Klik Me ! ! !

Followers

Thursday, September 6, 2012

Tutorial Teselasi Hamster

Salam 'alaik everyone....

Khaifa Halukum?..Minggu nie sibuk dengan esaimen , amali, tugasan segala..
Huuu..Penat tapi walaupun sibuk kena juga wat kerja persatuan lain. nama pun pelajar kan. kalau x sibuk bukan pelajar la tu kot :P

Hari nie shafiqa nak share teknik membuat Teselasi. teselasi termasuk dalam tugasan pendek bagi subjek WAJ3105 Literasi Nombor.

.............................................................................................................................................

Bahagian 2b : Kesedaran Ruang

Teselasi adalah satu bentuk pola yang melitupi sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk yang berlaku.
Untuk melaksanakan tugasan ini, kumpulan kami telah memilih untuk menghasilkan teselasi Jenis-Escher iaitu Teselasi berdasarkan mengubah sisi bertentangan yang selari. Teknik ini melibatkan mengubah pada satu sisi dan seterusnya mengubah sisi bertentangan yang selari dengan perubahan yang serupa.
Bagi menghasilkan teselasi yang berkualiti dan baik, kami telah menggunakan beberapa perisian komputer yang sesuai untuk menghasilkan teselasi. Antara perisian yang digunakan oleh kami ialah Microsoft Word (Drawing), Paint ToolSAI Ver.1/Paint, GSP 4.05, Photoscape dan Adobe Photoshop CS3. Perisian-perian ini digunakan untuk menghasilkan karya yang pelbagai di dalam tugasan ini.


i. Langkah Penghasilan Teselasi.

Sebelum menghasilkan teselasi, muat turun (download) perisian yang akan digunakan untuk menghasilkan teselasi dan perisian komputer yang akan digunakan sekiranya belum ada di dalam komputer. Perisian ini juga haruslah dipastikan berfungsi dan boleh digunakan untuk menghasilkan teselasi.




Rajah 1 : Perisian-perisian komputer yang digunakan



Langkah pertama dalam menghasilkan teselasi ini ialah, buka perisian Paint untuk membuat lakaran awal bagi patern teselasi yang akan dihasilkan. Kemudian, tekan butang ‘create new page’ untuk menghasilkan muka surat baru. Kemudian bina satu bentuk segi empat sama di atas muka surat ini dengan memilih bentuk segi empat sama yang terdapat di dalam ruangan shape.



Bina satu lagi bentuk segi tiga di penjuru kiri bahagian bawah segi empat tersebut. Saiz segi tiga yang dibentuk hanya mengikut anggaran iaitu tidak terlalu besar atau terlalu kecil.



Untuk menghasilkan segi tiga bagi bagi sudut kanan di bahagian atas segi empat tersebut, bina satu lagi segi tiga di atas sefi tiga yang telah dibentuk tadi. Kemudian klik kanan pada tetikus dan rotate bentuk tersebut kepada 180ยบ. Pindahkan bentuk segi tiga tersebut ke sudut atas di sebelah kanan segi empat tersebut.




Padamkan kedua-dua hujung segi tiga yang dibentuk dan tinggalkan garisan melintang yang menyambung kedua hujung garis bagi membentuk bentuk yang baru iaitu bentuk A. Kemudian, bina bentuk hexagon di atas bentuk A. Bina empat bentuk hexagon dan diletak di atas garisan panjang bentuk A seperti dalam rajah berikut :

 


Kemudian, padamkan bahagian atas hexagon yang berada di atas dan bawah garisan bentuk A. Padam keempat-empat bahagian atas pada hexagon seperti di dalam gambar rajah yang ditunjukkan. Maka terhasillah bentuk yang baru. Label bentuk tersebut dengan bentuk B.


Tambah bentuk bintang pada hujung atas sebelah kiri bentuk B. Begitu juga pada bahagian bawah sebelah kanan. Kedudukan kedua-dua bintang tersebut ialah bertentangan. Kemudian, padam garisan pada  ruangan 5 dan 6.




Tambahkan mata dan mulut pada hasil bentuk yang telah dibina. Berikan nama pada lakaran bentuk tersebut. Nama bagi lakaran bentuk yang telah dibina oleh kami ialah Teddy Bear.



Warnakan lakaran Teddy Bear dengan pebagai warna. Kami telah mewarnakan Teddy Bear tersebut dengan 3 warna iaitu merah jambu, ungu dan putih untuk hasil tugasan kami. Gunakan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan latar belakang Teddy Bear ini lutsinar.




Seterusnya, untuk menghasilkan teselasi, kami menggunakan perisian Photoscape. Pertama sekali, buka perisian Photoscape. Kemudian guna application Editor dan buka new page yang berukuran A4.





Tekan butang fungsi Object di bahagian bawah perisian ini. Kemudian tekan pada butang insert picture. Masukkan gambar Teddy Bear mengikut tiga warna yang telah dibina tadi.




Perbanyakkan jumlah bagi setiap warna dan susun mengikut kreativiti sendiri. Susunan bagi warna hendaklah serasi dan sesuai. Susun semua gambar sehingga memenuhi ruang A4 tersebut.





Setelah selesai menyusun gambar memenuhi ruang A4, Save / simpan gambar di dalam komputer dan klik pada pop-up yang keluar untuk tidak menyimpan gambar yang terkeluar daripada A4. Hasilnya akan menjadi seperti berikut :




Selain itu, boleh juga hasilkan saiz yang lebih kecil dan warna yang digemari.






* SELAMAT MENCUBA*












Sistem Bunyi Bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu bahasa.

1.1  Alat Ujaran

Dalam mengeluarkan bunyi bahasa banyak alat yang terlibat. Alat-alat ini terbahagi kepada dua kumpulan:
Alat yang terlibat dengan sistem pernafasan, iaitu yang terlibat dengan sistem udara keluar masuk ke paru-paru.
Alat yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran bunyi bahasa, seperti bahagian lidah.

1.1.1     Alat Pernafasan

                 Badan kita mempunyai sistem pernafasan yang bertujuan untuk menyedut oxigen bagi pembersihan darah. Di samping ituu sistem ini berfungsi sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi bahasa. Alat yang penting dalam sistem ini ialah:
a)    Paru-paru
                  Udara yang masuk ke paru-paru ditahan keluar oleh paru-paru apabila dinding nya dikecutkan. Sewaktu udara sedang keluar,berlaku proses penghasilan bunyi melalui pelnagai sekatan ke atas arus udara ini.


b)    Rongga tekak
                    Bermula dari rongga rengkung  hingga ke rongga hidung. Rongga ini lebar di atas dan meruncing ke bawah. Rongga ini boleh dluaskan atau di sempitkan. Lelangit lembut terletak dalam rongga ini.
c)    Rongga rengkung
                     Terdiri daripada sembilan tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan kotak dan kotak itu di panggil kotak suara. Di sinilah terletaknya halkum halkum yang bergerak ke atas dan ke bawah bergantung kepada intonasi nada suara.
d)    Rongga hidung
                      Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
a)    Rongga mulut
                        Terletak antara rongga tekak dan bibir.


Ciri-ciri Bahasa


BAHASA SEBAGAI 1 SIMBOL


* peraturan seseorang mempunyai  pertalian objek dengan peristiwa tertentu.ia mengambarkan pelbagai pengalaman dalam pertuturan dua peristiwa berlaku iaitu penangkapan bunyi dan mempertalikan bunyi yang ditanggap itu dengan makna.

*simbol merupakan satu daripada tanda lain seperti isyarat kod,index dan ikon. Tanda dapat mewakili idea,fikiran,perasaan,benda dan tindakan secara langsung simbol juga berlaku secara tidak almiah(cth:logo/bendera)

*tanda tidak bersifat arbitrari sedangkan simbol bersifat arbitrari.  simbol amat erat hubungannya dalam kegiatan manusia.


*isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya penerima bertindak balas. cth:isyarat dalam acara sukan ,lalu lintas


*gerak isyarat ialah tanda yang dilakukan dengan gerakkan badan yang mungkin berupa tanda atau lambang.cth:gerakan manusia dan haiwan


*gejala ialah tanda yang disengajakan tanpa maksud tertentu tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku.cth:ramalan doktor terhadap pesakit


*ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang diwakilinya.cth:gambar bangunan,patung,ada waktunya ikon bermaksud lambang


*index ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain seperti asap yang menunjukkan wujudnya api,tanda petunjuk arah


*kod ialah tanda wujudnya sistem,,sama ada berupa lambang isyarat atau gerak isyarat yang mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan.cth:bahasa rahsia




BAHASA BERSIFAT VARIASI



*variasi bahasa yang bersifat individu
*dialek:variasi bahasa yang digunakan oleh masyarakat ditempat tertentu
*ragam:variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu,seperti ragam baku,ragam lisan,ragam tulisan,ragam sastera.


BAHASA BERSIFAT UNIK



*unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain,cirri khusus yang menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata,pembentukan ayat dan sistem yang lain
*antara ciri keunikan Bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis,tapi bersifat sintaksis.
*bahasa sejagat bermaksud bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia


BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI



*sesuatu bahasa bergantung kepada struktur dan bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang tidak terdedah dengan sains dan teknologi tentulah kurang istilah dalam bidang berkenaan.
*dalam masyarakat bahasa yang sama juga terdapat perbezaannya.
*Leksikon sesuatu bahasa akan ditentukan oleh keadaan masyarakat bahasa itu termasuklah pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau sosialisasi pendidikan
*kegagalan kita mempelajari bahasa akan memberi kesan terhadap proses komunikasi kerana unsure penting dalam komunikasi ialah maklumat dan proses yang penting dalam komunikasi


BAHASA BERSIFAT DINAMIK



*bahasa itu bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
*bahasa juga ikut berubah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis
*perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik

KONSEP BAHASA/TAKRIF BAHASA


*bahasa ialah satu alat komunikasi dalam masyarakat manusia.
  komunikasi bermaksud proses menyampaikan  dan menerima maklumat
* sanskrit-bhahasita
   english-language
   jepun-kokugo/gengo
*alat perantaraan-komunikasi
*meluah perasaan
*menyampaikan ilmu & mengakumulasikannya
*mengungkap keindahan dalam pelbagai wahna(cara/bahan/strategi)
*mewariskan ilmu,budaya,peradaban dan agama
*kamus dewan 1996 edisi ke-3/ke-4 mentakrif bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yg diguna pakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia.Bahasa juga ditakrif sebagai percakapan yang baik dan sopan santun.
*Dalam kamus bahasa terbitan 2002 mengatakan bahawa bahasa adalah dialek, loghat,bicara,omong,ujaran dan ia merupakan pertuturan atau percakapan yang baik.
*kamus bahasa melayu edisi ke-2 2002 susunan Arbak Othman,mengatakan bahasa merupakan sistem lambang bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan suatu kelompok manusia
*bahasa ialah pertuturan yang mempunyai sistem tertentu
*bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ,ucapan yang arbitrari dan melaluinyalah manusia berkomunikasi

*merupakan satu sistem
*susunan yang teratur
*berpola yang membentuk suatu keseluruhan yang bermakna
*merupakan sejumlah unsur yang bertalian secara functional dan mengikut peraturan tertentu
*susunan ini dinamakan tataran linguistik (pelbagai)/tataran bahasa
*bahasa bersifat sistematis dan sistemis
*sistematis merupakan susunan kata mengikut pola dan tidak arbitrari.manakala sistemis bermaksud bahasa mengikut sub sistem dan disusun mengikut hierarki.
*wacana merupakan unit bahasa yang lengkap dan tinggi
*terdiri daripada deretan kata/ayat bentuk tulisan/ayat
*ayat merupakan unit tatabahasa yang tinggi ,pemikiran lengkap.
*intonasi yang sempurna dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan terhadap prediket
*klausa-unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada 1 kumpulan atau lebih
*frasa-kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dan klausa
*kata-merupakan morfem/gabungan morfem yang merupakan unit terkecil yang berstatus ayat atau ajaran
*morfem-unit tatabahasa terkecil yang fleksical
*fonem-unit terkecil mujarad yang membezakan makna bunyi bahasa dalam bidang fonemik
*fon-unit bunyi ujaran dalam bidang fonetik
*peringkat fonologi-penyusunan bunyi iaitu vokal(v) dan konsonen(k)
*peringkat morfologi-penyusunan kata.cth:restauran Taufiq
*peringkat sintaksis-penyusunan frasa.cth:orang itu cantik




SUB: CIKGU AZMI JALI

Senaman


-Pergerakan manusia atau aktiviti fizikal seperti kalistenik,pergerakkan dalam acara sukan dan permainan, tarian atau aktiviti tidak formal seperti berjalan kaki, berjogging, berenang.

-Kecergasan keseluruhan
*kecergasan fisiologi – kecergasan fizikal
*kecergasan sosial – kecergasan sosial
*kecergasan psikologi
  -kecergasan kerohaniaN
  -kecergasan mental
  -kecergasan emosi
  -Kecergasan Fizikal
*berasaskan kesihatan
 -daya tahan kardiovaskular
 -kekuatan
 -dayatahan otot
 -kelembutan/fleksibiliti
 -komposisi badan

*berasaskan kemahiran motor
 -ketangkasan (keupayaan individu dalam mengubah arah)
 -imbangan(keupayaan tubuh badan mengekalkan postur tubuh badan
 -koordinasi(keupayaan badan menyelaraskan mata dengan tangan dll.)
 -kuasa(tenaga)
 -masa tindak balas(tindak balas terhadap ransangan)

*kenapa bersenam
-mampu meningkat tahap kecergasan dan kecerdasan tubuh badan
-mengekalkan kesihatan tubuh badan

SUB: Cikgu Viktor P Salanggang(PJ1)

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI


 - Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar:
1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat.
2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

-Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani.

-Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.

-Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

-Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

-Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby.

-Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

-Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

SUB:CIKGU ARBAA TAMPUNG (PJ1)

Matlamat Pendidikan Jasmani


-Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat
-melahirkan pelajar yang cergas dan produktif


SUB: CIKGU ARBAA TAMPUNG (PJ1)

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI


-Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian
-Untuk memahami apa yang hendak dilakukan
-Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat
-Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah.
-Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat
-Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program.

SUB: CIKGU ARBAA TAMPUNG (PJ1)

KONSEP/DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI


Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
 
Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal.
(Pettifor, 2005)

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
Roddick (1982).
PJ adalah sebahagian daripada
pendidikan yg menggunakan aktiviti
fizikal sebagai medium pendidkan yg
menekankan pembentukan sikap,
pengetahuan , kemahiran yg
berhubung dengan kesihatan,
kecergasan dan rekreasi.

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
KBSM (1992).
PJK bertujuan menjadikan pelajar
sihat,cergas dan produktif
dengan pemupukan nilai, sikap,
pengerahuan dan amalan
kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan seharian.

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
PJ sbg sebahagian pendidikan

SUB: CIKGU ARBAA TAMPUNG (PJ1)

Klik Me ! ! !

ALUMNI IPGKENT

Daisypath Anniversary tickers