Klik Me ! ! !

Followers

Sunday, November 3, 2013

KESAN AKTIVITI YANG DIAPLIKASIKAN DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Aktiviti yang dijalankan di dalam pendidikan prasekolah perlulah membantu dalam setiap aspek yang merangkumi perkembangan murid. Aktiviti yang dijalankan juga perlulah dijalankan berdasarkan kelemahan murid dalam perkembangan sosio emosi mereka.
Menurut Froebel (1964), beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara-cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan  untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Menurut Montessori (1965) pula, beliau percaya bahawa perkembangan seorang kanak-kanak khususnya apabila kanak-kanak diberi peluang menyentuh, mencuba, dan menggunakan peralatan khas dan persekitaran yang disediakan secara tersusun .
Dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1952), ada menyatakan bahawa di hujung peringkat pra operasi(dua hingga tujuh tahun), kanak-kanak berada pada kemuncak kebolehan untuk berimaginasi dan mencipta berbagai-bagai        benda. Kita hendaklah menggalakkan kanak-kanak itu memperkayakan daya imaginasi dan daya kreatifnya melalui perantaraan bercerita dan lukisan. Manakala dalam teori perkembangan psikososial Erikson (1963) pula menyatakan kanak-kanak di peringkat umur tiga hingga enam tahun mempunyai perasaan autonomi yang tinggi dan jika digalakkan lagi, akan mendorong kanak-kanak untuk meneroka dan mencari pengalaman yang mencabar minda mereka.
Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.
Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.
Dengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah. Banyak pengetahuan diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan. Dalam langkah merangsang perkembangan sosial kanak-kanak,  guru boleh menyediakan permainan yang boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku mereka.
Kanak- kanak juga didedahkan dengan beberapa kemahiran yang tersirat tanpa dinyatakan secara jelas dalam kurikulum antaarnya ialah kemahiran empati dan berhujah tanpa menggunakan fizikal.kemahiran ini amat penting untuk dikuasai kerana empati adalah satu sikap dimana berkebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan boleh meletakkan dirinya kepada orang berkenaan. Kanak-kanak yang mempunyai empati yang mendalam mampu menunjukkan kepekaan terhadap keperluan orang lain , dapat memahami sesuatu isyarat yang ditunjukkan oleh orang lain tanpa bantuan lisan, dapat menangkap ekpresi muka dan bertindak secara wajar, dapat merasai dan mengenal pasti seseorang yangdalam kesusahan dan bertindak seterusnya untuk membantu. Kemahiran empati akan menjadikan kanak-kanak lebih bersedia utuk berinteraksi sosial dengan cara yang lebih harmoni.
Kanak-kanak juga dapat berhujah dengan orang lain tanpa perlu menggunakan fizikal ataupuin kekerasan kerana mereka dapat memahami sesuatu perasaaan atau respons orang lain melalui penilaian kepada bahasa badan,mimik muka dan sebagainya. Kebolehan ini kank membina kanak-kanak yang bersikap positif dan mmapu bertoleransi dalam keadaan yang tertentu dan membina perhubungan social yang harmoni dan berkekalan.
Selain itu, dalam pelaksanaan aktiviti untuk perkembangan sosio emosi dalam bidang pembelajaran, guru perlu  menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak belajarapabila mereka sudah bersedia untuk belajar. Selain itu guru juga berperanan dalam mengembangkan kualiti yang diwarisi untuk belajar. Oleh itu guru dianggap sebagai perekabentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak. Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam kemuadianbercambah dan mula mengeluarkan pucuk. Selepas tumbuh pokok itu membesar. Beliau mengumpamakan guru sebagai tukang kebun. Didalam kebunnya yang dipenuhi kanak-kanak, mereka dididik dalam suasana yang tertutup, penuh dengan keharmonian dalam keadaansemula jadi.
Bagi Froebel kindergarden perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya kindergarden dicat dengan warna terang, bilik dapat pencahayaan yang cukup dan dipenuhi dengan tanaman, binatang dan gambar. Untuk memberikan keselesaan kepada kanak-kanak kindergarden perlu dilengkapi dengan kerusimeja dan perabot yang sesuai. Tempat itu harus selesa dan mudah untuk menjalankan aktiviti.Froebel berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Pendidikan hendaklah berasaskan keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
Disebabkankanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan, mereka hendaklah dianggap sebagaikanak-kanak dan perlu diberikan kebebasan. Aktiviti di dalam prasekolah ini dapat menyemai nilai-nilai seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, menjaga kebersihan dan menggalakkan kesihatan yang baik. Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, Froebel menekankan kaedah bermain dan belajar melalui praktikal. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan danmerupakan tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak dapat melahirkan keunikan mereka. Bermain sesuatu strategi dalam pendidikan dianggap sumbangan Froebel yang terbesar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Froebel adalah mengembangkan aspek fizikal, kognitif dan sosial kanak-kanak.Menurut Froebel lagi, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guruperlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingintahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka terdorong untuk belajar sesuatu yang baru. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui bermain. Mengikut beliau dalam keadaan bermain kanak-kanak sebenarnya‘bekerja’ bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga menyarankan kanak-kanak menggunakan deria bagi meneroka persekitaran dan menambah pengetahuan mereka.Montessori percaya kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Guru pun merupakan pemudahcara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila merekamenunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu merekaketika bantuan diperlukan. Bagi Montessori guru adalah pemudah cara sahaja, bukan penentu bentuk atau jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak.Dari kaedah pengajaran beliau menekankan kaedah yang bersesuaian dengan masalahpembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlu mempunyai cirri-ciri khassupaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannyamenekankan penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran.Mengikut Montessori, guru perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perludilayan seperti kanak-kanak dan bukannya seperti orang dewasa. Guru tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka.
Montessori menganggap perkembangan sahsiah kanak-kanak akan terhalang sekiranyadiberikan layanan yang tidak sesuai. Guru perlu membantu kanak-kanak dalam belajarmelakukan aktiviti pilihan mereka sendiri. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri, pada masa yang sama mereka akn memperkembangkan kemahiranserta kebolehan mereka yang merupakan asas dalam pembelajaran yang berkesan, autonomidan penghargaan kendiri yang positif.

Kesimpulannya, melalui aktiviti yang dirancang, kaedah, strategi, pendekatan dan usaha guru tersebut, murid dapat mempelajari dengan cara yang seronok dan berkesan di samping dapat meningkatkan lagi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN

PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN
Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, beerdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  •  Ahli Psikologi Barat yang Sekular
◦ Mentakrifkan “pembinaan insan” sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan hidup manusia ke tahap yang maksimum dalam aspek-aspek duniawi yang berpandukan sains dan citarasa masyarakat yang menumpukan kepada 3 aspek (ekonomi, industri, teknologi) dengan megetepikan aspek-aspek kerohanian dan pencipta.

  •  Ahli Psikologi Islam
◦ Mentakrifkan “pembinaan insan” sebagai satu usaha mempertingkatkan kesejahteraan manusia ke tahap yang optima dalam semua aspek kehidupan berlandaskan paradigma tauhid.

  •  Konteks Kerohanian
-          Kerohanian berasal dari perkatan “roh”
-          Ia adalah urusan Tuhan dan kita diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangNya.
-          Dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
1.       Akal
2.       Rohani
3.        Nafsu
4.       Kalbu 

KONSEP KEROHANIAN

  • Rohani
-          Entiti abstrak yang membezakan manusia dan makhluk lain.
-          Akal
-          Terlibat dalam proses persepsi, pemahaman dan pembinaan ilmu
-          Nafsu
-          Mengurus dan mentadbir tubuh, membekalkan daya pendorong, tempat fokus daya shahwat dan marah
-          Kalbu
-          Terlibat dalam proses menerima hidayah danpenerangan institutif

KONTEKS KEROHANIAN
-          Kerohanian adalah satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab kejadiannya.
-          Tidak kelihatan pada pandangan kasar tetapi dilihat dari manifestasinya sahaja.
-          Pembinaan yang memberi makna yang hakiki kepada diri insan dan kehidupannya
-           Tanpanya tujuan hidup dan sebab bagi kejadiannya akan hilang.
-          Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti:
• Keyakinan kepada tuhan
• Kepercayaan kepada agama
• Kemantapan jiwa
• Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
• Berbudi pekerti mulia 

AKTA PENDIDIKAN 1996 - SEKSYEN 50 (1) PENGAJARAN AGAMA ISLAM

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan perundangan yang kuat dan jelas.
Perlembagaan Malaysia :
• Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
• Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Akta Pendidikan 1996 :

• Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
• Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
• Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.


Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers