1.0
Kerjaya
guru sebagai ibadah
1.1 Konsep
kerjaya guru
Menurut
Akta Pendidikan 1996, “Guru” bererti seseorang yang mengajar murid di suatu
institusi pendidikan atau menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau
memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan
jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua.
Menurut
Kamus Dewan 1992, guru bermaksud pendidik atau pengajar atau pengasuh. Menurut
Kamus Dewan Online Merrian-Webster, “guru” didefinisikan sebagai “seorang yang
mengajar”. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuk
“pendidik”, “instruktur”, “ahli pedagogi”, “jurulatih “ dan “tutor”.
H.
Syamsul Bahri Tanrere (1993) menyatakan guru adalah salah satu faktor yang
sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran, kerana gurulah yang akan
bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid. Menurut Kamus Besar
Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih,
penyelenggara, pengajar dan pemelihara.
Kerjaya
sebagai seorang guru merupakan satu kerjaya yang unik. Hal ini kerana, kerjaya
sebagai seorang guru ini memainkan benyak peranan dalam berkhidmat menjadi
seorang pendidik yang berjaya. Sesetengah guru ada mengatakan bahawa pekerjaaan
sebagai satu kerjaya yang mulia. Mereka mampu memikul tanggungjawab yang berap
dalam mendidik anak bangsa serata membentuk murid-murid mereka dari segi
fizikal, emosi, rohani, intelek selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Peranan
guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan
di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru
dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera
sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai
agen perubahan.
Menurut
Datuk Abd. Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran, guru bertindak sebagai
pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara
dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati
diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.
Tanpa
komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar
untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang
berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka.
Daoed
Yoesoef (1980) menyatakan bahwa seorang guru mempunyai tiga tugas utama yaitu
tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan (sivic mission).
Jika dikaitkan pembahasan tentang kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan
dengar logika dan estetika, tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.
Tugas-tugas profesional dari seorang guru yaitu meneruskan atau transmisi ilmu
pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum
diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.
Tugas
manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi
tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas
manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan
pengertian tentang diri sendiri. Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan
dalam rangka pengertian bahwa manusia hidup dalam satu unit organik dalam
keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini
berarti bahwa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan
terpadu.
Guru
seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk
mengembangkan daya berpikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk
turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah
keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di
mana dia hidup.
Ketiga tugas guru itu harus dilaksanakan
secara bersama-sama dalam kesatuan organis harmonis dan dinamis. Seorang guru
tidak hanya mengajar di dalam kelas saja tetapi seorang guru harus mampu
menjadi katalisator, motivator dan dinamisator pembangunan tempat di mana ia
bertempat tinggal.
Ketiga tugas ini jika dipandang dari segi anak
didik maka guru harus memberikan nilai-nilai yang berisi pengetahuan masa lalu,
masa sekarang dan masa yang akan datang. Pengetahuan yang kita berikan kepada
anak didik harus mampu membuat anak didik itu pada akhimya mampu memilih nilai-nilai
hidup yang semakin kompleks dan harus mampu membuat anak didik berkomunikasi
dengan sesamanya di dalam masyarakat, oleh karena anak didik ini tidak akan
hidup mengasingkan diri.
1.2 Konsep
ibadah
Ibadah
berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh,
taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.
Menurut
istilah syarak ibadah ialah taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada
Allah swt mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam
Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara
berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan
dan kecintaan kepada Allah swt.
Ketundukan
di dalam konsep ibadah ialah menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan
segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada
perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu
dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.
Manakala
kecintaan di dalam konsep ibadah pula ialah kepatuhan ini hendaklah juga lahir
dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah
kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada
rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.Di antara keutamaan ibadah
bahwasanya ibadah mensucikan jiwa dan membersihkannya, dan mengangkatnya ke
derajat tertinggi menuju kesempurnaan manusiawi.
Menurut
Mok Soon Sang (1988), guru ialah orang yang berperanan sebagai tenaga pengajar
dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan
melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka
berusaha belajar secara individu atau berkumpulan. Selain itu, guru juga
bertindak sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah,
menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.
Guru
berperanan sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar
serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai
dan norma masyarakat. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh
guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.
No comments:
Post a Comment