Klik Me ! ! !
Followers
Thursday, November 28, 2013
Sunday, November 3, 2013
KESAN AKTIVITI YANG DIAPLIKASIKAN DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Aktiviti
yang dijalankan di dalam pendidikan prasekolah perlulah membantu dalam setiap
aspek yang merangkumi perkembangan murid. Aktiviti yang dijalankan juga
perlulah dijalankan berdasarkan kelemahan murid dalam perkembangan sosio emosi
mereka.
Menurut Froebel (1964), beliau percaya bahawa kanak-kanak
belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh
cara-cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh
kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
Menurut Montessori (1965) pula, beliau percaya bahawa perkembangan seorang
kanak-kanak khususnya apabila kanak-kanak diberi peluang menyentuh, mencuba,
dan menggunakan peralatan khas dan persekitaran yang disediakan secara tersusun
.
Dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1952), ada
menyatakan bahawa di hujung peringkat pra operasi(dua hingga tujuh tahun),
kanak-kanak berada pada kemuncak kebolehan untuk berimaginasi dan mencipta
berbagai-bagai benda. Kita
hendaklah menggalakkan kanak-kanak itu memperkayakan daya imaginasi dan daya
kreatifnya melalui perantaraan bercerita dan lukisan. Manakala dalam teori
perkembangan psikososial Erikson (1963) pula menyatakan kanak-kanak di
peringkat umur tiga hingga enam tahun mempunyai perasaan autonomi yang tinggi
dan jika digalakkan lagi, akan mendorong kanak-kanak untuk meneroka dan mencari
pengalaman yang mencabar minda mereka.
Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi.
Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta
dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema.
Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang
dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan
bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain
seperti emosi, sosial dan moral.
Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar
melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on,
penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah
penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan
kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini,
penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi
menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat
dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget. Jean
Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana
manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea
dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.
Dengan bermain kanak-kanak
akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain
kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah.
Banyak pengetahuan diperolehi oleh
kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan
dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat
merasa bosan. Dalam langkah merangsang perkembangan sosial kanak-kanak, guru boleh menyediakan permainan yang boleh
merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif. Semasa
bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan
hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada
proses sosialisasi kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang
benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk
apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku
mereka.
Kanak- kanak juga didedahkan dengan beberapa kemahiran
yang tersirat tanpa dinyatakan secara jelas dalam kurikulum antaarnya ialah
kemahiran empati dan berhujah tanpa menggunakan
fizikal.kemahiran ini amat penting untuk dikuasai kerana empati adalah satu
sikap dimana berkebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan boleh meletakkan
dirinya kepada orang berkenaan. Kanak-kanak yang mempunyai empati yang mendalam
mampu menunjukkan kepekaan terhadap keperluan orang lain , dapat memahami
sesuatu isyarat yang ditunjukkan oleh orang lain tanpa bantuan lisan, dapat
menangkap ekpresi muka dan bertindak secara wajar, dapat merasai dan mengenal
pasti seseorang yangdalam kesusahan dan bertindak seterusnya untuk membantu.
Kemahiran empati akan menjadikan kanak-kanak lebih bersedia utuk berinteraksi
sosial dengan cara yang lebih harmoni.
Kanak-kanak juga dapat berhujah dengan orang lain tanpa
perlu menggunakan fizikal ataupuin kekerasan kerana mereka dapat memahami
sesuatu perasaaan atau respons orang lain melalui penilaian kepada bahasa
badan,mimik muka dan sebagainya. Kebolehan ini kank membina kanak-kanak
yang bersikap positif dan mmapu bertoleransi dalam keadaan yang tertentu dan
membina perhubungan social yang harmoni dan berkekalan.
Selain itu, dalam pelaksanaan aktiviti untuk perkembangan
sosio emosi dalam bidang pembelajaran, guru perlu menyediakan aktiviti yang membolehkan
kanak-kanak belajarapabila mereka sudah bersedia untuk belajar. Selain itu guru
juga berperanan dalam mengembangkan kualiti yang diwarisi untuk belajar. Oleh
itu guru dianggap sebagai perekabentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak.
Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam
kemuadianbercambah dan mula mengeluarkan pucuk. Selepas tumbuh pokok itu
membesar. Beliau mengumpamakan guru sebagai tukang kebun. Didalam kebunnya yang
dipenuhi kanak-kanak, mereka dididik dalam suasana yang tertutup, penuh dengan
keharmonian dalam keadaansemula jadi.
Bagi Froebel kindergarden perlu dipenuhi dengan keindahan
untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya kindergarden dicat
dengan warna terang, bilik dapat pencahayaan yang cukup dan dipenuhi
dengan tanaman, binatang dan gambar. Untuk memberikan keselesaan kepada
kanak-kanak kindergarden perlu dilengkapi dengan kerusimeja dan perabot yang
sesuai. Tempat itu harus selesa dan mudah untuk menjalankan
aktiviti.Froebel berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau
peribadi kanak-kanak. Pendidikan hendaklah berasaskan keperluan dan
keupayaan kanak-kanak.
