Klik Me ! ! !

Followers

Saturday, April 7, 2012

Kertas Kerja Seminar


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH.


KERTAS KERJA 
SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK
PERINGKAT IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

TARIKH :
22-23 MAC 2011 
HARI :
SABTU DAN AHAD
TEMPAT : 
DEWAN HONE, IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH




1.0 PENGENALAN

Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasarkan sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamalkan dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.

Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa hadapan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik. Murid ibarat pokok yang perlu disirami dan dibajai dengan penuh kasih sayang. Guru juga perlu memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat. 

Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid selaras dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN), iaitu melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Dalam pada itu, guru berfungsi sebagai pendidik, ‘a good moderator’, ‘a good coach’ and ‘a good preacher’ dalam memupuk semangat integriti dalam kalangan masyarakat. 

Di tangan seorang guru akan terletak satu amanah untuk merealisasikan misi nasional untuk mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Guru berkeupayaan dalam melahirkan modal insan kelas pertama apabila bertugas dengan niat yang ikhlas. Minda kelas pertama adalah ciri-ciri modal insan yang akan memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat  dan negara. Modal insan ini merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik ke arah pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri selaras dengan hasrat wawasan 2020. 
Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi serta pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Dalam konteks ini, pendekatan guru mengajar dan murid belajar perlu dijadikan amalan profesion perguruan di sekolah. Guru yang berintegriti dan beretika sangat diperlukan dalam bidang pendidikan. Etika dan integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan menjadikan seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya. 

Oleh itu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran ingin mengadakan seminar warga pendidik peringkat IPG Kampus Kent untuk memantapkan lagi semangat integriti dalam kalangan bakal guru di IPG Kampus Kent. 


2.0 TAJUK SEMINAR

Seminar Integriti  Warga Pendidik peringkat IPG Kampus Kent ,Tuaran.

3.0 MATLAMAT

Seminar Integriti Warga Pendidik peringkat IPG Kampus Kent, Tuaran ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik khususnya bakal guru tentang Pelan Integriti Nasional (PIN). 

Di samping itu, seminar ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan mereka dalam mengukuhkan integriti keluarga dan komuniti di samping dapat memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan serta kehidupan seharian. 

Seminar ini juga diadakan untuk mengelak daripada berlakunya keruntuhan institusi dan juga penderaan dalam keluarga, kerosakan kemudahan awam, salah guna kuasa di jabatan kerajaan dan lain-lain kerosakan sosial. 

Warga pendidik merupakan ejen perubahan masyarakat yang sangat penting untuk menyampaikan mesej integriti dan seterusnya menjamin kelangsungan hidup yang lebih harmoni pada masa akan datang.  Oleh itu, matlamat terakhir seminar ini adalah diharap semua warga pendidik khususnya bakal guru dapat menghayati konsep integriti. 


4.0 OBJEKTIF

Seminar ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif yang berikut :

1. Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik tentang Pelan Integriti Nasional.

2. Memberi persediaan dan gambaran kepada bakal-bakal guru dalam melaksanakan konsep integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

3. Meningkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat.


5.0 KUMPULAN SASARAN

Guru-guru pelatih Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2010 :

1. PPISMP Pendidikan Agama Islam (SK)
2. PPISMP Pra Sekolah (SK)
3. PPISMP Bahasa Melayu (SJKT)

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

Tarikh : 22 - 23 Oktober 2011
Tempat : Dewan Hone IPG Kent, Tuaran
Masa : 7 pagi hingga 5 petang
        : 7 pagi hingga 10.30 pagi


7.0 AHLI JAWATANKUASA


JAWATANKUASA INDUK

Penaung
Pn. Mary Teresa Kinajil
Pengarah, IPG Kampus Kent

Penasihat
En. Amidy Malagob
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Penyelaras
En. Mohd Fauzi bin Hassan

Pengerusi
Mohd. Firdaus bin Masran

Naib pengerusi
Lisa Ng Mui Song

Setiausaha
Ruzana binti Hamzah

Bendahari
Maria binti Marcellinus





JAWATANKUASA PELAKSANA


Protokol dan jemputan
Mohd. Firdaus bin Masran (ketua)
Cynthia Andrew
Ngu Hung Chuong
Nazatul Azila binti Md. Najib
Pendaftaran
Yizhar Effendy Gimik (ketua)
Siti Aimih binti Bidin
Sunia binti Umad

