|
Bilangan Jurnal
|
:
|
5
|
|
Minggu Praktikum
|
:
|
Kelima
|
|
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
11 Ogos 2014 hingga 15 Ogos 2014
|
|
Tajuk Jurnal
|
:
|
Pengurusan masa
|
|
1.
Masalah / Peristiwa
Apa
yang dapat saya perhatikan di dalam masalah ini, sayamempunyai masalah
pengurusan masa dalam sesetengah masa pengajaran saya terutamanya yang
melibatkan aktiviti kumpulan. Saya juga memerlukan masa persediaan yang lebih
setelah waktu Pendidikan Jasmani di kelas Perdana. Terdapat aktiviti yang
telah dirancang tidak dapat dijalankan sehingga selesai dan memakan masa
matapelajaran lain. Dalam masa yang sama saya bimbang pengajaran sebegini
jika tidak diatasi akan mempengaruhi pengagihan jadual waktu dalam pengajaran
prasekolah.
Masalah yang timbul berkenaan pengurusan
masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang
menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa
dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak
bersedia dan fokus terutama bagi kelas prasekolah ini yang mempunyai masalah
pembelajaran yang ketara.
Begitu juga ketika aktiviti kumpulan
dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan.
Ini dapat dilihat apabila murid berasa
teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung
mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.
Namun apa yang saya perolehi hasil daripada
pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami
pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan
aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak
sedar akan masa yang bergerak pantas.
Namun
saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah
penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada
mereka.
Menurut
Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada
secara harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa
bagi aktiviti kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab.
Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke
semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan
tentang pengurusan masa.
Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat
murid dalam setiap matapelajaran dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pelbagai bahan
.
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada
pensyarah pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang
dengan rakan-rakan lain.Selain itu, saya juga boleh menyediakan satu alat
penanda masa bagi menanda masa pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang
tamat di dalam prasekolah.
Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing
saya untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya
agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.
Ø Pelaksanaan
penambahbaikan :
Ø Mengkaji
kesilapan
Ø Merancang
aktiviti yang bersesuaian dengan masa
Ø Berbincang
dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.
Ø Merangka
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi
yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.Langkah yang terbaik
adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.
Menjadi persoalan sekiranya tidak dapat menguruskan
masa dengan baik adakah segala perancangan yang telah diatur akan berjaya?
Saya
akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin dan mula peka terhadap masa.Pengurusan
masa yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah
dirancangkan.
|
||
|
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
|
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
|
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
|
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
Klik Me ! ! !
Followers
Showing posts with label PRAKTIKUM. JURNAL. Show all posts
Showing posts with label PRAKTIKUM. JURNAL. Show all posts
Monday, October 12, 2015
JURNAL 5 (PRAK2)
JURNAL 4 (PRAK2)
|
Bilangan Jurnal
|
:
|
4
|
|
Minggu Praktikum
|
:
|
Keempat
|
|
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
4 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014
|
|
Tajuk Jurnal
|
:
|
Komunikasi antara guru dengan murid
|
|
1.
Masalah / Peristiwa
Setelah 3 minggu
berada di SK Kinasaraban, pelbagai halangan dan cabaran yang saya hadapi
dalam usaha saya melaksanakan proses penyampaian pengajaran yang sempurna di
dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran yang sempurna melibatkan dua pihak
iaitu pihak guru dan murid. Dalam hal yang demikian, tanpa adanya perhubungan
atau rappo antara kedua-dua belah
pihak, pengajaran yang sempurna tidak akan dapat direalisasikan , malahan
juga ianya akan mengundang kepada pelbagai masalah. Antara masalah yang
timbul sepanjang minggu ketiga ini adalah berkaitan dengan masalah sikap.
a. Penglibatan
murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Beberapa
orang murid telah menampakkan kurang minat dan konsisten terhadap pelajaran.
Antara murid yang sering bermasalah tingkah laku di kelas ialah Aiman,
AdRies, Fikri
b. Sikap
sambil lewa di kalangan murid terhadap tugasan atau arahan guru. Murid ini
juga kadang-kadang leka melakukan kerja lain semasa guru memberi tugasan.
Antara murid yang sering leka ialah Kiko dan Friendly
Keadaan seumpama ini jelas menyukarkan saya sebagai seorang
guru praktikum untuk mengawal kelas dan mencapai objektif utama saya. Atas
sebab itu timbul beberapa permasalahan yang akan berlarutan jika masalah ini
tidak dibendung dari awal.
Komunikasi
berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam
bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik
darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan
sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh
murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan
adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon
Sang menyatakan :
”Kekurangan
minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah.
Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian
terhadap pelajaran”.
Sebagai
guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang
dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak
kepimpinan guru (demokratik), komunikasi dan interaksi (pengunaan nada suara
yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan bersesuaian
untuk merarik perhatian murid-murid ketika belajar
.
Saya
akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan
berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan dengan
PdP yang disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar juga akan saya pelbagaikan
demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir
sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat
dari PdP yang dijalankan.
Saya
amat berharap agar dapat meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid
saya. Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari guru-guru yang
lain. Mungkin dengan cara sedemikian, saya akan memperoleh idea atau strategi
baru dalam mengendalikan P&P
Bermula 4 Ogos 2014
hingga murid-murid menunjukkan perubahan dan perkembangan yang lebih baik.
|
||
|
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
|
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
|
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
|
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
JURNAL 3 (PRAK2)
|
Bilangan Jurnal
|
:
|
3
|
||
|
Minggu Praktikum
|
:
|
Ketiga
|
||
|
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
4 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014
|
||
|
Tajuk Jurnal
|
:
|
Komunikasi antara guru dengan murid
|
||
|
1.
Masalah / Peristiwa
Sepanjang
saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran prasekolah, saya
berpendapat bahawa kebanyakkan murid kurang memberi perhatian terhadap
pelajaran selepas waktu rehat. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan
arahan guru, membuat bising dan bertindak sesuka hati. Murid juga kerap kali
mengganggu rakan-rakan lain dan berkelakuan agresif sekiranya ditegur oleh
rakan-rakan contohnya seperti kelakuan memukul dan dan berjalan-jalan di
dalam kelas. Masalah ini mungkin berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam
mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru,
saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya perlu untuk memilih corak
kepimpinan yang bersesuaian. Disamping itu juga, guru perlu menggunakan
teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid
seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.
Mok
Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan guru seharusnya tahu cara
bagaimana mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Kemahiran
berkomunikasi secara lisan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik seperti berikut:
”Bertutur
dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang
betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang
efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang
yang berkomunikasi.”
Penjelasan
ini jelas menunjukkan bahawa guru mesti bercakap atau menyampaikan maklumat
kepada murid dengan menggunakan pelbagai nada suara demi menarik minat murid
terhadap pelajaran dan mengelak murid dari merasa bosan atau melakukan
sesuatu di luar kawalan guru.
Komunikasi
berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam
bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik
darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan
sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh
murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan
adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon
Sang menyatakan :
”Kekurangan
minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah.
Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian
terhadap pelajaran”.
Sebagai
guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang
dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak
kepimpinan guru (demokratik), komunikasi dan interaksi (pengunaan nada suara
yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan bersesuaian
untuk merarik perhatian murid-murid ketika belajar
.
Saya
akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan
berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan dengan
PdP yang disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar juga akan saya pelbagaikan
demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir
sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat
dari PdP yang dijalankan.
Saya
amat berharap agar dapat meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid
saya. Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari guru-guru yang
lain. Mungkin dengan cara sedemikian, saya akan memperoleh idea atau strategi
baru dalam mengendalikan P&P
Bermula 4 Ogos 2014
hingga murid-murid menunjukkan perubahan dan perkembangan yang lebih baik.
|
||||
|
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
||
|
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
||
|
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
||
|
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
||
JURNAL 2 (PRAK2)
|
Bilangan Jurnal
|
:
|
2
|
||
|
Minggu Praktikum
|
:
|
Kedua
|
||
|
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
21 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014
|
||
|
Tajuk Jurnal
|
:
|
Masalah Tingkah Laku murid-murid Prasekolah
|
||
|
1) Masalah /
Peristiwa
Di
sepanjang minggu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas prasekolah. Setiap murid mempunyai tingkah
laku masing-masing. Agak sukar untuk mereka mematuhi arahan saya. Malah,
mereka juga menjawab setiap apa yang saya katakan. Selain itu, mereka juga
suka bermain jika ada peluang walaupun masih berada dalam waktu pengajaran
dan pembelajaran. Malah, ada yang sanggup membuli kawan sehingga menangis.
2) Analisis
Masalah
ini mungkin timbul kerana sikap saya yang tidak tegas pada minggu pertama
berkenalan dengan mereka. Hal ini kerana, pada minggu pertama berkenalan
dengan mereka, saya banyak menunjukkan sikap mesra berbanding ketegasan yang
perlu ada pada seorang guru. Hal ini menjadikan mereka hilang hormat kepada
guru.
3) Cadangan Tindakan Susulan
a. Saya perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku murid
b. Saya perlu menyediakan aktiviti hands on yang
melibatkan murid agar mereka kurang masa untuk leka dan bermain
c. Saya perlu menyediakan token agar murid lebih bersemangat
untuk menunjukkan tingkah laku yang positif dan takut untuk kehilangan token
jika ganjaran ditarik balik
d. Saya patut mengulangkaji buku-buku yang berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti untuk menjalankan proses pengajaran yang lebih menarik dan
bermakna kepada murid.
e. Penggunaan token yang perlu dijaga sendiri oleh murid agar
dapat memupuk sikap amanah dan percaya diri dalam diri murid.
4) Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya
akan cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini. Saya perlu menguruskan
tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka dapat menjalani proses
pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada mereka. Jika tiada
langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh mereka, maka pengajaran saya pada
hari tersebut tiada maknanya kepada mereka seterusnya menjadikan mereka tidak
berminat pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
|
||||
|
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
||
|
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
||
|
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
||
|
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
||
JURNAL 1 (PRAK2)
|
Bilangan Jurnal
|
:
|
1
|
||
|
Minggu Praktikum
|
:
|
Pertama
|
||
|
Tarikh Peristiwa / Kejadian
|
:
|
14 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014
|
||
|
Tajuk Jurnal
|
:
|
Minggu Pertama di SK Kinasaraban KB
|
||
|
Pada hari pertama, saya bersama 5
lagi rakan seperjuangan melapor diri kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kinasaraban
Kota Belud. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri
kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik sekali. Keramahan beliau
menjadikan kami tidak gugup untuk berdiskusi tentang apa yang terlahir di
fikiran. Bersama beliau, kami membincangkan beberapa perkara:
1) Sejarah, peraturan, disiplin dan
budaya sekolah
2) Perkara atau aktiviti yang akan
kami sepanjang wakti persekolahan
3) Program atau aktivit yang perlu
kami laksanakan di sekolah
4) Cara lapor diri dan kedatangan
setiap hari di sekolah
Selepas itu, saya dan rakan saya iaitu Abdul Rahim Bin
Agus diperkenalkan kepada Guru Prasekolah yang mana akan bertanggungjawab ke
atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami
mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya:
1) Aktiviti yang akan kami lakukan di
sekolah
2) Program yang perlu kami laksanakan
semasa berpraktikum
3) Mendapatkan maklumat tentang
takwin prasekolah
4) Berbincang tentang agihan masa
untuk mengajar
5) Mendapat draf jadual
Di samping itu juga, beliau sendiri menjadi guru
pembimbing bagi major Prasekolah saya dan Abdul Rahim. Pada hari kedua kami
berada di sekolah tersebut, kami berasa teruja untuk berhadapan dengan
guru-guru yang mana mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi karenah
seterusnya mendidik kanak-kanak di sekolah.
Bagaimanapun, semua guru kelihatan baik-baik belaka dan
menerima kami dengan hati yang terbuka. Mereka juga memberikan kerjasama yang
baik terhadap diri kami yang mana kurang pengalaman secara praktikal dalam
menghadapi situasi sebenar. Mereka juga sudi berkongsi cerita, pengalaman,
tingkah laku murid serta bagaimana mahu menarik perhatian murid.
Pada hari ini juga, kami mendapat peluang untuk memasuki
kelas prasekolah untuk mengenali murid dengan lebih dekat untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan. Kami juga meminta pendapat guru pembimbing bagi
menambahkan idea dalam mengatasi masalah tersebut. Pada waktu-waktu terluang,
saya melengkapakan fail praktikum yang mana memasukkan bahanbahan yang telah
diperolehi mengikut susunan yang betul.
Akhir sekali, pada hari kelima,
saya mengemaskinikan fail buat kesekian kalinya. Selama seminggu berada di
sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru di sekolah ini. Tambahan pula, guru pembimbing sentiasa
membuat pemerhatian dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami agar
dapat menjadikan diri kami lebih baik dari sehari ke sehari.
|
||||
|
Disemak oleh Guru Pembimbing
|
|
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
|
||
|
Tandatangan :
__________________
|
|
Tandatangan :
______________________
|
||
|
Nama
: __________________
|
|
Nama
: ______________________
|
||
|
Tarikh
: __________________
|
|
Tarikh
: _____________________
|
||
Subscribe to:
Comments (Atom)