Disebabkankanak-kanak mempelajari sesuatu melalui
perbuatan, mereka hendaklah dianggap sebagaikanak-kanak dan perlu diberikan
kebebasan. Aktiviti di dalam prasekolah ini dapat menyemai nilai-nilai seperti
kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, menjaga kebersihan dan menggalakkan
kesihatan yang baik. Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, Froebel
menekankan kaedah bermain dan belajar melalui praktikal. Beliau menyatakan
bahawa bermain itu kehidupan danmerupakan tahap yang tertinggi dalam
perkembangan kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak dapat melahirkan keunikan
mereka. Bermain sesuatu strategi dalam pendidikan dianggap sumbangan Froebel
yang terbesar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Froebel adalah mengembangkan aspek fizikal, kognitif dan
sosial kanak-kanak.Menurut Froebel lagi, bagi mengajar kanak-kanak secara
berkesan, seorang guruperlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila
perhatian dan perasaan ingintahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung
mereka terdorong untuk belajar sesuatu yang baru. Montessori menyokong Froebel
dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui bermain. Mengikut beliau
dalam keadaan bermain kanak-kanak sebenarnya‘bekerja’ bersungguh-sungguh bagi
menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga menyarankan
kanak-kanak menggunakan deria bagi meneroka persekitaran dan menambah pengetahuan
mereka.Montessori percaya kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu
aktiviti apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Guru pun
merupakan pemudahcara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak
apabila merekamenunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan
dan membantu merekaketika bantuan diperlukan. Bagi Montessori guru adalah
pemudah cara sahaja, bukan penentu bentuk atau jenis pengajaran yang harus
diterima oleh kanak-kanak.Dari kaedah pengajaran beliau menekankan kaedah
yang bersesuaian dengan masalahpembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang
disediakan perlu mempunyai cirri-ciri khassupaya kanak-kanak boleh menggunakan
deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannyamenekankan penggunaan
deria dalam pengajaran dan pembelajaran.Mengikut Montessori, guru
perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perludilayan seperti kanak-kanak
dan bukannya seperti orang dewasa. Guru tidak boleh memaksa kanak-kanak
menerima idea mereka.
Montessori menganggap perkembangan sahsiah kanak-kanak
akan terhalang sekiranyadiberikan layanan yang tidak sesuai. Guru perlu
membantu kanak-kanak dalam belajarmelakukan aktiviti pilihan mereka sendiri.
Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri, pada
masa yang sama mereka akn memperkembangkan kemahiranserta kebolehan mereka yang
merupakan asas dalam pembelajaran yang berkesan, autonomidan penghargaan
kendiri yang positif.
Kesimpulannya, melalui aktiviti yang dirancang, kaedah,
strategi, pendekatan dan usaha guru tersebut, murid dapat mempelajari dengan
cara yang seronok dan berkesan di samping dapat meningkatkan lagi perkembangan
sosioemosi kanak-kanak.
PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN
PENGENALAN
KEPADA KEROHANIAN
Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, beerdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Ahli Psikologi Barat yang
Sekular
◦ Mentakrifkan “pembinaan insan” sebagai satu
usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan hidup
manusia ke tahap yang maksimum dalam aspek-aspek duniawi yang berpandukan
sains dan citarasa masyarakat yang menumpukan kepada 3 aspek (ekonomi,
industri, teknologi) dengan megetepikan aspek-aspek kerohanian dan pencipta.
- Ahli Psikologi Islam
◦ Mentakrifkan
“pembinaan insan” sebagai satu usaha mempertingkatkan kesejahteraan
manusia ke tahap yang optima dalam semua aspek kehidupan berlandaskan
paradigma tauhid.
- Konteks Kerohanian
-
Kerohanian
berasal dari perkatan “roh”
-
Ia
adalah urusan Tuhan dan kita diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangNya.
-
Dibahagikan
kepada 4 bahagian iaitu:
1.
Akal
2.
Rohani
3.
Nafsu
4.
Kalbu
KONSEP KEROHANIAN
- Rohani
-
Entiti
abstrak yang membezakan manusia dan makhluk lain.
-
Akal
-
Terlibat
dalam proses persepsi, pemahaman dan pembinaan ilmu
-
Nafsu
-
Mengurus
dan mentadbir tubuh, membekalkan daya pendorong, tempat fokus daya shahwat
dan marah
-
Kalbu
-
Terlibat
dalam proses menerima hidayah danpenerangan institutif
KONTEKS
KEROHANIAN
-
Kerohanian
adalah satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai
tujuan bagi kehidupan insan dan sebab kejadiannya.
-
Tidak
kelihatan pada pandangan kasar tetapi dilihat dari manifestasinya sahaja.
-
Pembinaan
yang memberi makna yang hakiki kepada diri insan dan kehidupannya
-
Tanpanya tujuan hidup dan sebab bagi kejadiannya akan hilang.
-
Kerohanian
merangkumi aspek-aspek seperti:
• Keyakinan kepada tuhan
• Kepercayaan kepada agama
• Kemantapan jiwa
• Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
• Berbudi pekerti mulia
• Keyakinan kepada tuhan
• Kepercayaan kepada agama
• Kemantapan jiwa
• Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
• Berbudi pekerti mulia
AKTA PENDIDIKAN 1996 - SEKSYEN 50 (1) PENGAJARAN AGAMA ISLAM
Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan
perundangan yang kuat dan jelas.
Perlembagaan Malaysia :
• Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
• Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Akta Pendidikan 1996 :
• Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
• Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
• Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.
Perlembagaan Malaysia :
• Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
• Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Akta Pendidikan 1996 :
• Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
• Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
• Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.
Subscribe to:
Posts (Atom)