Persiapan tempat
Umar Qayyum bin Mohd Luai (ketua)
Aeron Lamiri
Nurul Hidayah binti Wasli
Nurfaseha binti Said

Makanan dan minuman
Ummi Maisara binti Hassan@Ashan
Sunia binti Umad
Maria binti Marcellinus
Buku program
Shylina Jimolis (ketua)
Rexly fredy
Lisa Ng Mui Song

Peralatan dan PA sistem
Syamsir bin Moktar (ketua)
Ngu Hung Chuong
Nurul Hidayah binti Wasli

Dokumentasi dan publisiti
Jackie Wong Si Qie (ketua)
Rexly fredy
Nuruzairah binti Mutirin 

Sijil dan cenderahati
Nur su’aidah binti Mustapha (ketua)
Ummi Maisara binti Hassan@Ashan
Ismail bin Lapagang
Mohd Azmir bin Wandy

Juruacara
Yizhar Effendy Gimik
Ruzana binti Hamzah

Teks ucapan
Ismail bin Lapagang (ketua)
Cynthia Andrew

Kebersihan dan keceriaan
Aeron Lamiri (ketua)
Nur Faseha binti Said
Nazatul Azila binti Md. Najib
Siti Aimih binti Bidin




8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari pertama – 22 Oktober 2011 (Sabtu)

7.00 pagi - Pendaftaran peserta

7.30 pagi - Ketibaan para penceramah jemputan

7.35 pagi - Slot ceramah 1
 Pelan Integriti Nasional oleh En. Mohammad Diah bin  Hj. Wahari, Pengarah Sektor Awam, Institut Integriti            Malaysia

9.00 pagi - LDK 1

10.30 pagi - Kudapan

11.00 pagi - Slot ceramah 2
Integriti dalam Pendidikan oleh Puan Hajah Maimunah      binti Hj. Sarail, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

12.30 tengah hari - Rehat / solat

1.30 petang - Slot ceramah khas
 Bicara Tokoh oleh Datuk Normah binti Gagoh, Mantan
 Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

2.30 petang - LDK 2

4.00 petang - Seminar ditangguhkan




Hari kedua – 23 Oktober 2011 (Ahad)

7.00 pagi - Ketibaan dan pendaftaran peserta

7.30 pagi - Slot kaunseling kerjaya
  Guru berintegriti pemangkin perubahan oleh Pn. Juliana
  Dumpil, Pensyarah kaunseling, IPG Kampus Kent

9.00 pagi - Kudapan

9.30 pagi - Majlis penutupan

10.30 pagi - Majlis bersurai



9.0 TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

9.30 pagi - Ketibaan Pengarah IPG Kampus Kent dan VIP

9.35 pagi - Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah airku dan IPG
- Kata-kata aluan pengacara majlis
- Bacaan doa

10.00 pagi - Ucapan kata-kata aluan Pengerusi Seminar Integriti

10.15 pagi - Ucapan perasmian penutupan Seminar Integriti oleh Puan Pengarah

10.30 pagi - Penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan

10.45 pagi - sesi bergambar, jamuan dan majlis bersurai



10. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)
1. Makanan 5 57 orang 285
2. Minuman 3 57 orang 171
3. Cenderahati 10 4 orang 40
4. Fail poket 0.80 57 buah 45.60
5. Pen 0.80 57 batang 45.60
6. JUMLAH KESELURUHAN (RM) 607.20



11.0 SENARAI PERALATAN


BIL PERALATAN KUANTITI
1. Pembesar suara 3
2. Kain skirting 1
3. Meja dan kerusi VIP 1
4. Bunga hiasan pentas 2
5. Dulang 2
6. Gelas VIP 4
7. Pemancar cecair kristal (LCD) 1


12.0 PENUTUP

Seminar integriti warga pendidik ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pengajaran serta nilai yang akan didapati oleh para peserta dalam seminar ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharapkan juga melalui seminar ini, individu khususnya bakal-bakal guru yang berwibawa, berintegriti, beretika dan berkeperibadian tinggi dapat dilahirkan. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan seminar ini. Segala kerjasama dan sokongan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



13.0 PERAKUAN


Perkara Jawatan Tandatangan

Disediakan Oleh :
Ruzana binti Hamzah

Tarikh :

Setiausaha kehormat
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Kent, Tuaran




                           
(      Ruzana binti Hamzah     )

Disemak Oleh :

Tarikh :                      

Penyelaras Seminar Warga Pendidik,
IPG Kampus Kent, Tuaran




             
(En. Mohd Fauzi bin Hassan)

Disokong / Tidak disokong

Tarikh :

Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Kent, Tuaran


             
           
(Pn. Juliana Dumpil)



Disokong / Tidak Disokong

Tarikh :

Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran



                 
(     En. Amidy Malagob     )





DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN


                                               

(MARY TERESA KINAJIL)
PENGARAH,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENT
PETI SURAT 02,
89207 TUARAN,
SABAH.


Catatan:

 .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................




LAMPIRAN B

SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK protokol dan jemputan
1. Menyediakan surat jemputan untuk penceramah.
2. Menyediakan surat jemputan untuk Pengarah, Timbalan pengarah dan Ketua-ketua jabatan.
3. Mendapatkan perasmi untuk majlis penutupan.
4. Menyediakan tentatif program dan atur cara majlis perasmian penutupan.
5. Memastikan penceramah dan VIP dijemput masuk ke Dewan Hone.
6. Menyediakan air untuk penceramah dan VIP.
7. Menyediakan fasilitator untuk aktiviti LDK

AJK pendaftaran
1. Menyediakan borang pendaftaran peserta.
2. Menguruskan sesi pendaftaran peserta.
3. Mengedarkan fail seminar kepada peserta.
4. Menyediakan tempat pendaftaran lebih awal.

AJK persiapan tempat
1. Memastikan latar belakang untuk seminar integriti telah disediakan.
2. Menyediakan kerusi untuk peserta dan VIP.
3. Memastikan hiasan pentas dewan Hone berjalan lancar.

AJK buku program
1. Mendapatkan tentatif sepanjang seminar daripada AJK protokol.
2. Menyediakan brosur dan buku program untuk majlis perasmian penutupan.

AJK peralatan dan PA sistem
1. Membuat penempahan PA sistem.
2. Memastikan semua peralatan PA sistem berfungsi dengan baik.
3. Mengendalikan PA sistem sepanjang seminar berlangsung.

AJK publisiti dan dokumentasi
1. Menyediakan iklan dan pemberitahuan tentang seminar integriti.
2. Mengambil gambar sepanjang seminar berlangsung.
3. Menyimpan gambar yang telah diambil sebagai bahan bukti.

AJK sijil dan cenderahati
1. Mendapatkan senarai nama dan nombor kad pengenalan para peserta dan AJK daripada AJK pendaftaran.
2. Mengeluarkan sijil penghargaan dan penyertaan kepada semua peserta dan AJK.
3. Memastikan nama dan nombor kad pengenalan peserta dan AJK yang tertera pada sijil adalah betul.
4. Menyediakan cenderahati untuk penceramah dan VIP jemuputan.

AJK teks ucapan
1. Menyediakan teks ucapan untuk pengerusi seminar dan perasmi.
2. Memastikan tajuk dan isi kandungan teks ucapan bersesuaian dengan tema seminar.
3. Memastikan teks ucapan menggunakan bahasa yang betul.

AJK juruacara
1. Menyediakan teks pengacara majlis untuk sepanjang seminar dan majlis penutupan.
2. Menjemput penceramah untuk memberikan ceramah.
3. Mengendalikan majlis sepanjang seminar berlangsung.

AJK kebersihan dan keceriaan
1. Memastikan Dewan Hone sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa.
2. Menyusun kerusi di Dewan Hone.
3. Menyediakan plastik sampah untuk membuang sampah dan sisa-sisa makanan.

3 comments:

  1. Saudari Shafiqa Ahmad, sy mohon izin utk rujuk kertas kerja di atas ye. Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Cikgu Shafiqa Ahmad, saya mohon izin rujuk kertas kerja di atas ya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers