Kerjaya
guru menurut perspektif agama
Perspektif
Islam
Peranan
guru dalam perspektif Islam adalah sangat meluas. Guru adalah penyampai ilmu,
penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang mencabar.
Mengikut
istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam, guru atau pendidik ialah
murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Semua
istilah-istilah yang digunakan bersal dari Bahasa Arab dan pada dasarnya
istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu memberi pengajaran
atau pendidikan. Ustaz dan Mudarris dalam masyarakat melayu dikhususkan kepada
mereka yang mengajar pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok
dan sebagainya . Muallim juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada seorang
pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan
untuk anak didiknya, dan kadang kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Berbeza
dengan Murabbi, seorang Muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal, sementara
Murabbi membawa maksud yang luas, melebihi tahap Muallim.
Konsep
Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu
tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani , jasmani dan mental anak
didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru,
Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk
keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya Mursyid bermaksud memberi tunjuk
ajar. Mursyid menurut istilah kaum sufi, merupakan mereka yang bertanggungjawab
memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah
s.w.t dalam proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah.
Para
Mursyid dianggap golongan pewaris Nabi s.a.w. dalam bidang pentarbiah umat dan
pemurnian jiwa mereka (tazkiyah an-nafs), yang mendapat izin irsyad (izin untuk
memberi bimbingan kepada manusia) dari para mursyid mereka sebelum mereka, yang
mana mereka juga mendapat izin irsyad dari mursyid sebelum mereka dan
seterusnya, sehinggalah silsilah izin irsyad tersebut sampai kepada Rasulullah
s.a.w. (tanpa terputus urutannya). Oleh itu pada kebiasaannya, ia daripada
keturunan Ulama’. Guru-guru pada zaman Abbasiyah digolongkan kepada tiga
kategori iaitu muallim, muadib,dan ustaz. Muallim ialah golongan guru sekolah
rendah yang diberi tugas mendidik ilmu-ilmu asas Islam seperti Al-Quran,
Ibadah, Akidah dan Ilmu Akhlak. Mu’adib ialah guruyang bertanggungjawab
mengajar di sekolah khas. Ustaz pula ialah pensyarah di sekolah tinggi
(maktab).
Sesungguhnya,
peranan pendidik di dalam perspektif Islam bukanlah terhad kepada guru
sahaja,tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa
sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran,mereka adalah
pendidik.
Peranan
guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah menyampaikan
aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan
manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya
dan takutkan siksaanNya, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi
fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri
kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam, serta membentuk akhlak
atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.
Seorang
pendidik haruslah memahami bahawa Islam adalah ad-Din bukan sekadar aqidah dan
peribadatan tetapi suatu sistem hidup nizam al-hayat. Pendidik bukan sahaja
berperanan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk
masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah s.w.t.
Seorang pendidik mestilah menyedari hakikat bahawa pengajaran itu merupakan
tanggungjawab yang mesti dilaksanakan
Kerja
mendidik adalah sebahagian amal soleh manakala enggan menyampaikannya dosa
yakni siksaan api neraka. Dari sudut sejarah menunjukkan hubungan di antara
istana dengan tuan guru di mana ulama’ dan guru adalah rapat dan dimuliakan
berbanding dengan jawatan-jawatan lain. Dari sudut budaya, konsep berguru amat
diutamakan. Belajar bukan setakat untuk mendapatkan ilmu, apa yang lebih
penting ialah berguru untuk membina akhlak dan adab berilmu.
Perspektif
Kristian
Menurut
perspektif Kristian, Yesus Kristus adalah Mahaguru yang menyampaikan segala
ilmu lebih daripada dua ribu tahun yang lalu. Setelah itu, tugas-tugas tersebut
telah diambil alih oleh apostles
(rasul-rasul) dan saints (wali-wali).
Antara
ciri-ciri personaliti yang terdapat dalam guru-guru mereka ialah membimbing dan
membantu murid –murid mereka untuk melengkapi diri dengan ilmu-ilmu yang
terdapat di dalam kitab suci. Murid-murid pula perlu lah berusaha untuk membuat
rujukan yang sesuai berdasarkan sumber bahan disyorkan oleh guru kerana guru
tidak akan membekalkan semua ilmu yang akan dipelajari.
Guru
juga seorang yang bertanggungjawab untuk melindungi murid-murid daripada
pengaruh-pengaruh negatif atau ajaran sesat. Seorang guru yang baik akan
menunjukkan jalan yang benar dan tepat kepada murid-murid dengan berpandukan
kitab-kitab suci
Seorang
guru akan memberi dorongan yang wajar kepada murid-murid agar dapat
meningkatkan prestasi murid-murid dalam menuntut ilmu yang lebih meluas.
Perspektif
Buddha
Buddha berasal
dari bahasa Sanskrit yang bermaksud “Mereka yang sedar, Yang mencapai
pencerahan sejati. Gelaran Budh pula bermaksud “untuk
mengetahui”dan merupakan gelaran kepada individu yang menyedari potensi penuh
mereka untuk memajukan diri dan yang mempunyai kesedaran. Pada masa kini, ia
sering digunakan untuk merujuk Siddarta Gautama, guru agama dan pendidik agama
Buddha. Selain itu, Buddha merupakan tarikan dan contoh bagi manusia yang telah
insaf atau sedar.
Dalam
agama Buddha, guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju
kebenaran. Murid seorang guru memandang gurunya sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva.
Agama
Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja,
anakanda Sudhadana dan Maya yang dilahrikan ke dunia ini tanpa mengetahui hal
duniawi. Sidharta Gautama juga dikenali sebagai “Pemberi Cahaya”. Ajaran Buddha
yang disebarkan oleh beliau bukanlah satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi
lebih menekankan kepada ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika-etika
kehidupan. Buddhisme disusun dalam sistem Tri Pitaka atau Tri Ratna iaitu
Buddha, Sangha dan Dharma.
Ajaran
Buddha terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana yang lebih
mementingkan kehidupan secara masyarakat dan aliran Mahayana yang lebih
mementingkan keupayaan dalam menentukan kehidupannya. Ajaran Buddha
menggalakkan penganutnya mengembara untuk mencari ilmu serta pengalaman dalam
hidup tetapi dalam proses pengembaraan hanya pakaian yang serba ringkas seperti
kain yang berwarna kuning keperangan dan semangkuk sahaja dibawa bersama
seperti mana dilakukan oleh Sidharta Gautama dan tidak menyediakan simpanan
atau harta untuk esok. Sebagai conoth, Raja Rama IV (Mongkut) juga terpengaruh
dengan ajaran ini, lalu keluar mengembara untuk mendalami ajaran ini. Ahimsa
merupakan satu konsep ajaran yang dikongsi bersama penganut-penganut Hindu yang
membawa erti penolakan terhadap pembunuhan makhluk-makhluk hidup yang lain.
Penganut
Buddha tidak menganggap Siddharta Gautama sebagai Sang Hyang Buddha pertama
atau terakhir. Buddha ialah orang yang menemukan Dharma atau Dhamma yang
membawa maksud kebenaran, perkara yang sebenarnya, akal budi, kesulitan keadaan
manusia, dan jalan benar kepada kebebasan melalui kesedaran, datang selepas
karma yang bagus (tujuan) dikekalkan seimbang dan semua tindakan buruk
ditinggalkan. Pencapaian nirwana (nibbana) di antara ketiga jenis Buddha adalah
serupa, tetapi Samma-Sambuddha menekankan lebih kepada kualiti dan usaha
dibandingkan dengan dua jenis Buddha yang lain.
Tiga
jenis golongan Buddha adalah Samma-Sambuddha, Pacceka-Buddha dan Savaka Buddha.
Samma-Sambuddha ialah Buddha(guru agama) mendapat kesedaran penuh tanpa guru,
hanya dengan usaha sendiri. Pacceka-Buddha atau Pratyeka-Buddha pula guru yang
menyerupai Samma-Sambuddha, tetapi sentiasa diam dan menyimpan pencapaian
Dharma pada diri sendiri. Manakala, Savaka-Buddha pula guru yang merupakan
Arahat (pengikut kesedaran), tetapi mencapai tahap kesedaran dengan mendengar
Dhamma.
Perspektif
Hindu
Dalam
agama Hindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu
(vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu spiritual atau kejiwaan
murid-muridnya.
Dalam
agama Hindu, Guru adalahTuhan itu
sendiri.Hanya para ahli agama yang sudah merealisasikan Tuhan dapat disebut
sebagai Guru. Hanya mereka yang mempunyai hak untuk meminta Bhakti dan penyerahan
kehendak yang tak dapat dipertanyakan dari para pengikut mereka. Satu sifat
utama seorang Guru yang benar adalah kehadirannya dimana-mana (omnipresence).
Mahreshi
Narada menyatakan bahwa di seluruh dunia ada ratusan Guru, banyak dari mereka
hidup dalam jiwa (tanpa badan), secara terus-menerus mencari murid-murid yang
berharga. Jadi Guru itu mudah di cari dan diperolehi, tapi sangat sukar untuk
mendapat murid-murid yang setia. Bila seseorang mencari kebenaran, ratusan Guru
akan datang mengetuk pintunya untuk menyampaikan kebenaran itu. Swami
Wiwekananda merupakan seorang murid yang di tidak mengambil Gurunya, sebaliknya
Sri Ramakrishna mengambil Wiwekananda sebagai muridnya.
Menurut
agama Hindu, ada tujuh Guru yang hidup. Tujuh guru yang hidup ini kenali
sebagai Saptha Resi, yang memelihara dunia selamanya. Mereka dengan tiada
hentinya membimbing mereka dalam keinginan spiritual mereka. Kaum Yahudi
Kabbalah dan kaum Rosicrucian juga mempercayai tujuh manusia-dewa yang hidup
berada di Timur. Keyakinan mengenai tujuh guru ini diperkenalkan oleh Madame
Helena Blavatsky, pengasas dari Masyarakat Theosofi (Theosophical Society)
ketika ia menulis bukunya bernama "Isis unveiled."
Menurut
Blavatsky, semua guru itu tinggal di Tibet tapi mengelilingi dunia dalam tubuh
yang berbeza-beza. Guru yang sebenarnya adalah hadiah suci bagi penganut agama
Hindu. Tidak seorangpun dapat menjadi Guru dengan pernyataan diri sendiri.
Mahreshi Ashtawakra, yang merupakan salah seorang dari Saptha Reshi, adalah
Guru dari Raja Janaka, dan murid dari Raja Janaka yang materialistik adalah
Reshi Suka, tokoh besar dari Bhakti Yoga. Apa yang diperlihatkan oleh hal
tersebut adalah bahwa Guru yang berbeza menunjukkan kualiti atau sifat yang
berbeda sekalipun mereka menggantikan satu sama lain.
nak tanya....ade bibliografi atau rujukan untuk tugasan ini?Terima kasih
ReplyDeletedaripada buku falsafah pendidikan kebangsaan
ReplyDelete