Klik Me ! ! !

Followers

Thursday, September 6, 2012

Ciri-ciri Bahasa


BAHASA SEBAGAI 1 SIMBOL


* peraturan seseorang mempunyai  pertalian objek dengan peristiwa tertentu.ia mengambarkan pelbagai pengalaman dalam pertuturan dua peristiwa berlaku iaitu penangkapan bunyi dan mempertalikan bunyi yang ditanggap itu dengan makna.

*simbol merupakan satu daripada tanda lain seperti isyarat kod,index dan ikon. Tanda dapat mewakili idea,fikiran,perasaan,benda dan tindakan secara langsung simbol juga berlaku secara tidak almiah(cth:logo/bendera)

*tanda tidak bersifat arbitrari sedangkan simbol bersifat arbitrari.  simbol amat erat hubungannya dalam kegiatan manusia.


*isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya penerima bertindak balas. cth:isyarat dalam acara sukan ,lalu lintas


*gerak isyarat ialah tanda yang dilakukan dengan gerakkan badan yang mungkin berupa tanda atau lambang.cth:gerakan manusia dan haiwan


*gejala ialah tanda yang disengajakan tanpa maksud tertentu tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku.cth:ramalan doktor terhadap pesakit


*ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang diwakilinya.cth:gambar bangunan,patung,ada waktunya ikon bermaksud lambang


*index ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain seperti asap yang menunjukkan wujudnya api,tanda petunjuk arah


*kod ialah tanda wujudnya sistem,,sama ada berupa lambang isyarat atau gerak isyarat yang mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan.cth:bahasa rahsia




BAHASA BERSIFAT VARIASI



*variasi bahasa yang bersifat individu
*dialek:variasi bahasa yang digunakan oleh masyarakat ditempat tertentu
*ragam:variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu,seperti ragam baku,ragam lisan,ragam tulisan,ragam sastera.


BAHASA BERSIFAT UNIK



*unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain,cirri khusus yang menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata,pembentukan ayat dan sistem yang lain
*antara ciri keunikan Bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis,tapi bersifat sintaksis.
*bahasa sejagat bermaksud bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia


BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI



*sesuatu bahasa bergantung kepada struktur dan bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang tidak terdedah dengan sains dan teknologi tentulah kurang istilah dalam bidang berkenaan.
*dalam masyarakat bahasa yang sama juga terdapat perbezaannya.
*Leksikon sesuatu bahasa akan ditentukan oleh keadaan masyarakat bahasa itu termasuklah pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau sosialisasi pendidikan
*kegagalan kita mempelajari bahasa akan memberi kesan terhadap proses komunikasi kerana unsure penting dalam komunikasi ialah maklumat dan proses yang penting dalam komunikasi


BAHASA BERSIFAT DINAMIK



*bahasa itu bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
*bahasa juga ikut berubah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis
*perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik

No comments:

Post a Comment

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers