1  Alat Ujaran

Dalam mengeluarkan bunyi bahasa banyak alat yang terlibat. Alat-alat ini terbahagi kepada dua kumpulan:
Alat yang terlibat dengan sistem pernafasan, iaitu yang terlibat dengan sistem udara keluar masuk ke paru-paru.
Alat yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran bunyi bahasa, seperti bahagian lidah.

1.1.1     Alat Pernafasan

                 Badan kita mempunyai sistem pernafasan yang bertujuan untuk menyedut oxigen bagi pembersihan darah. Di samping ituu sistem ini berfungsi sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi bahasa. Alat yang penting dalam sistem ini ialah:
a)    Paru-paru
                  Udara yang masuk ke paru-paru ditahan keluar oleh paru-paru apabila dinding nya dikecutkan. Sewaktu udara sedang keluar,berlaku proses penghasilan bunyi melalui pelnagai sekatan ke atas arus udara ini.


b)    Rongga tekak
                    Bermula dari rongga rengkung  hingga ke rongga hidung. Rongga ini lebar di atas dan meruncing ke bawah. Rongga ini boleh dluaskan atau di sempitkan. Lelangit lembut terletak dalam rongga ini.
c)    Rongga rengkung
                     Terdiri daripada sembilan tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan kotak dan kotak itu di panggil kotak suara. Di sinilah terletaknya halkum halkum yang bergerak ke atas dan ke bawah bergantung kepada intonasi nada suara.
d)    Rongga hidung
                      Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
a)    Rongga mulut
                        Terletak antara rongga tekak dan bibir.


No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers